Demam | Apa Nak Buat? (7 LANGKAH AWAL PERLU BUAT BILA DEMAM) Posted on 13/09/2018 Demam adalah keadaan di mana paras suhu dalam badan seseorang telah melebihi paras normal. Suhu 37 darjah celcius dan ke atas sudah di kira seseorang demam. Nampak macam sakit remeh tapi hakikatnya ia tak boleh di bawa main. Sama ada kanak-kanak mahu pun dewasa, demam ialah perkara yang sentiasa perlu di ambil serius. 7 LANGKAH AWAL PERLU BUAT BILA DEMAM 1. TUAM BADAN Tuam badan dengan air sejuk terutama di bahagian kepala, ketiak dan dahi. Minta bantuan sekeliling jika tak larat untuk lakukan sendiri. Tuam dengan kerap sehingga suhu pulih ke paras normal. 2. KERAP MANDI Mandi dengan air sejuk. Sekurang-kurangnya mandi 3 kali sehari. Kebiasaannya orang demam malas nak mandi sebab sejuk dan tak larat. Paksa diri untuk mandi jika nak cepat sembuh. 3. MAKAN VITAMIN C Ambil suplimen Vitamin C untuk membantu tingkatkan imuniti badan dan cepat sembuh bagi melawan jangkitan dalam badan yang mengakibatkan demam. Kajian menunjukkan, pengambilan Vitamin C dapat membantu mengatasi masalah demam. 4. MINUM DAN MAKAN UNTUK TENAGA Minum dan makan walaupun sedikit untuk tambah tenaga. Walaupun muntah, sekurang-kurangnya muntah yang ‘berisi’. 5. REHATKAN BADAN Berehat. Jangan paksa badan untuk bekerja lebih dan keras lebih dari sepatutnya. 6. MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA Apabila demam, badan kita mudah untuk kehilangan banyak air. Minum air secukupnya bagi memastikan keperluan air sentiasa cukup dalam badan. 7. JUMPA DOKTOR Jika berlarutan selama 3 hari dan lebih, dapatkan nasihat doktor dan pakar. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized 9 Benda Lelaki Buat Nampak Awet Muda Posted on 08/08/2019 Eh, bukan perempuan je tau nak nampak awet muda! Lelaki pun haruslah berusaha untuk maintain nampak muda. Nak tahu tips untuk kekal awet muda bagi seorang lelaki? Jom baca tips di bawah. 9 Tips Lelaki Awet Muda 1. Jaga Rambut Rambut juga merupakan mahkota lelaki. Semakin tua, lagi semakin perlu… Read More
Uncategorized Segar Bertenaga Ketika Hamil Posted on 15/10/2017 Bertenaga ketika hamil. Menjadi impian setiap dari wanita yang berkahwin untuk memiliki zuriat agar dapat dijadikan pengerat kasih sayang antara suami dan isteri. Walaubagaimanapun, tak kurang yang serik ingin hamil kerana tiada tenaga ketika hamil. Tenaga ketika hamil sangat penting agar ibu kekal sihat dan berseri sewaktu hamil. Malah, untuk… Read More
Uncategorized Testimoni YOUTH Skincare : Parut Berlubang Kembali Normal Posted on 18/07/2019 Lepas dapat jerawat sebiji, masalah yang confirm akan datang, parut jerawat. Itu baru sebiji jerawat, bayangkan kalau berbiji jerawat. Lagi penuh parut di muka! Kadang, kita tak picit pun jerawat tapi dia tinggalkan kesan parut yang maha dahsyat. Malah, lagi teruk parut tu jenis parut berlubang atau berkawah. Kulit berlekuk… Read More