Demam adalah keadaan di mana paras suhu dalam badan seseorang telah melebihi paras normal. Suhu 37 darjah celcius dan ke atas sudah di kira seseorang demam. Nampak macam sakit remeh tapi hakikatnya ia tak boleh di bawa main. Sama ada kanak-kanak mahu pun dewasa, demam ialah perkara yang sentiasa perlu di ambil serius.
7 LANGKAH AWAL PERLU BUAT BILA DEMAM
1. TUAM BADAN
Tuam badan dengan air sejuk terutama di bahagian kepala, ketiak dan dahi. Minta bantuan sekeliling jika tak larat untuk lakukan sendiri.
Tuam dengan kerap sehingga suhu pulih ke paras normal.
2. KERAP MANDI
Mandi dengan air sejuk. Sekurang-kurangnya mandi 3 kali sehari. Kebiasaannya orang demam malas nak mandi sebab sejuk dan tak larat. Paksa diri untuk mandi jika nak cepat sembuh.
3. MAKAN VITAMIN C
Ambil suplimen Vitamin C untuk membantu tingkatkan imuniti badan dan cepat sembuh bagi melawan jangkitan dalam badan yang mengakibatkan demam. Kajian menunjukkan, pengambilan Vitamin C dapat membantu mengatasi masalah demam.
4. MINUM DAN MAKAN UNTUK TENAGA
Minum dan makan walaupun sedikit untuk tambah tenaga. Walaupun muntah, sekurang-kurangnya muntah yang ‘berisi’.
5. REHATKAN BADAN
Berehat. Jangan paksa badan untuk bekerja lebih dan keras lebih dari sepatutnya.
6. MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA
Apabila demam, badan kita mudah untuk kehilangan banyak air. Minum air secukupnya bagi memastikan keperluan air sentiasa cukup dalam badan.
7. JUMPA DOKTOR
Jika berlarutan selama 3 hari dan lebih, dapatkan nasihat doktor dan pakar.
(Visited 197 times, 1 visits today)