Ini Adalah 5 Sebab Mengapa Awak Perlu Untuk Makan Kolagen Posted on 15/05/201919/06/2022 Last updated on June 19th, 2022 at 07:08 am Kolagen ialah sejenis protein penting yang ada pada setiap orang. Persoalannya hari ini, adakah perlu untuk ambil kolagen? Dalam artikel ini, awak akan mengetahui 5 sebab kenapa awak perlukan kolagen. 5 Sebab Awak Perlu Makan Kolagen 1. Kulit Tidak Cepat Tua 30% protein dalam badan kita adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, serta mengekalkan keanjalan kulit dan juga memastikan ikatan di bahagian dalam dan luar kulit, kuat! Keanjalan kulit akibat pengurangan kolagen dalam badan boleh berlaku kerana pelbagai faktor dan punca, antaranya ialah kerana faktor umur. Pengambilan suplemen kolagen dalam menu suplemen harian akan membantu mengekalkan paras kolagen di tahap optimum. 2. Untuk Lutut dan Sendi Lebih Kuat Kolagen membina blok asas untuk sendi dan ia memainkan peranan penting untuk menyokong sendi supaya lebih fleksibel.Di samping itu, kolagen kaya dengan asid amino yang bertanggungjawab memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif. 3. Rambut Lebat Berkilau, Kuku Sihat Cantik Rambut dan kuku kita sangat memerlukan kolagen bagi mendapatkan kekuatan. Ciri anti-oksidan dari kolagen itu sendiri membantu melawan radikal bebas yang boleh membuatkan rambut cepat beruban dan kuku menjadi rapuh. Apabila badan mempunyai kolagen yang mencukupi, ia dapat menghantar nutrien di kulit kepala dan membina semula struktur kuku, supaya rambut dapat tumbuh dengan sihat, berkilat, serta kuku menjadi lebih kuat! 4. Top-Up Kolagen Baru Selalu Menurut seorang Pembantu Profesor Dermatologi di University of Pittburgh dan Pengrah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit, selepas umur 20 tahun, penghasilan kolagen berkurangan sebanyak 1% berbanding tahun sebelumnya. Pengurangan ini membawa kepada penampakan garis halus, kedutan, kulit kering, dan kusam. Untuk mengurangkan kesan ini, kita perlu mengambil kolagen dari sekarang! 5. Gantikan Kolagen Yang Rosak Setiap Hari Pendedahan kulit kepada radikal bebas seperti pencemaran alam sekitar dan sinaran UV terik mentari akan menyebabkan kolagen lebih cepat rosak hari demi hari. Ia memberi kesan buruk kepada kulit kita. Oleh itu kita perlu dapatkan sokongan tambahan bagi memastikan kandungan kolagen sentiasa cukup bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Tambahkan Kolagen Hari Ini dengan Shaklee Collagen Plus Powder Collagen Shaklee terbukti berkesan memberikan kulit yang anjal, cerah, pori mengecil, kulit halus dan lembap dalam masa seawal 8 minggu penggunaan. Ingin tahu tentang Collagen Shaklee lebih details, boleh teruskan pembacaan di sini >> Shaklee Collagen Plus Powder: Fungsi, Manfaat dan Testimoni Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Set Awet Muda Set Awet Muda Shaklee (Fungsi, Testimoni dan Harga) Posted on 06/08/201914/09/2022 Last updated on September 14th, 2022 at 02:01 pm Kulit tegang, anjal dan cantik walau usia kian meningkat menjadi impian setiap dari kita terutama untuk kaum wanita. Oleh sebab itu, di Shaklee kami menyediakan satu set yang khas bagi kita yang serius dalam penjagaan kulit bermula dari wajah dan di… Read More
Blog Kenapa Awak Perlu Lebih Banyak Berfikir Tentang Sunblock dan Sunscreen? Posted on 14/12/202128/03/2022 Last updated on March 28th, 2022 at 07:54 am Sebut je mengenai perlindungan matahari, ada dua perkara yang akan bermain di fikiran iaitu sunblock dan sunscreen. Sebenarnya, ada beza ke dua ni? Dalam entri ini, awak akan mengetahui mengenai perbezaan atau mungkin persamaan yang ada dalam sunblock dan sunscreen. Download… Read More
Tips Kecantikan 8 Jenis Minuman Terbaik Untuk Kulit Awet Muda Posted on 06/08/201930/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 06:49 am 8 Jenis Minuman Terbaik Untuk Kulit Awet Muda 1. Teh Hijau Kandungan antioskidan di dalam teh hijau boleh membantu melambatkan proses penuaan. Teh hijau berfungsi untuk membuang toksin dalam badan yang terhasil dari pelbagai faktor antaranya ialah pemakanan… Read More
bila dh makin kertu nih, kulit dh hilang kolagen itu yg kedut tu, kendur dh kan… mmg perlu di ambil kolagen tambahan nih Reply