Nak Kulit Awet Muda? Elak 10 Hal Ini Posted on 10/04/2019 Kulit awet muda idaman setiap insan tak kira lelaki atau perempuan. Tapi ada syaratnya, kena elak 10 perkara ni taw. 10 PERKARA WAJIB ELAK NAK NAMPAK AWET MUDA 1. Tidur Dengan Solekan (Make-Up) Tidur tanpa membersihkan kulit dari solekan akan menyebabkan kulit jadi ‘berat’ dan menyumbatkan liang pori. Malah kulit boleh cepat kering. Kedutan halus mudah muncul dan wajah akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Tak dapat ler awet muda macam tu. 2. Sembur Minyak Wangi di Leher Memang wangi tapi sangat tak sesuai untuk orang kulit kering dan sensitif. Alkohol dalam minyak wangi mengeringkan kulit. Cukup hanya sekadar semburan di pergelangan tangan sahaja. 3. Kurang Minum Air Masak Sifat suka minum air masak membantu untuk dapatkan kulit sihat awet muda yang diidamkan. Namun jika kita tak suka minum air masak, kulit akan dehydrated dan akan cepat nampak tua. 4. Tak Suka Makan Sayur Sayur adalah sumber anti-oksidan terbaik. Anti-oksidan berfungsi sebagai agen anti penuaan. Tambah pula kalau rajin makan ulam-ulaman, pergh memang cepat awet muda! 5. Kerap Cuci Muka Bila kita selalu cuci muka, kulit kita gagal keluarkan minyak yang beri kelembapan semulajadi pada kulit. Kelembapan semulajadi ni la yang buat kita bantu awet muda. Kalau dah selalu cuci muka, dia hilang, akhirnya kulit cepat kedut. 6. Tak Pantang Makan Makanan wajib jaga kalau nak awet muda. Tak boleh selalu makan fast food, makanan berminyak dan bergoreng. Sekali sekala tak apa. Satu lagi minuman gas, ais dan banyak kaffeine macam kopi. Semua tu cepatkan lagi kedu-kedut keluar tau. 7. Berat Badan Tak Seimbang Kejap turun naik. Badan pun confuse. Akhirnya kita stress, dan stress membawa pada susah nak awet muda. 8. Suka Bergosip Hilang seri awet muda dek kerana sikap suka bergosip dan mengumpat. Fikiran negatif bantu elak kita dari dapat awet muda tau. 9. Banyak Barang Perhiasan di Leher Kulit leher akan cepat meregang dan mengendur. Boleh tukar aksesori sarat di leher dengan material yang lagi selesakan leher. 10. Ikat Rambut Ketat Rambut adalah mahkota, kalau ikat ketat sangat, akhirnya gugur. Bila gugur cepatlah nampak tua. Orang awet muda rambut mesti banyak. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Testimoni ESP Shaklee : Berat Badan Turun 5 Kilo Posted on 13/08/2018 Assalamualaikum wbt. Excited dan teruja sangat Syaza nak share empat (4) testimoni dan feedback atau Syaza lebih suka panggil Shaklee Effect. Ni semua adalah feedback dari pelanggan Syaza sendiri taw. Syaza namakannya sebagai Ros. Memang Ros pun namanya. Ros berumur 25 tahun dan dah ada anak seorang yang berumur 4… Read More
Uncategorized Testimoni Nutriferon Granules Shaklee Seisi Keluarga Posted on 13/09/2019 Nutriferon ialah immune booster atau penggalak untuk interferon bekerja bagi melawan sebarang jangkitan kuman, virus serta membantu memberi kekuatan antibodi kepada kita semua. Testimoni Nutriferon Granules Shaklee 1. Untuk anak-anak saya Put banyak bagi as protection. Sebab anak-anak bercampur ramai-ramai atau main air masa cuti ni kan. Buat macam ni… Read More
Uncategorized CarotoMax® Shaklee (Fungsi, Manfaat, Testimoni dan Harga) Posted on 11/04/2020 Pernah terfikir kenapa ada sayur dan buah yang memiliki warna tertentu? Lobak, berwarna merah. Malah ada juga lobak yang berwarna ungu seperti Lobak Ungu (Purple Carrot) yang menjadi salah satu bahan utama di dalam Vivix Shaklee. Bukan itu sahaja, lada benggala atau capsicum, ada yang memberi kita warna merah, kuning… Read More
Eh, gosip pun ada jugak..haha. Tapi betul jugak tu kan? lagi satu yang sembur minyak wangi kat leher tu, baru tau.. Reply