12 Manfaat Susu Ibu Kepada Anak dan Ibu Posted on 03/10/2018 Cadangan daripada American of Pediatrics, mengatakan, penyusuan ibu adalah cara terbaik di dalam mengurangkan risiko anak kita dari mendapat berat badan berlebihan atau obesiti. Analisis dari 17 kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Epidemiology menambahkan lagi bukti bahawa risiko untuk gemuk dan obes ketika di alam dewasa lebih rendah bagi bayi yang mendapat susu ibu waktu kecil. Manfaat ini paling banyak didapatkan dari bayi yang di beri penyusuan secara eksklusif. Manfaat Susu Ibu Kepada Anak Memberi semua nutrien penting yang diperlukan anak Melindungi anak dari masalah alergi, mudah jatuh sakit dan obesiti Melindungi anak dari diabetes dan kanser Melindungi anak dari jangkitan kuman Senang di hadam Mengelakkan masalah sembelit, cirit birit dan perut kembung tak selesa Berat badan anak dalam lingkungan sihat dan stabil Kajian menunjukkan, ujian IQ untuk anak yang mendapat penyusuan ibu lebih tinggi dari yang selainnya Pelbagai kajian di seluruh dunia membuktikan, penyakit berkaitan jangkitan kuman di perut, telinga, masalah pernafasan dan meningitis jarang berlaku kepada bayi dan kanak-kanak yang mendapatkan penyusuan ibu secara eksklusif. Penyusuan eksklusif membawa maksud tidak ada sebarang campuran makanan pejal, susu formula atau air sepanjang 6 bulan pertama! Di samping itu, penyusuan susu ibu, bukan sahaja memberi kebaikan kepada anak, dan bayi kita, malah, ibu yang menyusukan anak turut sama mendapat manfaat darinya. Manfaat Susu Ibu Kepada Ibu Mengurangkan risiko Diabetes Type ii Mengurangkan mendapat risiko kanser seperti kanser payudara Lebih mudah menurunkan berat badan Menguatkan hubungan ibu dan anak National Institutes of Health, menunjukkan, lebih dari 9,000 abstrak kajian dan kesimpulan mendapati, wanita yang tidak menyusukan anak atau berhenti menyusukan anak awal, mendapat risiko kemurungan atau meroyan lebih awal berbanding wanita yang menyusukan anak. Baca Selanjutnya : Apa itu Penyusuan Eksklusif dan Bagaimana? Punca Susu Kering Waktu Dalam Pantang 5 Tips Susu Ibu Meriah Susu Ibu Pekat dan Meriah : ESP Shaklee Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Penyusuan Ibu Kali Pertama & Cara Banyakkan Susu Badan Dalam Pantang Posted on 28/08/2018 Waktu dalam pantang sangat kritikal, ramai ingat mereka tiada susu. Terutama para ibu yang kali pertama nak belajar menyusu bayi mereka. Syaza pernah jumpa ramai yang mengatakan susu tiada waktu dalam pantang. Dah macam-macam cuba, tapi pada perasaan mereka, susu terus tiada. Akhirnya, ramai putus asa dalam beri penyusuan kepada… Read More
Uncategorized 10 Manfaat Fungsi Vivix Shaklee Posted on 22/06/201929/11/2022 Last updated on November 29th, 2022 at 05:00 amKesihatan tubuh badan adalah kejayaan dan nikmat yang tidak ada tandingannya. Memiliki tubuh badan sihat, merupakan idaman setiap manusia di atas muka bumi ini. Malah, tidak dapat dinafikan, tubuh badan sihat di usia emas antara perkara yang sangat diidamkan oleh diri kita… Read More
Uncategorized Set Pilihan YOUTH Shaklee Skincare Posted on 16/10/2018 Set Pilihan ^^ Syaza nak share pilihan-pilihan mengikut item dan set serta yang paling penting, kehendak pelanggan dengan YOUTH ni. But before that, let me introduce to you tentang YOUTH serba sedikit, may I, please? Thank you! 🙂 YOUTH adalah regim penjagaan kulit dari Shaklee yang mengandungi rangkaian lengkap bermula… Read More