12 Manfaat Susu Ibu Kepada Anak dan Ibu Posted on 03/10/2018 Cadangan daripada American of Pediatrics, mengatakan, penyusuan ibu adalah cara terbaik di dalam mengurangkan risiko anak kita dari mendapat berat badan berlebihan atau obesiti. Analisis dari 17 kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Epidemiology menambahkan lagi bukti bahawa risiko untuk gemuk dan obes ketika di alam dewasa lebih rendah bagi bayi yang mendapat susu ibu waktu kecil. Manfaat ini paling banyak didapatkan dari bayi yang di beri penyusuan secara eksklusif. Manfaat Susu Ibu Kepada Anak Memberi semua nutrien penting yang diperlukan anak Melindungi anak dari masalah alergi, mudah jatuh sakit dan obesiti Melindungi anak dari diabetes dan kanser Melindungi anak dari jangkitan kuman Senang di hadam Mengelakkan masalah sembelit, cirit birit dan perut kembung tak selesa Berat badan anak dalam lingkungan sihat dan stabil Kajian menunjukkan, ujian IQ untuk anak yang mendapat penyusuan ibu lebih tinggi dari yang selainnya Pelbagai kajian di seluruh dunia membuktikan, penyakit berkaitan jangkitan kuman di perut, telinga, masalah pernafasan dan meningitis jarang berlaku kepada bayi dan kanak-kanak yang mendapatkan penyusuan ibu secara eksklusif. Penyusuan eksklusif membawa maksud tidak ada sebarang campuran makanan pejal, susu formula atau air sepanjang 6 bulan pertama! Di samping itu, penyusuan susu ibu, bukan sahaja memberi kebaikan kepada anak, dan bayi kita, malah, ibu yang menyusukan anak turut sama mendapat manfaat darinya. Manfaat Susu Ibu Kepada Ibu Mengurangkan risiko Diabetes Type ii Mengurangkan mendapat risiko kanser seperti kanser payudara Lebih mudah menurunkan berat badan Menguatkan hubungan ibu dan anak National Institutes of Health, menunjukkan, lebih dari 9,000 abstrak kajian dan kesimpulan mendapati, wanita yang tidak menyusukan anak atau berhenti menyusukan anak awal, mendapat risiko kemurungan atau meroyan lebih awal berbanding wanita yang menyusukan anak. Baca Selanjutnya : Apa itu Penyusuan Eksklusif dan Bagaimana? Punca Susu Kering Waktu Dalam Pantang 5 Tips Susu Ibu Meriah Susu Ibu Pekat dan Meriah : ESP Shaklee Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized 4 Punca Utama Gastrik Posted on 11/10/2018 Gastrik selalu menyerang, dalam sebulan, lebih 3 kali emergency leave. Seksanya! Siapa dekat sini suka makan makanan pedas? Lagi pedas lagi kaww! Oh, satu lagi, suka makan jajan dan minum air gas sambil tengok TV? Sedar-sedar dah 3 botol coke di telan. Sebelum makan basuh tangan atau tak? Tanpa kita… Read More
Uncategorized Bermain di AEON Mall Nilai Kidzoona Kiddytopia Best! Posted on 25/08/201925/05/2022 Last updated on May 25th, 2022 at 02:42 pm Semenjak duduk di Bangi ni Syaza suka benar melangkahkan kaki ke AEON Mall di Nilai. Maklumlah dekat Bangi belum ada AEON. Salah satu sebab Syaza suka ke AEON kat Nilai ni kerana ada Kidzoona! Atau nama lain Kidzoona dekat sini ialah… Read More
Uncategorized Kisah Benar : Akibat Suka Makan Pedas dan Lambat Makan (Hampir Kanser!) Posted on 27/08/2018 Makan Pedas Satu Kelebihan? Majoriti rakyat Malaysia suka makan pedas. Tak pedas tak sah. Lagi pedas lagi kaw. Siapa tak makan pedas umpama salah di sisi masyarakat. Seolah satu kelemahan. Makan pedas memang sedap tapi akibat dia, kita sendiri tak sangka. Lambat / Skip Waktu Makan Normal? Gambar Sekadar Hiasan… Read More