Kenali Kami

Kami juga seperti anda

Kami juga seperti anda, bermula daripada ingin menggunakan produk Shaklee untuk menyelesaikan masalah kesihatan.

Dari Pengguna Biasa Yang berpuas hati

Pada tahun 2017, founder kami ingin mencari solusi bagi masalah kulit beliau yang berjerawat dan berparut yang sangat teruk. Setelah mencuba begitu banyak produk sejak remaja, akhirnya beliau terbuka hati untuk memberi peluang kepada Shaklee.

Set lengkap pertama yang beliau gunakan adalah Set Cantik Shaklee yang terdiri daripada ESP, Vitamin C dan Vitamin E. Result yang beliau dapat sangat menggembirakan yang menyebabkan beliau ambil keputusan untuk sebarkan manfaat Shaklee dan akhirnya dari seorang pengguna biasa kini beliau telah pun menjadi seorang leader dalam bisnes Shaklee.

Surirumah bekerjaya

Mengetahui Shaklee menawarkan peluang bisnes yang besar kepada sesiapa yang berkehendak untuk berjaya – Syaza tidak melepaskan peluang itu.

Bergelar graduan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Fizik Perubatan tidak menjadi penghalang untuk beliau fokus menjadi surirumah bekerjaya sepenuh masa dengan misi dan visi untuk memberi prioriti utama kepada keluarga terutama suami dan anak-anak.

Bisnes Shaklee yang fleksibel ini memudahkan beliau untuk beroperasi dari rumah dan seratus peratus menggunakan medium online marketing. Buktinya, anda sedang membaca kisah ini – online sahaja!

(Visited 24 times, 1 visits today)
Scroll to Top

You cannot copy content of this page