Pada awalnya, saya bukanlah seorang yang begitu mementingkan kesihatan dan kecantikan. Tetapi apabila semakin meningkat usia, saya belajar bahawa tiada harta yang lebih berharga melainkan badan yang sihat. Jika ada harta segunung sekalipun, tetapi hanya mampu terbaring serta tiada tenaga – tidaklah berguna harta itu. Begitulah pendapat saya.
Saya mulakan dengan menjaga kesihatan diri sendiri ketika usia 24 tahun. Sewaktu itu saya mula memahami erti makanan tambahan. Produk Shaklee pertama yang saya gunakan ialah Set Cantik Shaklee yang paling basic iaitu Vitamin C dan Vitamin E. Oleh sebab telah mendapat hasil yang sangat memuaskan setelah konsisten amalkan set ini selama 6 bulan, saya ambil keputusan untuk daftar ahli Shaklee semata-mata hanya kerana mahu harga yang lebih mesra poket sebagai ahli.
Namun begitu, apabila saya discover bahawa Shaklee memiliki peluang untuk jana pendapatan – saya ambil peluang ini. Pada saya, apa salahnya saya berkongsi pula kebaikan Shaklee untuk semua orang. Takkan mahu simpan benda baik seorang diri, kan?
Fast forward, saya berkahwin dan mempunyai anak. Siapa sangka hanya bermula dengan Set Cantik, kini saya telah merasai pelbagai kebaikan dari produk Shaklee sehingga Set Hamil, Set Menyusu dan Set Bersalin. Saya berjaya menyusukan anak-anak saya sepenuhnya selama 2 tahu dengan Set Menyusu Shaklee. Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana mengenali circle Shaklee sejak dari sebelum berkahwin kerana ada banyak perkara yang saya belajar sama ada mengenai kesihatan mahupun bisnes.
Kini, sebagai seorang bekas graduan USM – saya memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa dengan 3 anak yang Allah kurniakan ini. Menjadikan Shaklee sebagai bisnes sampingan, saya gembira dapat berkongsi kebaikan ini dengan anda.
Salam perkenalan dari saya untuk anda. Terima kasih singgah di blog saya. Besar harapan agar blog ini dapat memberi manfaat untuk anda dan keluarga.