9 Makanan Untuk Kesan Kulit Awet Muda Posted on 07/08/2019 Penuaan adalah normal. Tetapi ada beberapa jenis makanan yang boleh bantu kita untuk tampak tua yang sihat, cantik berseri atau nama lainnya, awet muda! 9 Makanan Bantu Kulit Awet Muda 1. Minyak Zaitun Minyak zaitun ialah salah satu lemak yang paling sihat di dunia. Kajian menunjukkan ia boleh mengelakkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan usia. Malah, ia menurunkan tekanan darah, merendahkan risiko penyakit jantung, mencegah masalah metabolisma serta membantu di dalam melawan kanser. Di samping itu minyak zaitun juga memberikan kulit yang kelihatan lebih muda. Kajian yang dilakukan menunjukkan, minyak zaitun memiliki sifat anti radang yang kuat. Sifat ini memberi fungsi untuk melindungi kulit kita dari kerosakan matahari. Tambahan pula, hampir 73% minyak zaitun mengandungi lemak baik yang berkait rapat dalam keanjalan kulit. Dua penyelidikan yang dijalankan ke atas rekod makanan dan soal jawab yang di ambil dari golongan usia pertengahan serta warga emas menunjukkan hasil bahawa pengambilan minyak zaitun memberi mereka kelebihan untuk kurang risiko kerosakan kulit akibat cahaya matahari. Baca Selanjutnya >> 8 Kebaikan Polifenol Antioksidan Terbaik 2. Teh Hijau Teh hijau kaya dengan antioksidan yang bertanggungjawab untuk melindungi kulit daripada radikal bebas. Radikal bebas ialah satu molekul yang tidak stabil terhasil daripada proses metabolisma dan bertindak balas dengan stress. Ia juga boleh datang dari sumber luar seperti pencemaran alam sekitar, asap rokok dan sebagainya. Antioksidan berfungsi untuk bertindak balas dengan radikal bebas supaya ia tidak merosakkan sel badan dan kulit muka daripada kelihatan tua. Teh hijau kaya dengan antioksidan polifenol yang melindungi kolagen kulit serta mengurangkan tanda penuaan awal. Dalam sebuah kajian, wanita dengan kulit rosak kesan cahaya matahari diberikan rawatan krim teh hijau serta suplemen selama 8 minggu. Hasilnya, kulit mereka lebih anjal dari sebelumnya. Baca Selanjutnya >> Healthy Skin, Healthy YOU! 3. Minyak Ikan Minyak ikan sememangnya makanan anti penuaan sebenar. Rantaian asid lemak omega-3 sangat bermanfaat menentang penyakit seperti jantung dan masalah berkaitan radang. Sebuah analisis memberi hasil bahawa ia juga melindungi kulit dari radang dan kerosakan kesan cahaya matahari. Ikan salmon, salah satu ikan yang popular dengan kebaikan lemaknya mempunyai fungsi untuk memberikan kulit yang lebih awet muda bagi si penggemarnya. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil astaxanthin. Dalam sebuah kajian, mereka yang memiliki kulit rosak akibat matahari di beri gabungan astaxanthin dan kolagen selama 12 minggu menunjukkan kesan sangat positif, kulit semakin anjal dan lembap semulajadi. Baca Selanjutnya >> Rahsia Kelebihan Minyak Ikan Omega-3 Untuk Kesihatan Harian 4. Koko Sifat antioskidan koko lebih hebat daripada buahan berries! Koko mempunyai flavonols yang melindungi kulit dari kerosakan matahari. Walaubagaimanapun, kandungan flavonols di antara jenis koko adalah berbeza di antara satu dengan yang lain. Sebuah lagi penyelidikan memberi hasil, mereka yang koko yang tinggi dengan kandungan flavonols boleh terdedah dengan matahari 2 kali ganda lebih lama sebelum kulit bertukar jadi kemerahan sunburn berbanding yang suka ambil koko dari jenis kurang flavonols. Ingat, semakin tinggi kandungan koko semakin tinggi kandungan flavonol. Jadi sebaiknya pilih dark chocolate dengan sekurangnya 70% kandungan koko didalamnya. 5. Sayuran Rendah kalori dan kaya dengan nutrien! Kebanyakan sayuran mempunyai kandungan caretonoids yang tinggi untuk membantu melindungi kulit daripada kesan radiasi matahari serta radikal bebas yang boleh menyebabkan kulit kelihatan lebih tua dan berkedut cepat. Antara sumber beta karotena yang baik untuk kulit awet muda ialah lobak merah, labu, dan ubi kayu jepun. Kebanyakan sayuran juga tinggi kandungan Vitamin C yang penting dalam menghasilkan kolagen. Dalam satu kajian, para pengkaji menemui lebih daripada 700 wanita Jepun memiliki kulit yang anjal kesan daripada tabiat pemakanan yang suka makan sayuran hijau serta bewarna kuning dalam kehidupan harian mereka. Selain itu, sebuah kajian lain menunjukkan mereka yang diberikan 180 mg vitamin C setiap hari selama 4 minggu, mendapat peningkatan sifat antioksidan di dalam kulit sebanyak 37%! Baca Selanjutnya >> 14 Fakta Vitamin C yang Jarang Kita Tahu 6. Delima Kalau nak tahu kandungan antoksidan dalam delima lebih tinggi daripada teh hijau! Kulit, biji dan serat delima semuanya berfungsi untuk menambahbaik kulit yang rosak kesan dari matahari dan membantu meningkatkan penghasilan kolagen. Baca Selanjutnya >> Minyak Ikan Paling Tulen di Pasaran 7. Avokado Avokado kaya dengan lemak baik, fiber dan beberapa jenis vitamin serta mineral yang baik untuk kesihatan menyeluruh. Rasanya yang sedap dan unik menyebabkan ia sering menjadi makanan awet muda kegemaran ramai. Selain itu, avokado memiliki ramuan unik iaitu polyhydroxylated fatty alchohol. Ia membantu melawan keradangan, melindungi kulit serta membaiki kerosakan DNA. 8. Tomato Lycopene sejenis carotenoid yang terdapat di dalam tomato melindungi kulit dari kerosakan matahari. Dalam sebuah kajian, wanita yang makan makanan yang kaya dengan lycopene serta makanan antioksidan lain memiliki risiko yang sangat rendah untuk kedutan berlaku selepas 15 minggu mengamalkan pemakanan jenis ini! Tomato yang di masak bersama lemak baik seperti minyak zaitun boleh merangsang lebih lagi penyerapan lycopene di dalam tubuh badan kita. 9. Sup Tulang Sup tulang atau bone broth sudah semakin popular sejak akhir-akhir ini. Sebenarnya ramuan ini sudah lama diamalkan oleh mereka yang berbangsa Cina. Cara menghasilkan sup ini ialah dengan mereneh tulang daripada daging, ayam atau ikan dalam jangka masa yang lama dengan api yang kecil. Ia akan merembeskan mineral dan vitamin penting yang lain. Baca Selanjutnya >> Shaklee Collagen Plus Powder, Menganjalkan Seawal 8 Minggu! Kandungan kolagen di dalam sup ini memberikan kesan kulit yang lebih kelihatan muda. Sup ini kaya dengan kolagen yang turut kaya dengan asid amino. Badan kita akan menyerap asid amino ini dan menjadikannya sebagai modal untuk menghasilkan kolagen seterusnya. Kolagen memberi 1001 manfaat di dalam menghasilkan kulit cantik, muda dan berseri. Sebuah kajian menunjukkan, kedutan yang sangat teruk berjaya dikurangkan ke atas wanita warga emas yang mengambil suplemen kolagen bersama Vitamin C dan Vitamin E dalam masa 12 minggu! Baca Selanjutnya >> Set Awet Muda Shaklee Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Kisah Doktor Mengandung Dengan Shaklee Posted on 25/10/2017 Kisah Doktor Mengandung bersama ESP —- Seperti kebanyakan doktor, saya tak percaya pada supplements. Bukan sebab APA, sebab saya dah pernah cuba sejak zaman university tapi tak pernah berkesan. Saya pernah beli set kulit vitamin C, E dan B complex tapi saya tak makan. Sebab kwn saya PM so saya… Read More
Uncategorized 3 Tips Awet Muda Menurut Islam Posted on 08/04/2019 Awet muda. Bila sebut je awet muda kita akan terbayang wajah wanita yang berusia namun memiliki wajah yang tak di mamah usia. Ha, macam mana tu? Maksudnya walaupun umur sebaya dengan kawan-kawan yang lain tapi wajah dan kulit mereka tidak seperti kawan yang sebaya. Perasan tak, ada orang umur 30… Read More
Uncategorized 10 Tips Rahsia Awet Muda (Cara nak Bagi Kulit Flawless) Posted on 04/09/2018 Kita boleh laburkan duit pada pelbagai jenis skincare dan alatan make-up untuk menghasilkan kulit yang cantik. Namun, ia tidak akan bertahan lama. Kerana skincare dan make-up hanya untuk kesihatan luaran. Nyata, kecantikan itu wujud dari dalam dan dapat ditonjolkan dari luaran. Di sini, Syaza nak share 10 Tips Rahsia Awet… Read More