Vitamin Untuk Pudarkan Parut Jerawat | Kajian menunjukkan stress serta kehadiran radikal bebas bukan sahaja membantu ‘melancarkan’ kehadiran jerawat, malah, melambatkan proses pemudaran parut jerawat.
Lepas satu, satu! Selepas jerawat, maka akan hadirlah teman baiknya iaitu PARUT JERAWAT. Ianya menjadi bertambah mudah parut jerawat warna hitam atau merah ini nak muncul sebagai teman akrab bila awak rajin memicit jerawat ketika berjerawat.
Banyak cara penyelesaian untuk dapatkan kulit licin berseri. Untung siapa yang tak pernah dapat jerawat singgah walau sebiji ke wajah dia. Sila bersyukur!
Walaubagaimanapun, harus di ingat taw yang jerawat suka bertandang, bukan bermakna tak untung. Ianya proses yang sangat normal terutama ketika membesar sebagai orang dewasa.
Masa mula period, datang haid, maka bermulalah episod jerawat bersarang. Makin remaja, dewasa, jerawat susut, tapi kesan dari jerawat iaitu parut jerawat taknak pergi!
Malah, ada yang lebih parah, dah menginjak usia remaja dan dewasa pun bukan saja parut jerawat, tapi jerawat tak surut. Dan semakin dewasa, datang pula jeragat!
Dah bosan dengan macam-macam jenis masker alami, semulajadi? Tetap tak jalan?
Kena mula dari dalam tu awak! Ada tiga jenis Vitamin asas untuk dapatkan kulit lebih sihat berseri.
Ianya merupakan jenis Vitamin yang cukup terkenal dalam menghadiahkan kulit bebas cela yang sihat berseri. Bahkan, bukan sahaja memberi manfaat kepada kulit tetapi kepada kesihatan secara keseluruhan.
Vitamin untuk Parut Jerawat
1. Vitamin C
Vitamin larut air, iaitu Vitamin C tidak boleh dihasilkan badan kita sendiri. Kita wajib dapatkan makanan yang bersumberkan Vitamin C contohnya dari buah-buahan citrus untuk membekalkan Vitamin C ke diri kita.
Vitamin C
merawat masalah parut jerawat dengan cara meningkatkan
sintesis penghasilan kolagen, sejenis protein yang bertanggungjawab untuk struktur kulit dan penting bagi membina semula kulit yang sihat. Sebagai hasil, vitamin c ini dapat mempercepat sembuhkan jerawat yang disakiti yang menyebabkan parut tadi,
Dalam sebuah review yang dijalankan secara sistematik berkenaan fungsi vitamin c bagi pemulihan parut menunjukkan, adalah perlu untuk mendapatkan sumber vitamin c bagi menggalakkan parut untuk cepat sembuh daripada tidak ada ambil vitamin c.
Membantu merawat masalah jerawat. Vitamin C bukan saja membantu atasi masalah jerawat tapi juga dalam proses memudarkan parut jerawat. Fungsi Vitamin C dalam
penghasilan kolagen mempercepat proses pudarkan parut jerawat!
Anda mungkin meminati
2. Vitamin E
“Bagi mereka yang ingin mendapatkan makanan yang kaya dengan Vitamin E boleh dapatkan dari sayuran hijau serta sumber kekacang. Walaubagaimanapun, sesiapa yang tidak boleh makan makanan sebegini atas faktor diri sendiri atau faktor lain, boleh dapatkan sumber Vitamin E dari supplement di pasaran,” Dr Whitney P. Bowe
Vitamin E bersifat anti-radang, bermaksud ia boleh menggalakkan penghasilan semula sel kulit yang baru untuk gantikan kesan dari yang dah rosak dengan parut jerawat.
3. Vitamin B-Complex
Stress dan cepat tertekan antara punca Vitamin B semakin berkurangan dalam badan seseorang.
Masalah jerawat dan parut tadi yang sepatutnya normal, menjadi lebih teruk akibat stress dan tertekan yang melanda awak.
Bagi memastikan tahap Vitamin B berada pada paras optimum, sentiasa dapatkan makanan bersumberkan Vitamin B dan melalui pengambilan supplement Vitamin B.
Kulit bebas cela datang dari kondisi yang stabil dari badan kita. Selain itu, rangkaian spektra yang luas dari Vitamin B yang terdiri daripada antaranta Vitamin B1 dan
Vitamin B6, membantu dapatkan kulit bebas dari parut jerawat.
Vitamin B bagi sokongan untuk sel kulit baru yang dihasilkan lebih sekata tonanya dan boleh mencerahkan kawasan kulit yang gelap.