Last updated on June 13th, 2025 at 01:23 am
2022-03-08
Last updated on June 13th, 2025 at 01:23 am
Ramadhan, bulan mulia dah nak dekat! Awak pula sedang mencari apakah persediaan yang perlu di buat menjelang Ramadhan.
Siapa yang ubah diri menjadi lebih baik sebelum masuknya Ramadhan ialah antara orang yang beruntung kerana awak nampak ganjaran yang menanti di bulan Ramadhan dan tidak menunggu sehingga dah masuk bulan tersebut untuk bersedia.
Persediaan perlu bermula daripada sebelum masuknya Ramadhan lagi.
Berikut ialah tujuh perkara utama yang perlu dimasukkan dalam senarai persediaan menuju Ramadhan:
Jangan lupa untuk menggantikan puasa Ramadhan lepas yang perlu digantikan.
Persiapkan fizikal dan mental dengan memperbanyak puasa sunat terutama di bulan Rejab dan Syaaban.
Sediakan pakaian yang terbaik untuk beribadah ketika bulan Ramadhan.
Buat perancangan menu apa nak masak semasa sahur dan juga iftar (berbuka puasa) supaya tidak berlaku pembaziran dan boleh jimatkan masa.
Beli barang dapur yang asas da penting seperti tepung, gula, minyak, kurma dan sebagainya pada satu atau dua minggu sebelum Ramadhan bermula.
Ramadhan merupakan bulan paling sibuk untuk tukang jahit. Jadi jika awak nak baju raya yang sempurna mengikut cita rasa awak, rancang awal.
Jangan lupakan suplemen awak! Suplemen seperti protein, minuman elektrolit, vitamin B dan sebagainya sangat penting untuk memastikan tubuh badan awak kekal sihat bertenaga sepanjang Ramadhan.
Designed using Magazine News Byte. Powered by WordPress.
You cannot copy content of this page
1 Comment