berapa kilometer kena jalan kaki untuk senang kuruskan badan turun berat

Jalan Kaki Sejauh Kilometer (KM) Ini Untuk Kurus

Memiliki berat badan yang ideal bukan sesuatu yang perlu awak idamkan tetapi awak perlu usahakan. Apabila berat badan berlebihan, terdapat pelbagai masalah terutama dari segi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan kolestrol boleh singgah dalam hidup awak.

rakyat malaysia ramai gemuk

Namun begitu, lemak dalam badan yang wujud terlalu lama adalah mengambil masa untuk ‘dicairkan’ bagi mendapatkan berat badan ideal yang sememangnya akan memberikan badan yang lebih kurus dari sebelumnya!

Apabila ingin kurus, ada dua perkara yang awak perlu ambil berat. 

  1. Jaga pemakanan
  2. Tingkatkan aktiviti fizikal
tips senang kurus

Kedua-dua ini perlu dijalankan dengan seiring untuk mempercepat lagi proses kurus.

Malah jika awak jaga makan dan banyakkan aktiviti fizikal berbanding duduk sahaja, awak bukan sahaja kurus yang jenis kurus kering – tetapi awak boleh mendapatkan kurus dengan potongan badan yang cantik!

Walaupun begitu, tetap tidak dapat dinafikan bahawa untuk tambah aktiviti fizikal dalam diari harian adalah amat susah dilakukan kerana biasanya ia akan mengambil masa malah memakan tenaga awak.

berapa km jalan kaku untuk kurus

Tetapi dengan berjalan kaki, ia sangat mudah dilakukan kerana awak boleh lakukan pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu langgan sebarang keahlian untuk masuk gimnasium, kolam renang dan lain-lain.

Apa yang awak perlukan dengan aktiviti fizikal jalan kaki adalah sepasang kaki. Itu sahaja. 

Faktor Yang Menyumbang Kepada Badan Senang Kurus Bila Jalan Kaki

Untuk kurus dengan berjalan kaki, ada satu benda yang menyumbang faktor terbesar iaitu dari segi kelajuan dan jarak awak berjalan.

Apa yang awak perlu lakukan ialah berjalan kaki dengan sekurang-kurangnya kelajuan sederhana selama 30 minit sebanyak 5 kali seminggu.

lagi laju jalan kaki lagi cepat kurus

Lebih laju awak jalan, ia akan membuahkan hasil dengan lebih cepat dan efektif untuk kurus. Tapi ingat, makan juga awak perlu jaga. Gabungkan kedua-dua elemen jaga makan dan aktiviti fizikal untuk mencapai pengurusan berat badan seimbang sepanjang hayat.

Berapa Kilometer (km) Jalan Kaki Untuk Kurus

Bagi berat badan 69 kg, awak akan membakar kira-kira 280 kalori dalam masa satu jam apabila berjalan dengan kelajuan sederhana (5.6 km/sejam).

Jika awak berjalan dengan kelajuan yang lebih cepat iaitu sebanyak 7.24 km/sejam, kalori yang akan terbakar adalah lebih tinggi sebanyak 460 kalori.

Ini adalah anggaran kasar. Ia berbeza mengikut berat individu.

Apa yang penting di sini adalah bukan berapa kilometer (km) yang awak perlu jalan kaki untuk kurus, tetapi sejauh mana kelajuan awak berjalan dan kekerapan awak berjalan kaki dalam masa seminggu. 

berapa km jalan kaki untuk kurus

Secara purata, jawapan yang awak perlukan adalah berjalan kaki secara santai sekurang-kurangnya sejauh 10 km sehari boleh membantu untuk awak kuruskan badan.

Lebih laju kelajuan jalan awak, lebih mudah untuk awak singkirkan lemak berlebihan dari badan dan bakar kalori yang tinggi.

(Visited 3,039 times, 2 visits today)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply