6 Resepi Banyakkan Susu Badan: Nombor 5 Paling Best! Posted on 23/09/202227/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 06:41 am Susu badan ada banyak manfaat yang tidak dapat di sangkal lagi. Antaranya adalah untuk perlindungan imuniti serta antibodi badan bayi berkembang dengan lebih baik.Bayi yang menyusu badan memiliki antibodi yang lebih kuat berbanding yang lain.Tahniah diucapkan kepada awak kerana memilih untuk menjalankan tanggungjawab beri susu yang terbaik buat anak awak – yang tidak mungkin akan boleh didapatkan daripada mana-mana rak farmasi.Susu badan itu eksklusif untuk anak-anak awak sahaja.Nmun begitu, antara cabaran utama menyusu badan usah hati bila fikir tentang susu badan untuk anak; cukup atau tidak.Terutama bagi para Ibu yang bekerja dan perlu untuk buat simpanan stok susu. Bagi surirumah pula ada banyak keadaan yang awak boleh melihat keadaan anak sama ada dia mendapatkan susu yang sikit atau sebaliknya. Milkbooster Banyakkan Susu Badan Penggalak susu atau lebih popular sebagai milkbooster telah digunakan sejak zaman berzaman. Sememangnya ada makanan yang apabila di ambil ia dapat membantu penghasilan susu badan dengan banyak – makanan milkbooster.Antaranya adalah halba, jintan manis, betik muda, oat, alfalfa, kurma merah dan longan. Mudah didapati dan senang di ambil dalam pelbagai bentuk.Terdapat beberapa perkara yang awak perlu tekankan apabila ingin memilih milkbooster iaitu:Pastikan ia tidak mengandungi kandungan gula berlebihanPilih yang lengkap dengan protein, multivitamin, multimineral dan kalsiumKenapa pemilihan milkbooster yang berkualiti paling terbaik termasuk makanan milkbooster ini penting? Kerana apa yang awak makan, anak-anak awak juga akan ambil dari susu badan awak.Oleh itu, berusaha untuk makan makanan berkhasiat dan pilih milkbooster yang juga hanya bekalkan nutrisi terbaik untuk awak dan juga anak. 5 Resepi MilkBooster Homemade Jika awak ingin buat sendiri milkbooster di rumah, ini adalah 5 resepi milkbooster homemade dengan bahan yang natural dan berkhasiat serta terbukti membantu ibu menyusu banyakkan susu badan. Resepi MilkBooster Homemade #1: Goji Berry Wangi Bahan yang diperlukan:1 Genggam Kurma Merah / Red dates1 Genggam Longan Kering2 Sudu Besar Goji Berry1 Periuk AirGula Perang Secukupnya (Pilihan)Daun Pandan 1 Helai (Pilihan)Cara Membuatnya:Basuh dengan bersih serta kemudian rebus Kurma Merah, Longan Kering dan Goji Berry dalam 1 periuk airBiarkan mendidihSelepas mendidih, tutup dan biarkan suam, sedia di minum. Atau, tambahkan gula perang secukupnya jika nak rasa yang lebih manisSeterusnya jika nak bau yang wangi, tambahkan seikat daun pandan Resepi MilkBooster Homemade #2: Barli Kundur Bahan yang diperlukan:1 Genggam Kurma Merah / Red dates1 Genggam Longan Kering1 Periuk Air1 Genggam Barli1 Labu Buah Kundur (Saiz Sederhana)Cara Membuatnya:Basuh dengan bersih serta kemudian rebus Kurma Merah, Longan Kering, Buah Kundur yang dah di potong dan Barli dalam 1 periuk airBiarkan mendidihTambahkan gula batu secukupnyaSelepas mendidih dan semua larut dengan baik, tutup dan biarkan suam, sedia di minumTips: Barli boleh di rendam setengah jam sebelum di rebus bersama Resepi MilkBooster Homemade #3: Betik Berry Bahan yang diperlukan:1 Genggam Kurma Merah / Red dates1 Genggam Longan Kering2 Sudu Besar Goji Berry1 Periuk AirGula batu secukupnya1 Biji Buah Betik Muda (potong dadu)Cara Membuatnya:Basuh dengan bersih serta kemudian rebus Kurma Merah, Longan Kering, Betik Muda dan Goji Berry dalam 1 periuk airTambahkan gula batu secukupnyaSelepas mendidih dan semua larut dengan baik, tutup dan biarkan suam sedia di minum Resepi MilkBooster Homemade #4: Kurma Halba Bahan yang diperlukan:1 Genggam Kurma Merah / Red dates1 Genggam Longan KeringGula batu secukupnya2 Sudu Besar HalbaCara Membuatnya:Basuh dengan bersih serta kemudian rebus Kurma Merah, Longan Kering dan Halba dalam 1 periuk airTambahkan gula batu secukupnyaSelepas mendidih dan semua larut dengan baik, tutup dan biarkan suam sedia di minum Resepi MilkBooster Homemade #5: Air Nabeez Bahan yang diperlukan:3 hingga 7 biji Kurma 1 botol air (500 mL)*Mana-mana jenis kurma tak kisah. Kalau nak manis, ambil kurma ajwa.Cara Membuatnya:Rendam kurma semalaman dalam botol airSiap!Tips: Jika ada masa yang banyak boleh blend air rendaman bersama kurma didalamnya (selepas buang biji) bersama air horlick atau milo! Resepi MilkBooster Homemade #6: Halba Manis Bahan yang diperlukan:2 Sudu Besar Halba1 Genggam Longan KeringGula pasir secukupnyaCara Membuatnya:Basuh dengan bersih serta kemudian rebus Kurma Merah, Longan Kering, Betik Muda dan Goji Berry dalam 1 periuk airTambahkan gula pasir secukupnya dan pastikan larut dengan baikSelepas mendidih dan air rebusan bertukar warna, tutup dan biarkan suam sedia di minum Resepi homemade milkbooster ini senang disediakan dari rumah serta rasanya seperti minum di kedai air lai chee kang!Untuk resepi yang mengandungi halba, rasa air rebusan ini akan sepenuhnya rasa halba.Walaupun halba adalah antara milkbooster terbaik dan bahan yang sangat mudah dijumpai, pasti ada sesetengah ibu mungkin tidak gemarkannya. Pastikan awak tapis dahulu sebelum minum. Awak juga boleh simpan air rebusan ini sekurang-kurangnya dalam masa 7 hari. Lebih baik jika buat segar 2 hingga 3 hari sekali.Minum 2 kali sehari, sebelum sarapan dan juga sebelum tidur. Bagi resepi milkbooster homemade bersama buah kundur, ia sangat istimewa kerana buah kundur itu yang memberikan rasa manis semulajadi.Bagi Muslimah, tambahkan zikir Ya Matin sebagai amalan zikir untuk membantu memperbanyak susu badan. Awak boleh ambil milkbooster homemade ini sama ada panas atau sejuk. Tiada masa nak sediakan milkbooster homemade tapi nak milkbooster yang hanya semulajadi, selamat dan berkesan? Set Menyusu Shaklee ada! Kerana awak mencari mengenai milkbooster, maka awak juga mungkin meminati.. 10 Makanan Milkbooster Terbaik4 Mitos Ramai Orang Percaya Tentang MilkboosterMilkbooster Pilihan Nombor #1 Ibu Menyusu MalaysiaMacam Mana Milkbooster Tambah Susu Badan: 3 Cara29 Punca Buat Susu Badan Drop! Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Breastfeeding Menyusu dan Puasa Ramadhan Kali Pertama dengan Set Puasa Shaklee Posted on 10/03/202327/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 05:00 am Pengalaman Berpuasa Sambil Menyusu Kali Pertama Dengan Set Puasa Shaklee | Tak pernah terbayang di fikiran bahawa menyusukan anak ini sangat mencabar. Ingatkan mudah, hanya sekadar memberi anak susu badan. Ternyata terdapat banyak cabaran terutama untuk Syaza sebagai ibu menyusu kali pertama… Read More
Breastfeeding Penyusuan Secara Eksklusif dan Kebaikannya Posted on 01/09/201827/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 06:30 am Lagi beberapa hari sahaja Syaza akan capai tempoh pemberian susu badan secara eksklusif dekat anak Syaza yang di beri nama; Zehraa. Syukur alhamdulillah. Ada banyak kelebihan ibu yang menyusukan anak sendiri dan secara eksklusif. Bagi ibu yang pertama kali macam Syaza, kita… Read More
Breastfeeding Baby Perempuan Kuat Menyusu Meriah dengan ESP Shaklee Posted on 04/10/201827/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 06:05 am Testimoni ESP Shaklee meriahkan susu badan dari Puan Aeinna Musa. Kalau nak tahu, ni product pertama yang Puan Aeinna cuba untuk tambah susu. Ini waktu anak pertama, now anak Puan Aeinna nak masuk 3 dah! Hehe. Yang ketiga tu on the… Read More