Last updated on October 5th, 2022 at 04:19 pm
Beza Probiotik dan Prebiotik | Kesihatan usus adalah topik hangat yang sering menjadi perbualan yang membawa kepada probiotik dan prebiotik.
Tapi walaupun awak selalu dengar mengenai terma ini berjuta kali, awak mungkin masih memerlukan penerangan yang mudah untuk difahami – apa itu prebiotik dan probiotik sebenarnya?
Dalam artikel ini, akan dikupaskan dengan mudah tentang topik ini.
Keseimbangan Bakteria Baik dan Jahat
Banyak masalah berkaitan usus berpunca dari ketidakseimbangan di antara dua jenis bakteria. Ya, dalam usus kita selain bakteria jahat, ada sekali bakteria baik yang di panggil microflora atau microbiota.Â
Bakteria baik ini ada banyak fungsi antaranya untuk elak masalah radang dan melindungi usus dari jangkitan berbahaya.
Bagaimana Probiotik dan Prebiotik Bekerja?
Probiotik dan prebiotik saling memerlukan antara satu sama lain. Untuk lebih jelas, ini adalah perbezaan di antara probiotik dan prebiotik.
- Probiotik: Makanan atau suplimen yang mengandungi mikroorganisma hidup untuk kekalkan bakteria baik dalam badan.Â
- Prebiotik: Makanan untuk probiotik
Bila awak makan probiotik, awak akan tambahkan lagi populasi bakteria baik yang ada dalam usus awak.
Disebabkan probiotik itu benda hidup, jadi semestinya dia nak makan untuk hidup dan bekerja. Kalau tidak, dia akan mati dan menyebabkan usus awak makin tiada bakteria baik dengan optimum.
Apa makanan dia? Prebiotik.
Oleh sebab itu, kedua-dua prebiotik dan probiotik ini saling memerlukan.
Untuk mengekalkan keseimbangan bakteria baik ini, ambil prebiotik dan probiotik dengan baik.
Probiotik menambahkan lagi askar dalam angkatan tentera bakteria dalam usus. Prebiotik pula membekalkan sokongan untuk probiotik hidup bekerja.
Makanan Yang Tepat Beri Hasil Menakjubkan
Mengambil makanan yang tepat untuk kesinambungan prebiotik dan probiotik amat perlu dititikberatkan.
Namun begitu, perlu juga untuk awak tahu bahawa makanan dengan diet kurang sihat seperti mengambil makanan tinggi gula atau tinggi lemak boleh menyebabkan bakteria baik ambil alih tugas dalam usus awak.
Kerana itu awak selalu susah nak buang air besar! Asyik sembelit, lebih teruk; buasir.
Makanan kaya probiotik:
- Yogurt
- Tempe
- Sup Miso
- Kimchi
- Kombucha
Makanan kaya prebiotik:
- Buah beri
- Oat
- Matcha
- Kulit Epal
- Asparagus
Tonton Video: Penerangan Ringkas dan Jelas dari Ahli Nutrisi Mengenai Beza Probiotik dan Prebiotik
Itulah perbezaan di antara prebiotik dan probiotik dan bagaimana mereka bekerjasama untuk kesihatan usus yang baik.Â
Jika awak ambil probiotik, pastikan simpan dalam peti sejuk kerana probiotik adalah benda hidup yang akan mati jika terdedah dengan haba dan cahaya. Kalau prebiotik, tiada masalah.Â
Prebiotik Selamat dan Semulajadi untuk Kesihatan Usus | Shaklee


Ingin maklumat lanjut? Klik untuk WhatsApp