Cara Makan Set Hello New You Shaklee Untuk Result Terbaik Posted on 17/05/202317/05/2023 Cara Makan Set Hello New You Shaklee | Jadi anda sudah pun memiliki Set Hello New You Shaklee dan anda nak tahu bagaimana cara makan set ini untuk anda mendapat result yang terbaik.Dalam artikel ini anda akan mengetahui cara pengambilan setiap satu produk dalam Set Hello New You Shaklee yang betul untuk hasil yang memberangsangkan. Cara Terbaik Makan Set Hello New You Shaklee 1. Cinch Shake Shaklee - Meal Replacement Meal replacement adalah pengganti makanan yang apabila anda ambil, anda boleh untuk tidak makan apa-apa lagi makanan selepas mengambilnya. Oleh itu untuk kurus, syarat pertama yang mesti anda buat ialah ambil makanan dengan kalori defisit. Senang cerita anda tak boleh makan banyak dan kena makan makanan yang sihat – kalau nak kurus. Cinch Shake Shaklee yang ada dalam Set Hello New You ini bertindak untuk anda jadikan sebagai meal replacement. Anda dah ‘jimat’ sangat banyak kalori dengan pengambilan Cinch Shake. Jadi anda boleh atasi masalah terlebih makan apabila anda amalkan pengambilan Set Hello New You Shaklee yang didalamnya ada Cinch Shake ini.Waktu terbaik untuk anda ambil Cinch Shake Shaklee ialah sebanyak 2 kali dalam sehari iaitu sebagai sarapan dan makan malam.Cara nak buat Cinch Shake pula adalah dengan masukkan air masak ke dalam shaker sebanyak 400 mL beserta 2 scoop penuh Cinch Shake. Kemudian anda shake shaker tu sampai Cinch Shake dah larut sebati. Kemudian siap untuk di minum! Cinch Shake Shaklee sangat mengenyangkan.Kalau anda nak cari Cinch Shake yang paling rendah indeks glisemik, jawapannya adalah Cinch Shake Coklat. Lebih rendah indeks glisemik, maka ia akan memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama. Lihat testimoni Set Hello New You Shaklee di sini 2. Omega Guard - Tingkatkan Metabolisma Omega Guard bertindak sebagai ejen yang membekalkan kebaikan omega 3, DHA dan EPA. Kelebihannya apabila anda ambil omega 3 dalam diet tambahan untuk turunkan berat badan adalah ia akan membantu tingkatkan kadar metabolisma anda. Apa yang akan berlaku apabila metabolisma badan anda tinggi ialah kadar pembakaran lemak akan terjadi dengan lebih efektif.Cara terbaik untuk anda ambil Omega Guard Shaklee dalam Set Hello New You untuk kesan terbaik adalah sebanyak 3 kapsul sehari selepas anda makan tengahari. Kebiasaan kita sebagai orang Malaysia, apabila makan tengahari kita akan ambil makanan yang lengkap dengan karbo, protein, fiber dan lain-lain. Jadi omega 3 ini di serapdengan baik apabila anda ambil dia bersama makanan.Tambahan pula ketika sarapan dan makan malam anda dah ambil Cinch Shake. Jadi untuk Omega Guard anda ambil selepas anda makan tengahari. Tempoh masa yang boleh anda terus ambil adalah sejurus selepas makan atau boleh juga jika nak tunggu 30 minit selepas makan. Cuma kalau anda bertangguh, takut terus lupa tak makan. Sediakan siap-siap Omega Guard Shaklee dalam beg tangan, supaya habis je makan tengahari boleh terus ngap Omega Guard 3 kapsul tadi. 3. Lecithin - Larut Lemak Lecithin memberikan anda fungsi sebagai pengemulsi lemak. Kalau Omega Guard anda ambil selepas makan. Lecithin Shaklee pula anda ambil sebelum makan.Cara pengambilan Lecithin Shaklee dalam Hello New You ialah 2 kapsul sebelum makan, 3 kali sehari.Sebelum makan Cinch Shake untuk sarapan, ambil Lecithin 2 kapsul.Sebelum makan tengahari, ambil Lecithin 2 kapsul.Sebelum makan Cinch Shake untuk makan malam, ambil Lecithin 2 kapsul lagi.Siap! 4. Herb-Lax - Bersihkan Kotoran Lepas dah lalui seminggu dengan pelbagai aktiviti dan makanan, kini tibalah masa untuk anda buang semula atau detox badan anda di hujung minggu. Herb-Lax Shaklee dalam set ini memang berfungsi sebagai ejen detox untuk bersihkan usus anda dari kerak-kerak najis yang tertinggal. Kalau nak turunkan berat badan, nak kurus, kita kena pastikan badan kita ada buang najis. Itulah fungsi Herb-Lax.Tambah pula jika kita memang sejenis susah nak buang air besar dengan lawas walaupun dah ambil buah serta sayur dan fiber dengan banyak.Ada ye yang jenis begitu. Syaza ada beberapa customer tetap yang kena ambil Herb-Lax untuk bantu mereka buang air besar dengan baik.Tapi Herb-Lax ini anda hanya ambil dia ketika hujung minggu sahaja. Satu minggu hanya sekali sahaja pengambilannya. Pilih nak hari Sabtu atau Ahad. Mana hari yang anda memang nak rehatkan badan.Cara pengambilannya adalah 4 biji sebelum tidur. Jika anda ibu menyusu, Syaza tak galakkan anda ambil terutama jika anak anda masih sedang menyusu secara eksklusif. Untuk yang anak dah mula makan makanan pejal, boleh ambil tapi mula dengan dos yang rendah iaitu 1 atau 2 biji. Sebab bila anda ambil Herb-Lax, anda akan lawas – anak anda juga akan lawas.Pengalaman Syaza sendiri, Syaza akan ambil Herb-Lax hanya maksimum 2 biji sahaja ketika menyusu badan. Walaubagaimanapun, ia tetap bergantung kepada penerimaan anak anda. Begitulah cara pengambilan Set Hello New You Shaklee. Tips tambahan untuk anda yang nak kurus dengan pengambilan set ini adalah, jaga pemakanan dengan mengamalkan gaya pemakanan sihat dan usaha untuk aktifkan diri setiap hari walaupun hanya dengan 5,000 steps sehari.Nak kurus kalau boleh biar untuk kesihatan sepanjang masa. Satu lagi, Hello New You Shaklee ini juga amat bersesuaian jika anda padankan dengan diet gaya intermittent fasting. Banyak kelebihan intermittent fasting yang anda boleh dapat apabila ambil bersama dengan Hello New You Set Shaklee. Intermittent fasting ini amat memerlukan nutrisi yang sempurna agar anda dapat ‘bertahan’ dengan tenaga yang baik ketika sedang berpuasa.Jika anda nak tahu lebih details tentang intermittent fasting boleh terus baca entri berikut: 7 Kebaikan Diet Intermittent Fasting Tak Ramai TahuSelamat mengamalkan Hello New You Shaklee. Kalau anda beli Hello New You Shaklee dari Syaza, anda akan dapat panduan lebih lengkap untuk set ini.Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pengedar Shaklee yang anda dapatkan set ini untuk mereka consult dengan lebih lengkap, ok! Share on Social Media x facebook emailwhatsapp