Cara Melegakan Resdung Dengan Cepat Dari Rumah
Resdung - Tips Sihat

7 Cara Melegakan Resdung Yang Boleh Buat di Rumah

Last updated on December 4th, 2022 at 03:20 am

Kerap bersin dan selesema tak kira masa, terutama di waktu pagi selepas bangun dari tidur. Di tambah dengan keadaan cuaca yang lembap serta sejuk akan menyebabkan hidung awak lebih tersumbat. Sapu tangan sentiasa di bawa ke mana sahaja. Hidung semakin merah menyala. 

Resdung atau radang sinus ialah apabila terdapat jangkitan atau keradangan pada lapisan membran yang ada di bahagian rongga sinus. Ia boleh terjadi kepada dewasa dan juga kanak-kanak.

Resdung boleh disebabkan masalah yang datang dari virus, bakteria, kulat, alahan, masalah iritasi kepada bahan kimia dan lebih teruk adalah kerana ketumbuhan dalam hidung atau di panggil polyp.

Ini adalah 7 cara bagaimana ingin melegakan simptom masalah resdung yang awak boleh lakukan dari rumah.

Cara Melegakan Masalah Resdung Dari Rumah

1. Rehat Yang Cukup

Cara Melegakan Resdung - Rehat Secukupnya

Dapatkan rehat yang cukup terutama ketika resdung mula menyerang dengan dasyat atau lebih baik lagi sebelum ia bermula. Apabila awak rehat, badan akan di beri masa untuk pulih dan membenarkan ia ambil masa untuk melawan jangkitan dalam badan. Selain itu, duduk rehat di rumah juga akan mengelakkan daripada jangkitan tersebut tersebar kepada orang lain.

2. Bernafas Dengan Wap Panas

Cara Melegakan Resdung - Steam Muka Air Panas Nafas
Ramai orang buat teknik ini dengan mengambil air panas dalam satu bekas seperti besen, kemudian tutup seluruh muka dan kepala dengan tuala. Pastikan hanya muka kita bertemu dengan air. Jarakkan dengan jarak selamat supaya tak melecur kerana terlalu panas. 
 
Tarik dan hembus nafas seperti biasa sehingga rasa longgar di bahagian dada. Teknik ini bagus untuk membantu membuka ruang udara di bahagian rongga nasal. Boleh tambahkan minyak angin yang selamat dan sesuai seperti Vapor Rub ke dalam air panas, untuk hasil yang lebih memuaskan.

3. Minum Air Masak

Cara Melegakan Resdung - Minum Air Secukupnya

Elakkan daripada mengambil air berkaffein seperti kopi dan teh. Banyakkan minum air putih sahaja dengan cukup.

4. Bersihkan Pengudaraan di Rumah

Cara Melegakan Resdung - Bersihkan Udara Rumah

Berhenti merokok ialah pilihan terbaik untuk melegakan resdung. Jika awak bukan perokok, elakkan duduk berdekatan dengan orang yang merokok. Selain itu, jangan guna pembersih udara yang bertoksik. 

Guna pembersih rumah yang tidak bertoksik yang semulajadi sahaja. Tips ini bukan sahaja membantu untuk jangka masa pendek tetapi ia sangat bagus untuk jangka masa panjang bagi memulihkan resdung awak secara semulajadi.

Produk pembersihan rumah bertoksik hanya akan meningkatkan lagi risiko awak alahan kepada persekitaran dan iritasi dengan bahan kimia yang merupakan punca utama kenapa resdung awak masih belum dapat pulih sepenuhnya. 

Di samping itu, melaburlah dengan air purifier atau ionizer. Pokok hijau juga merupakan ejen pembersihan udara terbaik yang sangat mampu milik boleh awak dapatkan!

5. Berhenti Ambil Makanan Yang Terukkan Lagi Resdung

Cara Melegakan Resdung - Elak Makanan Buat Resdung

Terdapat jenis makanan yang hanya menyebabkan lendir menjadi semakin teruk. Malah sesetengah makanan juga hanya mengakibatkan keradangan resdung meningkat. 

Antara makanan yang perlu awak elak ialah yang mengandungi gluten, produk tenusu seperti susu lembu, gandum, pisang, kekacang, makanan berlemak dan paling perlu elak adalah gula!

Banyakkan mengambil makanan seperti lemon, buah-buahan citrus, limau, timun, sup bersama daun saderi, bawang putih, timun dan bawang merah.

Awak juga boleh mengambil air suam bersama hirisan lemon untuk melegakan keradangan resdung bagi sementara waktu dan melonggarkan ruang udara supaya lebih mudah bernafas.

6. Makan Suplimen Vitamin C

Cara Melegakan Resdung - Vitamin C Shaklee Untuk Resdung

C adalah kuncinya! Tingkatkan pengambilan vitamin C awak. Ini akan membantu melawan jangkitan resdung dengan lebih cepat, mengurangkan keradangan akibat resdung dan melegakan tempoh terkena jangkitan simptom resdung seperti batuk dan selesema.

Resepi menggunakan vitamin C ialah tips turun temurun dalam melawan masalah resdung. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin yang sangat bagus untuk mengatasi masalah resdung.

7. Ambil Angin di Luar Rumah

Sekiranya resdung awak masih di tahap terkawal, awak boleh ambil pendekatan untuk mendapatkan udara yang lebih segar dengan berjalan santai di luar rumah.

Waktu terbaik untuk melakukan aktiviti ini ialah sekitar pagi kerana vitamin penting iaitu Vitamin D dari matahari!

Leave a Reply