Kelebihan Tersembunyi Vitamin E Shaklee yang Anda Mesti Tahu Posted on 04/07/202304/07/2023 Fungsi, Manfaat, Kebaikan, Harga dan Testimoni Vitamin E Shaklee | Menurut panduan yang diterbitkan oleh Institute of Medicine Washington (DC) yang bertajuk Dietary Reference Intake for Vitamin C, Vitamin E, Selenium and Carotenoids, vitamin E adalah sejenis vitamin larut lemak. Tugas utama vitamin larut lemak ini ialah bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel daripada rosak.Shaklee memiliki vitamin E yang di beri nama Vita-E Complex. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui tentang penjelasan lengkap mengenai Vitamin E Shaklee. Teruskan membaca. Apakah Sebenarnya Vitamin E - Fakta Asas Yang Penting Dah Wujud Hampir 100 Tahun Vitamin E selain daripada memiliki ciri-ciri vitamin yang mudah untuk larut dalam lemak, ia turut terkenal sebagai vitamin yang baik untuk kesihatan jantung. Vitamin E mula didapati wujud sekitar tahun 1922, namun begitu 40 tahun kemudian barulah vitamin E ini diberitahu ianya penting untuk nutrisi badan manusia,Vitamin antioksidan salah satunya merupakan vitamin E, telah mendapat perhatian umum ketika saintis mula memahami bagaimana radikal bebas bertanggungjawab untuk masalah berkaitan kardiovaskular seperti saluran darah yang tersumbat. Dalam situasi ini, mereka menemui bahawa vitamin E dapat membantu untuk cegah risiko daripada berlaku masalah kesihatan tersebut, Ia juga meningkatkan fungsi imun badan. Lelaki Lebih Berisiko Kurang Vitamin E Kekurangan nutrien vitamin E amat jarang berlaku, walaubagaimanapun terdapat satu laporan, Shahar et al. (1999) menunjukkan kira-kira 27% daripada 350 penduduk dewasa Malaysia yang tinggal di bahagian dalam pantai timur mempunyai kurang vitamin E yang mana lelaki lebih berisiko berbanding wanita. Makanan Kaya Vitamin E Vitamin E ditemui dalam minyak berasaskan sayuran, kekacang, buah dan sayur seperti:Minyak kacang soyaAlmondPeanut butterBuah labuAsparagusManggaAvokado Jumlah Vitamin E yang Badan Perlukan Jumlah yang diperlukan berbeza mengikut jantina, umur dan tahap aktiviti harian. Namun begitu, mengikut saranan yang telah ditetapkan sebagai panduan oleh Reccomended Dietary Intake Malaysia 2017, keperluan vitamin E adalah seperti berikut:Lelaki 19-65 tahun: 10mg/sehariPerempuan 19-65 tahun: 7.5mg/sehariLelaki >65 tahun: 10mg/sehariPerempuan >65 tahun: 7.5mg/ sehari Ibu Mengandung, Menyusu dan Vitamin E Tidak ada keperluan untuk ibu mengandung ambil vitamin E melainkan dengan nasihat daripada pakar. Vitamin yang penting untuk ibu mengandung adalah kalsium, omega-3, zat besi, protein, asid folik, vitamin b dan vitamin c.Baca Selanjutnya >> Set Hamil Shaklee: Ke Arah Kehamilan Sihat dan CeriaBagi ibu menyusu, digalakkan ambil 4mg lebih daripada perempuan yang tidak menyusukan anak. Kelebihan Vitamin E Shaklee Setelah mengetahui pengetahuan umum tentang vitamin E, sekarang adalah masanya untuk anda melihat Vitamin E dari Shaklee.Terdapat empat kelebihan serta keistimewaan Vitamin E Shaklee ini iaitu:-Sumber Semulajadi: Vitamin E Shaklee datang dalam bentuk semulajadi d-alpha tocopherol dari minyak kacang soyaMengandungi Selenium: Vitamin E Shaklee mengandungi 65mcg sejenis mineral yang di beri nama – selenium. Mineral ini amat penting untuk bekerjasama dengan vitamin E bagi meningkatkan kadar fungsinya di tahap yang baik. Jadi apabila anda dah ambil Vitamin E Shaklee, anda dah tak perlu fikir nak cari lagi supplement selenium yang lain, kerana Vitamin E Shaklee dah lengkap dengan seleniumMemiliki Ekstrak Biji Anggur: Dalam Vitamin E Shaklee, ada 38mg ekstrak biji anggur yang berfungsi sebagai proantosianidin. Manfaat wujudnya ekstrak biji anggur dalam vitamin E di Shaklee adalah untuk melindungi jantung, mencantikkan kulit dan melindungi kesihatan kardiovaskularSatu Kapsul 400IU: Kapsul Vitamin E Shaklee, menepati saranan yang ditetapkan untuk pengambilan harian lelaki dan perempuan dewasa. Harga dan Cara Terbaik Makan Vitamin E Shaklee Vitamin E Shaklee berharga RM160 untuk sebotol yang mengandungi 120 kapsul bagi penggunaan 4 bulan. Cara terbaik untuk makan Vitamin E Shaklee ialah 1 kapsul selepas makan tengahari. Kebaikan, Fungsi dan Manfaat Vitamin E Shaklee *Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan penyakit. Ini adalah iklan produk suplemen 10 Manfaat Utama Vitamin E Shaklee:Membantu mengurangkan kesan keradangan dalam badanMembantu mengurangkan risiko Parkinson. Membantu pudarkan parutMembantu mengurangkan risiko kulit terbakar atau sunburnMembantu meningkatkan fungsi kesihatan mataMembantu kesihatan sperma untuk kesuburan lelaki Membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulitMembantu meningkatkan fungsi sistem saraf Membantu meningkatkan fungsi kesihatan jantungMenyokong fungsi otak dan memori Testimoni Vitamin E Shaklee Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Set Jerawat Shaklee Vitamin Pudarkan Parut Jerawat Posted on 26/10/201705/05/2023 Last updated on May 5th, 2023 at 05:22 pm Vitamin Untuk Pudarkan Parut Jerawat | Kajian menunjukkan stress serta kehadiran radikal bebas bukan sahaja membantu ‘melancarkan’ kehadiran jerawat, malah, melambatkan proses pemudaran parut jerawat. Lepas satu, satu! Selepas jerawat, maka akan hadirlah teman baiknya iaitu PARUT JERAWAT. Ianya menjadi bertambah mudah… Read More