Keburukan Intermittent Fasting: Kulit Jadi Lebih Tua & Cara Atasi Posted on 21/03/202324/03/2023 Last updated on March 24th, 2023 at 01:33 am Keburukan Intermittent Fasting Kenapa Kulit Jadi Lebih Tua & Cara Atasi | Anda telah melakukan diet intermittent fasting tetapi anda mendapati kulit muka anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Berbanding dengan orang lain yang claim bahawa mereka kelihatan lebih cantik dan glowing selepas intermittent fasting, tetapi tidak pula kepada anda.Dalam artikel ini anda akan mengetahui sebabnya dan bagaimana nak atasi masalah kulit nampak tua kesan diet IF. Sejak turun berat badan, kulit muka jadi kendur. Intermittent Fasting dan Autophagy Sel Yang Rosak Di Makan dan Dimusnahkan Diet intermittent fasting adalah keadaan di mana anda berpuasa dalam tempoh waktu yang tertentu.Jika anda belum tahu, ada sebuah proses ketika anda lakukan intermittent fasting akan terjadi iaitu proses autophagy.“Auto” merujuk kepada diri dan “phagy” pula bermakna makan. Secara umumnya, makna autophagy itu sendiri adalah “makan diri sendiri” / “self eating”.Autophagy ini akan di rangsang dengan baik ketika anda berpuasa.Apa yang autophagy ini lakukan ialah ia akan menyingkirkan protein bertoksik dalam badan anda, menghasilkan tenaga untuk membaiki sel rosak dan menghasilkan sel baru yang lebih sihat dan kuat. Autophagy membersihkan sel badan anda secara sangat mendalam. Oleh sebab itu, autophagy ini memberikan intermittent fasting sebuah kelebihan untuk elak dari penyakit-penyakit kronik seperti kanser.Badan anda akan memasuki fasa autophagy ketika 17 jam berpuasa sehingga 72 jam maksimum. Jika di lihat, autophagy memiliki manfaat yang sangat banyak kerana ia ‘makan’ sel rosak anda dan gantikan dengan sel yang baru. Secara logiknya, mesti anda akan dapat kulit wajah yang lebih baru dan tak nampak tua dari sebelumnya. Namun begitu, ada satu perkara yang ramai tidak tahu mengenai antara keburukan intermittent fasting ini. Keperluan Kolagen Dalam Badan Kolagen semakin berkurang sejak usia 25 tahun. Air meliputi 70% dari keseluruhan badan, manakala kolagen mewakili 30% dari protein yang ada dalam badan. Betapa besarnya peranan kolagen di sini. Syaza yakin bahawa anda mesti akan membayangkan wajah yang cantik berseri apabila sebut tentang kolagen.Ya, kerana itulah tugas utama kolagen yang popular. Kolagen terdiri daripada 17 jenis, namun begitu, yang popular adalah jenis i, jenis ii, jenis iii dan jenis iv, v.Kolagen jenis i memainkan peranan penting dalam kecantikan kulit, kuku, rambut dan tulang. Antara sumber utama yang anda boleh dapati kolagen dari jenis i dan iii ialah dari sumber marine atau ikan.Pendek kata, kalau anda nak muka lebih cantik, awet muda.. pastikan kolagen jenis i anda tidak dihancurkan dari badan anda. Autophagy Menghancurkan Kolagen Anda Autophagy dari IF, Merosakkan Kolagen Di sebalik kebaikan intermittent fasting terutama sekali autophagy yang sering dikhabarkan dapat membantu elak risiko penyakit seperti kanser, nyanyuk dan sebagainya, sebenarnya ada satu sisi hitam yang tidak ramai orang tahu dan berani untuk bercakap mengenainya.Perkara tersebut ialah mengenai autophagy akan merosakkan kolagen dalam badan anda. Kolagen yang rosak pula adalah kolagen jenis i yang berfungsi khas untuk kecantikan kulit, kuku, rambut anda.Di sini, anda dah boleh dapat bayangan kenapa bila anda buat intermittent fasting, anda dapat satu kesan keburukan darinya iaitu kulit anda nampak lebih tua dari usia sebenar anda.Ya! Intermittent fasting yang galakkan autophagy itu tadi telah menyebabkan kolagen anda semakin rosak hari demi hari.Kesannya, anda mula ada kedutan yang sangat dalam, badan jatuh, mata ke dalam, nampak cengkung dan macam-macam lagi ciri tua yang ada pada diri anda. Termasuk juga kuku yang rapuh, tangan berkedut dan rambut semakin gugur! Jadi, macam mana nak atasinya? Cara Atasi Masalah Kulit Nampak Tua Selepas Intermittent Fasting Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini: 1. Periksa Semula Waktu Intermittent Fasting Anda Elak dari membuat IF yang terlalu strict. Anda kena kenal dengan keupayaan badan anda. Orang A tak sama dengan anda, begitu juga dengan orang B. Jadi jangan terlalu ikut gaya orang lain tetapi dengar kata badan anda sendiri.Autophagy bermula seawal 17 jam anda berpuasa. 2. Jangan Tinggal 3 Elemen Ini Selain intermittent fasting, anda jangan tinggal 3 perkara ini iaitu bersenam, ambil lemak yang sihat ketika eating window dan juga tidur yang berkualiti. 3. Ambil Supplement Yang Bantu Aktifkan Autophagy dengan Baik Ada dua supplement dari Shaklee yang dapat membantu anda mengaktifkan autophagy walaupun anda tidak berpuasa sehingga 18 jam sampai 72 jam. Anda tetap boleh dapatkan kesan autophagy yang sama, malah lebih baik dengan gabungan dua supplement ini tanpa berpuasa sehingga 18 jam.Supplement Shaklee yang dapat membantu aktifkan autophagy dengan baik:Vivix: Mengandungi resvratrol untuk aktifkan autophagyCoQ-Trol: Menyokong dan menggalakkan proses autophagy 4. Ambil Kolagen dan Vitamin C Sebagai Supplement Tambahan Autophagy yang terjadi ketika anda menjalankan intermittent fasting, akan hancurkan kolagen anda. Muka yang tua selepas intermittent fasting bukan kerana anda memang semakin berusia, tapi kerana kolagen dalam badan anda sedang di ‘makan’ untuk dimusnahkan sedikit demi sedikit oleh autophagy proses.Oleh itu, jika anda bertekad nak kurus dengan pilihan gaya hidup dari intermittent fasting dan dalam masa yang sama anda tak nak kelihatan tua, pastikan anda ambil supplement kolagen dalam diet harian anda. Vitamin C pula perlu kerana sahabat baik bagi kolagen yang dapat memastikan ia dengan baik ke dalam badan anda.Supplement Shaklee untuk meningkatkan kolagen anda kembali selepas nampak tua kesan autophagy dari intermittent fasting:Collagen Plus Powder: Sumber kolagen tulen dari marine untuk mengembalikan semula kolagen anda yang rosak dan hilangSustained Release Vita-C Plus: Membantu menggalakkan lagi penghasilan kolagen dan memastikan kolagen di serap dengan baik Anda boleh dapatkan produk Shaklee yang Syaza mentioned di atas dengan Syaza. Klik di sini untuk WhatsApp Syaza bagi mendapatkannya. ^^#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #projekblogmegashaklee Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Intermittent Fasting 7 Kebaikan Diet Intermittent Fasting Tak Ramai Tahu Posted on 10/02/202311/09/2024 Last updated on September 11th, 2024 at 01:30 am Intermittent fasting atau singkatannya IF ialah puasa secara berkala dalam jangka masa tertentu. Ada banyak pilihan waktu yang anda boleh lakukan bermula daripada 12 jam puasa – 12 jam makan (12:12), 18 jam puasa – 6 jam makan (18:6) dan 16… Read More
Intermittent Fasting 9 Menu Idea Sahur Sihat Selain Nasi Posted on 29/03/2023 Idea Menu Sahur Sihat | Adakah anda ingin bersahur tetapi perlukan sebuah menu yang sihat, padat dengan nutrisi tetapi dalam masa yang cepat di buat? Dalam entri ini akan dikongsikan 30 Idea Menu Sahur Sihat untuk anda. Resepi menu ini juga sesuai untuk anda yang ingin turunkan berat badan ketika puasa. Menu Idea… Read More
Ya betul tapi inshaAllah dengan ilmu, kita boleh overcome masalah ni. Nak diet pun kena ada ilmu ^^ Kat sini Syaza ada share 7 Kebaikan Diet Intermittent Fasting Tak Ramai Tahu. Jemput baca ^^ Reply