Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 mg kalsium sehari untuk mendapat bekalan kalsium yang mencukupi. Antara kebaikan kalsium yang cukup ketika mengandung ialah ibu dan bayi mendapat tulang serta gigi yang kuat. Selain itu, ibu dan bayi kurang berisiko terdedah dengan 7 kesan kekurangan kalsium ketika hamil yang akan dinyatakan di bawah.

1. Risiko osteoporosis
Anda berisiko mendapat osteoporosis kelak dalam jangka masa panjang terutama jika masalah kalsium berkurangan berlaku secara terus menerus sebelum, semasa dan selepas mengandung.
2. Ibu Mendapat tekanan darah tinggi
Kalsium membantu stabilkan paras tekanan darah ketika mengandung. Dengan kekurangan kalsium, ia boleh menganggu tekanan darah dan menyebabkan darah tinggi. Tekanan darah yang tinggi ialah amaran awal untuk masalah kesihatan yang lebih bahaya bagi ibu mengandung iaitu pra-eklampsia.
3. Bayi lahir dengan berat rendah
Janin yang tidak mendapat bekalan kalsium mencukupi semasa dalam rahim, berpotensi dilahirkan dengan berat yang rendah. Bayi yang lahir dengan berat rendah, memiliki antibodi badan yang lemah. Berat badan yang di kira rendah ialah 2.5 kg dan ke bawah.
4. Perkembangan Janin Lambat dari Usia
Intrauterine Growth atau IUGR ialah perkembangan janin ketika dalam rahim. Bayi yang kurang kalsium berpotensi mendapat masalah perkembangan IUGR.
5. Ibu Senang Kena Cramp Kaki
Selalu cramp atau kejang ialah antara masalah biasa yang sering berlaku kepada ibu mengandung. Syaza dah jumpa ramai customer – ibu mengandung yang ada masalah cramp kaki atau biasa orang panggil tarik mengkarung. Ada juga di panggil simpul biawak. Bila badan kurang kalsium ketika mengandung, memang mudah nak dapat masalah cramp.
Kalsium membantu pergerakan otot. Jika amaun kalsium rendah dalam badan, anda senang kena kekejangan terutama di bahagian belakang dan kaki.
6. Tulang dan Gigi Anak Bermasalah
Ada satu kajian, dalam kajian ini mereka follow up kembali kanak-kanak yang mendapat keperluan kalsium mencukupi masa dalam perut Ibu. Objektif utama kajian adalah nak tunjukkan hubungan di antara pengambilan kalsium dengan kesihatan gigi anak. Hasil kajian mendapati, kanak-kanak yang dapat kalsium cukup masa dikandungkan – menjelang usia 12 tahun berisiko lebih rendah untuk dapat gigi yang bermasalah.
7. Kelahiran Pra-Matang
Bayi berisiko untuk dilahirkan sebelum 37 minggu jika ibu kekurangan kalsium ketika mengandung. Ibu mengandung dengan kalsium yang cukup, dapat merendahkan risiko bayi dilahirkan tidak cukup bulan, sebanyak 25%.
Makanan Yang Boleh Bantu Tambah Kalsium Ibu Hamil
Antara makanan yang boleh anda ambil untuk lengkapkan keperluan kalsium sebagai ibu mengandung ialah:
- Tofu
- Susu
- Keju
- Yogurt
- Kacang Almond
- Susu Soya dengan Kalsium
- Sayuran hijau seperti brokoli
Lengkapkan Kalsium dengan Set Vitamin Kalsium Shaklee

Set Kalsium Shaklee terdiri daripada susu soya dengan tambahan kalsium dan pil kalsium. Untuk info lanjut, hubungi Syaza – klik di sini untuk WhatsApp.