Makanan Tambah kalsium Ibu Mengandung - Blog Banner Vitamin Syaza
Tips Kehamilan

Makanan Tambah Kalsium untuk Ibu Mengandung

Kalsium mewakili 29% bagi keseluruhan berat badan anda. Manakala 99% mineral ini terletak di dalam sistem yang berkaitan dengan tulang. Ketika anda hamil, bayi menyerap nutrien kalsium melalui plasenta dari badan anda. Penyerapan kalsium meningkat dengan lebih banyak ketika usia kandungan anda masuk trimester ketiga kerana di waktu ini bayi anda sedang berkembang dengan sangat pesat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan sasaran bahawa seorang ibu mengandung hendaklah ambil sekurang-kurangnya 1,000 mg kalsium dalam sehari. Namun begitu, amaun ini meningkat jika anda mengandung anak kembar.

Dalam entri ini, anda akan tahu mengenai keperluan kalsium ketika hamil serta makanan mana yang bagus untuk tambah kalsium bagi ibu mengandung. Selain itu, Syaza akan memberi alternatif bagi anda yang ingin memastikan kalsium harian semasa mengandung dapat dilengkapkan dengan baik agar tidak terdedah dengan risiko kekurangan kalsium ketika hamil.

Makanan Tambah Kalsium Ibu Mengandung - Vitamin Syaza - Tanda Kekurangan Kalsium
Tanda Kekurangan Kalsium untuk Ibu Mengandung

Kenapa Kalsium Penting untuk Ibu Mengandung?

Kalsium diperlukan kerana kekurangannya ketika mengandung boleh memberi kesan ke atas anda dan bayi. Antaranya ialah kekurangan kalsium mendedahkan risiko untuk anda mendapat tekanan darah tinggi yang merupakan tanda awal pre-eklampsia. Manakala, pre-eklampsia ialah amaran awal mendapat sawan ketika hamil.

Selain itu, risiko untuk bayi dilahirkan dengan berat rendah iaitu 2.5 kg ke bawah sangat tinggi. Malah, bayi turut terdedah dengan kelahiran awal sebelum 37 minggu, iaitu kelahiran pra-matang. Bayi dengan berat lahir rendah dan yang dilahirkan awal, memiliki antibodi badan yang lemah berbanding bayi lain.

Bukan itu sahaja, sekiranya kalsium ketika mengandung tidak dipenuhi dengan baik – ibu mengandung mudah mendapat masalah kekejangan atau cramp terutama di bahagian kaki. Terdapat beberapa cara bagi atasi masalah kejang kaki semasa mengandung antaranya ialah dengan pengambilan kalsium dan magnesium yang cukup.

Syaza telah mendapat ramai customer yang mencari OsteNutrix Shaklee, sebuah suplemen yang mengandungi kalsium serta dilengkapi bersama vitamin D dan magnesium untuk ibu hamil – bagi membantu masalah kaki yang sering cramp terutama di waktu malam ketika mengandung. 

Di bawah adalah antara contoh testimoni dari customer Syaza sendiri yang mendapati selepas mengambil OsteNutrix Shaklee ini – kurang dari seminggu telah mendapati malam-malam dah jarang dapat cramp kaki ketika mengandung.

Baca Dengan Lebih Lengkap: 6 Cara Utama Atasi Kaki Kejang Semasa Hamil

Makanan Tambah Kalsium Ibu Mengandung - Vitamin Syaza - Testimoni OsteNutrix Shaklee Untuk Ibu Mengandung Masalah Cramp Kaki
OsteNutrix membantu lengkapkan kalsium harian ketika mengandung

Di samping itu, kekurangan kalsium sebelum, semasa dan selepas mengandung turut meningkatkan risiko ibu mendapat tulang mudah rapuh seperti osteoporosis di masa hadapan. Dengan keadaan sedemikian, ibu haruslah memenuhi keperluan kalsium harian ketika mengandung agar terhindar dari komplikasi di atas. 

9 Makanan Tambah Kalsium untuk Ibu Mengandung Yang Mudah didapati

Makanan Yang Boleh Tambah Kalsium Untuk Ibu Mengandung - Vitamin Syaza

Seterusnya, mari lihat makanan yang boleh bantu untuk tambah kalsium ke atas ibu mengandung. Makanan di bawah merupakan makanan yang mudah didapati. Malah ia juga enak di makan serta mudah disediakan.

1. Susu Lembu atau Kambing

Susu ialah sumber kalsium paling senang nak dapat. Segelas susu skim, 200 mL membekalkan hampir 200 mg kalsium. Ada pelbagai pilihan susu di pasaran – oleh itu pastikan anda mencari susu yang tidak mengandungi gula tambahan.

2. Yogurt

Selain susu, yogurt terkenal dengan kandungan kalsium yang tinggi. 1/2 cawan greek yogurt membekalkan sehingga 120 mg kalsium. Seperti susu, pilih yogurt tanpa gula tambahan. Yogurt enak di makan bersama oat, atau buah-buahan.

3. Keju

100 g keju membekalkan sehingga 700 mg kalsium. Keju ialah produk tenusu yang sama line dengan susu dan yogurt bagi menambahkan kalsium.

4. Bayam

Bayam ialah antara sayuran hijau yang ada kandungan kalsium tinggi. Selain itu anda boleh cuba brokoli. 100 gram bayam membekalkan 99 mg kalsium.

5. Susu Soya dengan Tambahan Kalsium

Jika anda rasa tak boleh nak telan susu lembu atau kambing, terdapat pilihan susu lain iaitu susu soya. Cuma pastikan, anda hendaklah mencari susu jenis ini yang ada tambahan kalsium didalamnya. Selain itu, susu soya dengan tambahan kalsium ini amat sesuai untuk ibu yang memiliki alahan dengan susu lembu dan kambing atau ada lactose intolerance.

Makanan Tambah Kalsium Ibu Mengandung - Vitamin Syaza - Susu Soya Dengan Tambahan Kalsium
ESP Shaklee merupakan susu soya yang mengandungi kalsium sebanyak 500 mg bagi setiap hidangan

Baca Dengan Lebih Lengkap: Kebaikan, Fungsi dan Manfaat lain ESP Shaklee

Anda boleh mendapatkan 500 mg kalsium bagi sekali pengambilan susu soya ESP Shaklee. Bukan itu sahaja, susu soya ESP ada pelbagai lagi manfaat lain untuk anda sebagai ibu mengandung.

Antaranya membantu masalah gastrik ketika mengandung, membekalkan sumber protein untuk anda dan bayi, mengurangkan risiko kolestrol, mencantikkan kulit dan jika anda ada GDM – ia bantu kawal paras gula dalam darah anda.

6. Tofu

Tofu ialah gabungan di antara soya dan garam (biasanya calcium sulphate atau magnesium chloride). Ia sangat tinggi dengan kalsium. 100 tofu goreng dapat membekalkan sehingga 372 mg kalsium.

7. Kacang Almond

Kacang almond merupakan snek mudah yang boleh anda ambil ketika mengandung. 10 biji kacang almond bekalkan hampir 50 mg kalsium.

8. Buah Kering

Campurkan buah kering seperti buah tin, kurma, aprikot dan prune ke dalam yogurt atau blend bersama susu. Buah-buahan kering ini mengandungi kandungan kalsium. Selain itu ia turut memberi kebaikan untuk anda yang ada masalah darah rendah kerana buah-buah ini kaya kandungan zat besi (iron).

9. Ikan Sardin

Seekor ikan sardin bersaiz sederhana ke atas boleh beri anda sehingga 1,500 mg kalsium. Namun begitu, ketika mengandung anda disarankan meletakkan had pengambilan ikan sardin – 2 hidangan sahaja seminggu. Selain kalsium, ikan sardin ada omega-3 yang bagus untuk bantu perkembangan otak dan penglihatan janin.

Ibu Hendaklah Ambil Makanan Kaya Kalsium

Kesimpulannya, makanan-makanan di atas tinggi dengan kalsium serta dapat membantu anda lengkapkan kalsium harian sebagai ibu mengandung. Saranan selamat adalah dengan memastikan pengambilan kalsium sebanyak 1,000 mg.

Walaubagaimanapun, dalam sebuah kehidupan masa kini yang amat sibuk, kadangkala terdapat cabaran dalam memenuhi kebutuhan kalsium ketika mengandung melalui pemakanan semata. Oleh sebab itu, anda memiliki pilihan untuk melengkapkannya dengan cadangan Set Kalsium Shaklee bagi ibu mengandung.

Makanan Tambah Kalsium Ibu Mengandung - Vitamin Syaza - Set Kalsium Shaklee
Set Kalsium Shaklee untuk Ibu Mengandung

Set ini terdiri daripada susu soya yang diperkaya kalsium – ESP dan pil kalsium – OsteNutrix. Set Kalsium Shaklee untuk ibu mengandung ini reccomended untuk anda yang:

  • Ingin melengkapkan kalsium harian
  • Tidak sesuai dengan susu lembu atau kambing
  • Mengalami lactose intolerance 
  • Alahan dengan susu lain
  • Ingin menjaga kesihatan sepanjang mengandung

Jika anda berminat ingin mengetahui mengenai set ini dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi Syaza melalui WhatsApp – klik untuk wassap.

Leave a Reply