6 Cara Utama Atasi Kaki Kejang Semasa Hamil Posted on 15/10/201906/06/2024 Last updated on June 6th, 2024 at 05:48 pm Kekejangan, cramp atau simpul biawak semasa hamil adalah kesan daripada pergerakan otot yang kebiasaannya menyerang tapak kaki, betis, peha dan seluruh kawasan kaki. Ia fenomena biasa, menyerang di waktu malam terutama ketika trimester kedua dan ketiga. Jom ikuti tips di bawah ini bagi mengelakkan masalah cramp ketika hamil ini. 6 Tips Atasi Cramp Ketika Hamil 1. Senaman Regangan Betis Regangan sebelum tidur boleh membantu mengurangkan masalah kekejangan semasa mengandung. Berdiri dengan jarak sedepa lengan daripada dinding, letakkan tangan di hadapan dinding dan gerakkan kaki kanan ke bahagian belakang kaki kiri. Perlahan-lahan, bengkokkan kaki kiri ke hadapan, dan kekalkan posisi kaki kanan ke hadapan. Tahan dan regang selama 30 saar. Tukar kaki dan ulang regangan yang sama. 2. Kekal Aktif Aktiviti fizikal yang kerap membantu untuk mengurangkan risiko cramp sewaktu hamil. Sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman, pastikan rujuk dahulu kepada pakar yang berkenaan. 3. Ambil Supplemen Magnesium Pengambilan supplemen magnesium bantu elak masalah kejang masa mengandung. Selain itu, perbanyakkan juga makanan kaya magnesium seperti kekacang, dan bijian penuh. 4. Kekal Hidrat Memastikan otot kekal hidrat, cukup air akan membantu mengelakkan cramp. Warna air kencing mesti jernih atau berwarna kuning cair. Ini ialah salah satu tanda kita dalam keadaan hidrat. Kalau warna air kencing pekat, ia salah satu tanda anda tak cukup minum air. 5. Ambil Kalsium Secukupnya Pengambilan kalsium yang rendah semasa hamil akan menyumbang kepada masalah cramp yang lebih teruk! Semua wanita termasuklah wanita hamil wajib mendapatkan 1,000 milligram kalsium sehari. 6. Kasut yang Selesa Pilih kasut yang selesa, dan menyokong pegerakan sihat semasa mengandung. Kasut yang menutup bahagian tumit sepenuhnya sangat membantu. OsteNutrix Shaklee boleh bantu masalah cramp kaki ketika hamil Baca di sini pengalaman Ibu mengandung yang berjaya mengatasi masalah kaki cramp masa mengandung dengan OsteNutrix Shaklee Klik gambar untuk baca selanjutnya Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
GDM Masa Mengandung Bahaya Bacaan Selepas Minum Air Gula: Yang Harus Anda Tahu Posted on 11/06/202426/11/2024 Last updated on November 26th, 2024 at 11:32 pm Bacaan Gula Ibu Hamil Selepas Minum Air Gula | Ujian minum air gula atau modified oral glucose tolerance test (MOGTT) ialah sejenis ujian untuk mengesan sama ada anda ada gestational diabetes mellitus (GDM) atau tidak. Sekiranya anda termasuk dalam kalangan ibu yang berisiko tinggi mendapat kencing… Read More
Set Kalsium Shaklee Jangan Biarkan Kekurangan Kalsium Ganggu Kehamilan Anda – Set Kalsium Shaklee Solusinya Posted on 25/11/202426/11/2024 Last updated on November 26th, 2024 at 01:39 am Ibu mengandung perlu mendapat kalsium dengan amaun minimum 1,000 mg dalam sehari. Antara kesan kurang kalsium ketika mengandung ialah ibu mudah mendapat masalah kekejangan pada kaki. Selain itu, kekurangan kalsium untuk ibu hamil boleh membawa masalah yang lebih serius iaitu tekanan… Read More
Tips Kehamilan 7 Kesan Kurang Kalsium Ketika Hamil Posted on 06/12/202406/12/2024 Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 mg kalsium sehari untuk mendapat bekalan kalsium yang mencukupi. Antara kebaikan kalsium yang cukup ketika mengandung ialah ibu dan bayi mendapat tulang serta gigi yang kuat. Selain itu, ibu dan bayi kurang berisiko terdedah dengan 7 kesan kekurangan kalsium ketika hamil yang akan dinyatakan di… Read More