Mengapa Ibu Mengandung Perlu Kalsium? 5 Sebab Utama! Posted on 12/11/202412/11/2024 Kalsium adalah antara mineral yang paling banyak boleh didapati dalam tubuh badan. Antara fungsi asas kalsium adalah bagi membantu untuk pembentukan dan pengekalan tulang serta gigi yang sihat dan kuat. Malah, kalsium turut memiliki fungsi untuk tujuan pembekuan darah, memperbaiki kesihatan otot dan membantu kesihatan saraf. Apabila kalsium dalam badan kurang, anda boleh mendapat masalah seperti kekejangan pada bahagian otot di muka, tangan dan kaki.Jika anda sebagai wanita mengandung kerap mendapat masalah kekejangan kaki yang sering di panggil cramp semasa mengandung, pengambilan kalsium bersama magnesium dan vitamin D yang mencukupi boleh membantu mengatasi masalah kejang kaki semasa hamil. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi saranan agar wanita mengandung melengkapkan keperluan kalsium harian sebanyak 1,500 mg hingga 2,000 mg dalam sehari. Namun begitu, kalsium merupakan antara nutrisi yang sering kali wanita hamil abaikan untuk melengkapkan pengambilannya semasa mengandung. Terdapat kesan yang serius boleh berlaku kepada anda dan bayi dalam kandungan jika keperluan kalsium tidak dipenuhi dengan baik sewaktu hamil. 5 Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Mengandung 1. Mengawal Hilang Ketumpatan Tulang Pada Badan Ibu Syaza percaya bahawa anda tahu mengenai manfaat utama kalsium iaitu ia sangat dikenali dalam menguatkan tulang. Namun begitu, untuk anda yang sedang hamil – terdapat masalah yang akan berlaku sekiranya anda tidak memberi bekalan kalsium yang cukup dalam badan anda. Sewaktu hamil, daya penyerapan kalsium meningkat sebanyak 2 kali ganda untuk menepati keperluan kalsium bagi diri dan bayi dalam kandungan anda.Janin serap bekalan kalsium yang ada dari badan anda. Dan penyerapan ini akan meningkat tinggi terutama ketika kandungan masuk usia trimester ketiga iaitu 7 bulan dan ke atas.Penting untuk anda tahu, kandungan anda serap kalsium tanpa mengambil kira sama ada cukup atau tidak bekalan kalsium untuk diri anda. Sekiranya perkara ini berlaku dengan berterusan, lama kelamaan ketumpatan tulang anda akan beransur hilang sehingga mengakibatkan masalah berkaitan kekuatan tulang dan gigi anda ketika mengandung dan selepas melahirkan. Potensi anda hilang ketumpatan tulang lebih tinggi jika anda ambil 500 mg kalsium atau kurang darinya dalam sehari. Oleh itu, kalsium penting untuk ibu mengandung bagi membantu kawal ketumpatan tulang ibu agar tidak berlarutan sehingga mengakibatkan masalah lain seperti tulang mudah retak ketika menjalankan aktiviti harian.Antara sumber kalsium yang boleh anda dapatkan ialah dengan pengambilan susu. Jika anda minum 1 liter susu sehari, ia bersamaan 1,000 mg kalsium dan jumlah ini bertepatan dengan keperluan kalsium minimum yang perlu anda ambil sebagai ibu mengandung dalam sehari. 2. Elak Anak Lahir Tak Cukup Bulan Bayi di kira tidak cukup bulan kalau dilahirkan sebelum usia kandungan 37 minggu. Kelahiran ini di panggil – kelahiran pra-matang. Bayi pra-matang biasanya akan mendapat masalah selepas dilahirkan seperti berat lahir yang sangat rendah, kesukaran untuk bernafas sendiri sehingga memerlukan mesin bantuan pernafasan, mudah mendapat masalah pendengaran dan penglihatan, serta sistem imun badan yang sangat lemah. Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Masalah kekurangan kalsium masa mengandung meningkatkan risiko untuk kelahiran pra-matang ini. Sebuah kajian yang dijalankan di sebuah hospital dekat utara India mendapati risiko bayi pra-matang adalah rendah ke atas ibu mengandung yang ambil supplement kalsium sebanyak 2,000 mg sehari.Dalam sebuah review – Cochrane Pregnancy and Childbirth’s Trials Register, wanita mengandung yang di beri supplement kalsium sebanyak 1,000 mg ke atas dalam sehari memiliki risiko lebih rendah untuk kelahiran bayi yang tak cukup bulan. 3. Untuk Kuatkan Tulang dan Gigi Anak Janin menyerap kalsium dari badan ibu. Fungsi kalsium untuk janin adalah bagi kuatkan tulang dan gigi, serta kalsium turut membantu di dalam meningkatkan perkembangan otot, jantung dan saraf janin. Perkembangan tulang janin meningkat dengan sangat tinggi ketika trimester ketiga dan ketika inilah kalsium anda akan makin banyak di ambil oleh janin dari badan anda. Malah pengambilan kalsium yang mencukupi ketika mengandung bukan sahaja beri kebaikan kepada janin dalam kandungan. Dalam sebuah kajian yang dijalankan menunjukkan, kanak-kanak yang dikandungkan oleh ibu yang ambil kalsium dengan cukup masa mengandung didapati memiliki risiko rendah untuk mendapat masalah karies gigi. Kajian ini adalah kajian follow up ke atas kanak-kanak berusia 12 tahun yang dilahirkan oleh ibu yang amalkan supplement kalsium sebanyak 1,000 mg dan ke atas. 4. Mengurangkan Risiko Pre-Eklampsia dan Tekanan Darah Tinggi Apabila usia kandungan anda mencecah 20 minggu dan ke atas, anda berisiko mendapat pra-eklampsia terutama jika pengambilan kalsium harian anda di tahap rendah dan tidak memuaskan. Ini adalah amaran bahaya sebelum anda dapat sawan semasa mengandung. Pra-eklampsia ini menyebabkan tekanan darah anda menjadi tinggi, ada protein dalam air kencing, bengkak kaki atau tangan secara tiba-tiba dan berat badan yang naik mendadak. Ini adalah antara tanda pra-eklampsia dan sekiranya tidak di rawat boleh mengakibatkan komplikasi kepada anda dan bayi serta kematian.Pengambilan kalsium yang kurang dari 1,000 mg sehari masa hamil meningkatkan risiko pra-eklampsia. Selain itu, sebuah penyelidikan dijalankan dan mendapati ibu mengandung yang ambil supplement kalsium sebanyak 2,000 mg sehari memiliki 66.7% lebih rendah risiko daripada mendapat masalah pra-eklampsia. 5. Merendahkan Risiko Osteoporosis di Usia Tua Tulang reput dan osteoporosis jarang berlaku tetapi ianya tidak mustahil terutama jika anda mulakan kandungan dengan diri yang sudah terbiasa tidak cukup pengambilan kalsium harian. Risiko osteoporosis adalah tinggi jika kalsium kurang masa mengandung.Di samping itu anda berpotensi mudah dapat masalah tulang retak ketika menjalankan aktiviti harian. Wanita mengandung dengan keperluan kalsium 500 mg ke bawah berisiko tinggi mendapat masalah berkaitan kesihatan tulang seperti osteoporosis ini di masa akan datang. Jangan Abaikan Kalsium Masa Mengandung Mengikut saranan, wanita mengandung hendaklah melengkapkan keperluan kalsium minimum 1,000 mg dalam sehari.Berikut ialah makanan yang kaya dengan kalsium:1 cup kecil yogurt bersamaan 238 mg kalsium1 ekor ikan sardin bersamaan 106 mg kalsium1 gelas susu bersamaan 270 mg kalsium1 mangkuk sayur Bok Choy yang tidak di masak bersamaan 158 mg kalsium100 tofu goreng bersamaan 372 mg kalsium1 mangkuk brokoli bersamaan 74 mg kalsium1 mangkuk kacang almond bersamaan 367 mg kalsiumSecara purata, anda hendaklah mengambil 1 liter susu setiap sehari bagi melengkapkan keperluan minimum kalsium untuk ibu mengandung. Pengambilan kalsium yang mencukupi ketika hamil adalah perlu bagi mengelakkan masalah seperti pra-eklampsia, kelahiran bayi yang tak cukup bulan, risiko sawan semasa mengandung, masalah tulang mudah reput, dan masalah untuk tulang serta gigi. Pengalaman penulis: Ketika mengandung anak ketiga, Syaza pernah disyaki ada tanda pra-eklampsia masa mengandung kerana ada beberapa kali ‘tak lepas’ ujian air kencing – ada kandungan protein iaitu 1+ dan kebanyakannya trace. Kalau protein dalam air kencing 2+ ke atas, memang confirm high risk pra-eklampsia!Tapi disebabkan hanya banyak trace tanpa tanda lain, maka hanya suspek risiko rendah sahaja. Selain itu, waktu ini juga Syaza pernah dapat cramp kaki masa mengandung sedangkan pengalaman mengandung anak pertama dan kedua tak pernah kena cramp. Bila Syaza revise semula apa yang kurang, rupanya Syaza tak ambil langsung supplement kalsium OsteNutrix seperti pregnancy sebelum ini disebabkan pregnancy ketiga ini Syaza alami alahan yang sangat teruk sehingga mengakibatkan ketidakstabilan elektrolit dalam badan. Alhamdulillah sebelum terlambat, Syaza mula semula supplement kalsium – OsteNutrix, dan tiada lagi masalah protein dalam air kencing serta tak kena lagi dah cramp malam-malam buta masa tidur.Syaza lebih prefer lengkapkan pengambilan kalsium masa mengandung dengan supplement kalsium sebab Syaza tahu diri bahawa takkan boleh nak setiap hari make sure makan makanan yang cukup dengan kalsium. Dah la mengandung kan, jadi kena extra care untuk diri sendiri dan baby dalam perut – Syaza konsisten OsteNutrix setiap hari masa mengandung.InshaAllah cukup pengambilan kalsium bagi diri dan baby. Selain itu, kalau susu Syaza ada ambil juga masa mengandung iaitu susu ESP. Sebenarnya ada banyak lagi manfaat OsteNutrix masa mengandung seperti:Membantu masalah sembelitMenguatkan tulang dan gigiMemperbaiki masalah gastrikMengatasi masalah crampMengurangkan risiko osteoporosisAlternatif pilihan untuk ibu yang tak suka minum susu masa mengandungMembantu meningkatkan kualiti tidurMengurangkan lenguh badan dan sakit pinggangJika anda berminat nak dapatkan OsteNutrix bagi membantu lengkapkan pengambilan kalsium harian anda ketika hamil – anda boleh hubungi Syaza melalui WhatsApp – link wassap. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
GDM Masa Mengandung Kenali Tanda Awal Kencing Manis, GDM Semasa Hamil Posted on 08/06/202403/10/2024 Last updated on October 3rd, 2024 at 05:15 pm Tanda dan Simptom Ada Kencing Manis (GDM) Semasa Mengandung | Kencing manis semasa hamil atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Ia menjadi lebih berisiko tinggi sekiranya anda ada ciri-ciri yang mendedahkan diri kepada GDM ini. GDM merupakan situasi di… Read More
GDM Masa Mengandung 7 Kesan GDM Kepada Bayi: Ibu Wajib Tahu Posted on 01/06/202403/10/2024 Last updated on October 3rd, 2024 at 05:17 pm Kencing manis ketika mengandung, boleh memberi kemungkinan komplikasi ke atas bayi sama ada ketika dalam, semasa atau selepas melahirkan. Disebabkan itu, untuk anda yang ada gestational diabetes mellitus (GDM), sentiasa dinasihatkan untuk berusaha kawal paras gula dalam darah bagi mengurangkan risiko kesan GDM… Read More
Tips Kehamilan Makanan Tambah Kalsium untuk Ibu Mengandung Posted on 19/11/202419/11/2024 Kalsium mewakili 29% bagi keseluruhan berat badan anda. Manakala 99% mineral ini terletak di dalam sistem yang berkaitan dengan tulang. Ketika anda hamil, bayi menyerap nutrien kalsium melalui plasenta dari badan anda. Penyerapan kalsium meningkat dengan lebih banyak ketika usia kandungan anda masuk trimester ketiga kerana di waktu ini bayi… Read More