Berapa Kalsium yang diperlukan ibu hamil
Tips Kehamilan

Berapa Banyak Kalsium Diperlukan Ketika Hamil?

Last updated on November 26th, 2024 at 01:35 am

Kalsium, salah satu mineral penting yang perlu di ambil berat sewaktu mengandung. Badan kita menggunakan kalsium bersama dengan vitamin dan mineral lain dan apa yang lebih perlu di beri perhatian ialah bayi dalam kandungan juga amat memerlukannya.
 
Keperluan kalsium ini berubah mengikut usia dan terlalu berlebihan atau terlalu sedikit kalsium boleh memberi komplikasi di masa akan datang. Teruskan membaca untuk mengetahui berapa banyak kalsium yang diperlukan ketika sedang dalam kehamilan, kenapa ia penting dan bagaimana caranya untuk memastikan kita mendapat keperluan kalsium secukupnya.

Kepentingan Kalsium Ketika Hamil

KEPENTINGAN KALSIUM MASA HAMIL MENGANDUNG

Oleh kerana kalsium ialah nutrien penting untuk badan, ketika hamil kita perlukan lebih kalsium untuk kesihatan diri sendiri dan perkembangan bayi yang ada di dalam rahim.

Untuk Bayi Dalam Rahim

Bayi yang sedang berkembang bulan demi bulan perlu kalsium bagi formasi dan pembentukan tulang serta gigi. Mereka membina keseluruhan sistem skeleton. Kalsium juga amat penting untuk kesihatan jantung bayi, otot, sistem saraf dan hormon mereka.

Untuk Diri Ibu Ketika Hamil

Ketika mengandung, anda memberikan bayi kesemua kalsium yang diperlukan mereka, jadi apabila anda mengambil jumlah saranan kalsium setiap hari iaitu minimum 1,000 mg sehari, sebenarnya anda bukan sahaja menjaga bayi tetapi juga diri sendiri.

Sekiranya anda gagal mendapatkan kalsium secukupnya sewaktu hamil, komplikasi di masa akan datang mudah berlaku.

Tidak kira sama ada anda ambil kalsium yang cukup atau tidak, badan anda tetap membekalkan kalsium dengan jumlah yang tinggal di dalam badan anda kepada bayi dan diri anda sendiri.

Jadi, jika anda tidak menggantikan kalsium yang telah diberikan kepada bayi anda akhirnya tulang anda sendiri akan semakin rapuh dan boleh menyumbang kepada masalah osteoporosis sekiranya anda terus mengabaikan kepentingan kalsium dalam hidup anda terutama ketika mengandung.

Kesan Komplikasi Kekurangan Kalsium Semasa Hamil

Komplikasi ialah kesan kemungkinan yang boleh berlaku jika terdapat kekurangan pengambilan kalsium yang tidak seimbangsemasa hamil. Berita baik, ia mudah untuk dielakkan.

KESAN KEKURANGAN KALSIUM MASA HAMIL MENGANDUNG
  • Tekanan darah tinggi sewaktu mengandung
  • Kelahiran pra-matang
  • Berat badan anak terlalu rendah
  • Kebas di bahagian jari jemari
  • Perkembangan bayi yang lambat
  • Bayi gagal mendapatkan nutrien kalsium
  • Masalah jantung
  • Otot dan kaki kekejangan (cramp)
  • Masalah selera makan
  • Tinggi risiko untuk masalah tulang rapuh

Sumber Bagi Mendapatkan Kalsium

Badan anda tidak menghasilkan kalsium sendiri, oleh itu wajib anda dapatkan daripada makanan dan suplimen atau vitamin kalsium.

Makanan Harian Kaya Kalsium

4 gelas susu dan produk tenusu lain dapat memenuhi keperluan kalsium harian dengan memberikan kira-kira 1,200 mg kalsium. Segelas jus oren bersama kalsium menyumbang amaun 300 mg dalam setiap hidangan. Makanan lain seperti sayuran hijau, kekacang menyumbang kira-kira cuma 100 mg sahaja bagi setiap hidangan.
 
Pastikan produk tenusu yang di ambil telah di pasteur dengan baik. Susu tanpa lemak atau rendah lemak mengandungi semua kalsium dan nutrien yang ada pada susu penuh tanpa lemak dan kalori berlebihan. Walaubagaimanapun, doktor akan sentiasa menasihati pengambilan susu jenis ini mengikut berat badan kita masing-masing.
 
Produk tenusu dengan sumber kalsium terbaik termasuklah
  • Susu
  • Keju
  • Yogurt
Makanan lain yang tinggi kalsium
  • Sayuran hijau seperti kale, brokoli dan bok choy
  • Kekacang
  • Bijian
  • Ikan
  • Sardin dengan tulang
Makanan diperkaya kalsium (yang sudah di campur dengan kalsium – baca label sebelum beli)
  • Roti
  • Jus oren dan jus buah lain
  • Bijirin penuh
  • Oat
  • Susu soya

Baca dengan lebih lengkap: Makanan Tambah Kalsium untuk Ibu Mengandung

Pil Suplimen Kalsium Mengandung

Cara terbaik bagi mendapatkan kalsium dan nutrien lain dengan baik ialah pemakanan yang seimbang. Keseimbangan menjurus ke arah kehamilan sihat, malah memberi bayi keperluan terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan mereka serta menggalakkan penghasilan susu badan yang memberangsangkan ketika lahirnya bayi anda.
 
Produk tenusu mungkin sumber terbaik bagi kalsium tetapi ia bukan satu-satunya pilihan yang ada. Jika anda tidak boleh toleransi dengan sebarang pengambilan laktosa atau susu, atau memang tak suka susu, tetap boleh dapatkan kalsium secukupnya iaitu daripada suplimen makanan tambahan kalsium.
Suplimen Kalsium ketika mengandung termasuklah
 
  • Vitamin Pra-kelahiran : Tidak membekalkan kalsium secukupnya, tetap perlu mengambil makanan tinggi kalsium dan suplimen khas kalsium yang lain.
  • Kalsium Nitrat : Disarankan terutama bagi yang memiliki kesukaran untuk mendapatkan kalsium harian yang cukup dan mempunyai risiko tekanan darah tinggi ketika hamil.
  • Kalsium Karbonat : Bahan aktif bagi membantu melegakan pedih ulu hati terutama ketika mengandung.

Vitamin D untuk Penyerapan Kalsium Yang Baik

Vitamin D ialah mineral asas untuk banyak sebab. Salah satunya ialah Vitamin D membantu badan untuk menyerap kalsium. Vitamin D dan kalsium bekerjasama dalam satu proses bagi memastikan tulang kuat dan sihat.

Ketika kehamilan, pakar menyarankan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 600 IU Vitamin D setiap hari untuk membantu penyerapan kalsium yang lebih baik.

Sumber Vitamin D

Untuk mendapatkan sumber Vitamin D setiap hari, anda boleh:
  • Luangkan sedikit masa dengan cahaya matahari
  • Ambil ikan yang kaya omega 3
  • Makan vitamin semasa mengandung
  • Ambil suplimen kalsium ibu mengandung yang ada kandungan Vitamin D

Keperluan Kalsium Harian Ibu Hamil

American College of Obstetricians and Gynecologist (AGOC) menyarankan wanita mengandung dan menyusukan anak berusia 19 tahun dan ke atas untuk mengambil kalsium sebanyak minimum 1,000 mg sehari.

Saranan ini bertepatan dengan yang dikemukakan oleh Reccomended Nutrient Intake (RNA) Malaysia.
 
Kalsium diperlukan bagi memastikan badan Ibu dapat sumber kalsium secukupnya untuk tulang dan menyimpan kalsium bagi badan diri sendiri serta menyokong perkembangan bayi di dalam kandungan.

Pilihan Kalsium untuk Anda Yang Tidak Boleh Tolerate dengan Susu atau Makanan Kalsium

1. Pil Kalsium Ibu Mengandung - OsteNutrix

Pil Kalsium Ibu mengandung hamil shaklee ostenutrix
OsteNutrix Shaklee ialah suplimen kalsium untuk ibu hamil yang lengkap dengan kalsium dari jenis kalsium nitrat, kalsium karbonat), magnesium dan juga Vitamin D.
 
Ia merupakan pilihan digemari Ibu yang mengandung di Malaysia. 4 caplets OsteNutrix membekalkan 1,000 mg kalsium yang sangat diperlukan anda sebagai ibu hamil.

Fungsi serta Kebaikan OsteNutrix Shaklee untuk Ibu Hamil

MANFAAT FUNGSI KEBAIKAN OSTENUTRIX KALSIUM SHAKLEE MASA MENGANDUNG HAMIL

Terdapat pelbagai manfaat kebaikan pil kalsium dari Shaklee ini untuk anda semasa hamil iaitu antaranya:

  • Membantu mengatasi masalah cramp, kejang kaki, simpul biawak dan tarik mengkarung
  • Memudahkan buang air besar – atasi sembelit
  • Membantu kurangkan risiko tekanan darah rendah dan tekanan darah tinggi
  • Mengatasi risiko preeclampsia kesan dari tekanan darah tinggi
  • Memperbaiki ketumpatan tulang
  • Membantu paras kolestrol yang baik
  • Membantu masalah lenguh, sakit badan dan sakit pinggang
  • Membantu tidur yang lebih lena
  • Mengelakkan risiko osteoporosis
  • Membantu mengimbangi mood dan tekanan stress
  • Membantu kesihatan sendi

2. Susu Soya dengan Kalsium ESP Shaklee

Kebaikan ESP Shaklee untuk ibu hamil

ESP ialah susu soya yang mengandungi kalsium sebanyak 500 mg bagi setiap pengambilannya. Selain itu, ia juga lengkap dengan vitamin B dan asid amino serta tinggi dengan protein bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin.

Manfaat ESP Shaklee untuk Ibu Hamil

Kebaikan lain ESP Shaklee untuk ibu mengandung ialah:

  • Bagus untuk elak gastrik dan pedih ulu hati
  • Boleh menguatkan rahim
  • Mencantikkan kulit ibu
  • Mengatasi masalah kolestrol dan paras gula dalam darah
  • Membekalkan tenaga

Berminat untuk tanya lebih details mengenai set kalsium untuk ibu mengandung dari Shaklee – klik untuk wassap Syaza.

One comment on “Berapa Banyak Kalsium Diperlukan Ketika Hamil?

Leave a Reply