Makanan Ibu Hamil Wajib Elak Ketika Mengandung

Elak 8 Makanan Ini Ketika Mengandung: Terutama Nombor 4!

Last updated on June 6th, 2024 at 05:38 pm

Makanan Yang Tidak Boleh Di Makan Ketika Hamil | Hamil adalah tempoh penting untuk sentiasa memastikan kesihatan ibu dan bayi di tahap optimum. Selain daripada mengambil berat makanan ketika hamil, kita perlu tahu apa yang perlu kita elak makan ketika hamil. Ini kerana apabila kita tahu untuk elak makanan tertentu ketika hamil, ia membantu untuk kesihatan diri kita sebagai ibu dan bayi yang di kandung. 

1. Lemak Tepu Tidak Sihat

Makanan yang mengandungi transfat, lemak tepu wajib elak makan ketika hamil. Makanan sebegini membantu menaikkan tahap kolestrol dalam darah dan risiko penyakit tertentu. Selain itu, ianya perlu anda elak dari makan ketika hamil kerana bakal mengakibatkan kenaikan berat badan yang berlebihan sehingga boleh mengganggu keadaan kesihatan anda dan bayi semasa kehamilan.
 
Badan anda turut akan kurang selesa dalam melaksanakan proses penghadaman makanan berbentuk lemak terutama lemak tepu dan jenis transfat ini. 
 
Makanan jenis ini banyak terdapat dalam makanan proses, protein haiwan, makanan bergoreng, makanan segera dan tersembunyi dalam pelbagai jenis makanan tanpa kita sedari. Elak makanan jenis lemak tidak sihat ketika hamil. 

2. Karbohidrat Ringkas

Bukan semua jenis karbohidrat adalah sam. Sebagai contoh, nasi putih dan nasi parboiled adalah karbohidrat tetapi dari jenis yang berlainan terutama untuk aspek kenaikan gula dalam darah untuk anda semasa mengandung. 
  • Karbohidrat ringkas: Boleh menyebabkan paras gula dalam darah naik secara mendadak, anda cepat berasa lapar selepas makannya.
  • Karbohidrat Kompleks: Tidak menyebabkan paras gula naik mendadak, memberi rasa kenyang lebih lama
 Ibu mesti nak kenyang lama dan paling penting, bertenaga.
 
Testimoni ESP Shaklee Ketika Mengandung Hamil Bertenaga tak rasa nak kunyah makanan
ESP Shaklee adalah antara makanan tambahan yang boleh bagi Ibu bertenaga dan rasa kenyang yang lebih lama. Jika anda ingin maklumat lanjut tentang ESP – klik untuk WhatsApp Syaza bagi mengetahui maklumat lanjut tentang ESP Shaklee
 
Antara contoh makanan karbohidrat ringkas yang perlu dielakkan ketika hamil ialah roti putih, pasta, kek, candy, soda pop, apa saja yang dihasilkan dari white syrup, tepung putih. Banyakkan memilih karbohidrat jenis kompleks seperti bijirin penuh, roti wholemeal, beras perang dan banyak lagi pilihan karbohidrat jenis kompleks. 
 
Khusus bagi ibu hamil yang memiliki risiko mendapat kencing manis semasa kehamilan, anda wajib mengelak sehabis baik karbohidrat jenis ringkas ini dari masa ke semasa. Hal ini kerana, terdapat kesan buruk yang boleh berlaku ke atas anda dan bayi sekiranya anda gagal mengawal paras gula selepas disahkan ada kencing manis atau GDM semasa mengandung.
 

3. Terlebih Makanan Vitamin A

Elak makan ketika hamil makanan yang mengandungi kandungan Vitamin A. Malah, jangan lupa elak makan ketika hamil, vitamin A sendiri. Terlalu banyak pengambilan makanan jenis Vitamin A akan mengakibatkan gugur .Selain dari keguguran, ianya juga boleh menyebabkan kecacatan kekal pada bayi serta kegagalan tumbesaran bayi dengan baik. 

 

Berikut adalah saranan dos pengambilan makanan yang ada vitamin A ketika mengandung:

 

  • Ibu mengandung umur 18 tahun ke bawah: 750 mcg RAE sehari
  • Ibu mengandung usia 19 tahun ke atas: 770 mcg RAE sehari

Antara contoh makanan yang kaya dengan vitamin A ialah hati ayam atau lembu.

4. Telur Mentah atau Kurang Masak

Telur mentah, separuh masak atau yang gagal di masak dengan sempurna, wajib elak ketika hamil. Mengapa ibu hamil tidak disarankan untuk makan telur mentah atau separuh masak ini adalah kerana dikhuatiri mengandungi bakteria Salmonella yang boleh beri kesan buruk ke atas diri anda dan bayi.

5. Daging Separa Masak

Bukan sahaja daging, tetapi termasuklah seafood dan makanan jenis protein haiwan lainnya. Makanan jenis ini dikhuatiri mempunyai bakteria jenis Salmonella atau bakteria jenis toxoplasma. Pastikan makanan di masak sepenuhnya.

6. Soft Cheese

Soft cheese seperti brie atau camerbert ialah antara makanan yang tidak boleh di ambil ketika hamil. Masak dengan sempurna, sehingga kelihatan buih di bahagian dalam tanda masak sempurna. Ini membantu menghapuskan bakteria merbahaya dari soft cheese tersebut. 

7. Ikan Dengan Kandungan Merkuri Tinggi

Elak makanan jenis ikan yang mengandungi merkuri atau yang dikhuatiri mempunyai merkuri. Antara contoh ialah:
  • Ikan Tuna
  • Salmon yang di ternak
  • Ikan tilapia
  • Ikan kerapu
  • Belut
  • Shark
  • Ikan todak
  • Udang galah

8. Terlalu Ambil Minuman Kaffein

Terdapat beberapa kesan sampingan jika ibu hamil mengambil kaffein secara berlebihan. Pengambila minuman kaffein ketika mengandung secara tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, anak dilahirkan dengan berat terlalu rendah dan perkembangan janin yang terbantut.
 
Kaffein tidak hanya didapati dalam bentuk kopi sahaja. Teh juga mengandung kaffein, begitu juga minuman manis yang lain. 

Kesimpulannya, sekarang ini anda sudah pun alert dengan jenis makanan utama yang patut anda elak ketika mengandung. Bagi anda yang inginkan vitamin semulajadi yang selamat untuk bayi dan diri anda, boleh cuba Set Hamil Shaklee hari ini. 

 

Anda boleh baca dengan lengkap mengenai Set Hamil Shaklee di sini: Set Hamil Shaklee: Ke Arah Kehamilan Sihat dan Ceria

(Visited 358 times, 1 visits today)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply