menu open house hari raya simple dan kenyang
Hari Raya - Open House

Simple & Kenyang: Menu Open House Raya yang Nikmat

Menu Open House Raya Simple Yang Mengenyangkan | Open house hari raya diadakan untuk merapatkan hubungan sesama keluarga, jiran, kawan yang terdiri dari pelbagai kaum di Malaysia. Ketika open house, tetamu anda akan dihidangkan dengan makanan yang enak. Namun begitu, sebenarnya bukanlah sebuah kewajipan untuk sediakan menu open house tertentu. Cuma, sebagai tuan rumah, sudah pasti anda ingin memberikan yang terbaik apabila ada tetamu bertandang ke rumah anda. Seiring dengan yang diharuskan dalam Islam mengenai kelebihan meraikan tetamu.

Dalam surah al-Dzariyat ayat yang ke 24 hingga 27 dirakamkan perbuatan Nabi Ibrahim yang memuliakan tetamu. Firman Allah:

هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَٰهِيمَ ٱلْمُكْرَمِينَ ﴿٢٤﴾ إِذْ دَخَلُوا۟ عَلَيْهِ فَقَالُوا۟ سَلَـٰمًا ۖ قَالَ سَلَـٰمٌ قَوْمٌ مُّنكَرُونَ ﴿٢٥﴾ فَرَاغَ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ فَجَآءَ بِعِجْلٍ سَمِينٍ ﴿٢٦﴾ فَقَرَّبَهُۥٓ إِلَيْهِمْ قَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ

Maksudnya :  Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!” Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! “(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal. Kemudian ia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: “Silalah makan”.

(Surah Al-Dzariyat : 24-27)

Kata Ibnu Kathir di dalam tafsirnya :

“Imam Ahmad dan kebanyakan para ulama mengatakan wajib melayan tetamu yang datang bertandang ke rumah.”

Rujuk Tafsir Al-Quran Al-‘Azim (4/300)

Oleh itu, suatu perbuatan yang sangat baik apabila anda berusaha menyediakan menu open house di hari raya dengan yang terbaik.

Namun begitu, kadangkala cabaran masa menyebabkan anda perlu membuat hidangan open house yang ringkas tetapi dalam masa yang sama biarlah tetamu puas makan dengan kenyang. 

Apakah idea menu tersebut? Teruskan baca artikel ini untuk pilih menu idea open house raya pilihan anda.

6 Idea Menu Open House Hari Raya Simple

1. Mee Rebus Johor

Sumber Gambar: RK Blog
Bahan-bahan:
  • 1 kilo mee kuning, dicelur
  • 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  • 4 biji keledek, direbus dan dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 3 biji bawang merah, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 3 batang serai, dititik
  • Sos tiram n sis tomato
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering:
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 80g tepung gandum
  • ¼ camt serbuk kunyit
  • garam
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
 
Bahan Hiasan:
  • tahu yang digoreng, dipotong kecil
  • daun sup, dimayang
  • bawang goreng
  • telur rebus, dibelah dua
  • lada hijau, dipotong bulat
  • taugeh, dicelur
  • limau kasturi, dibelah dua
 
Cara Menyediakan Mi Rebus Johor:

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
  • Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
 
Cara-cara untuk Kuah
  • Panaskan minyak dalam periuk.
  • Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  • Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
  • Masukkan rampah kari kacau rata,
  • kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
 
Cara untuk menghidang:
  • Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
  • Tuangkan kuahnya
  • Hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

2. Nasi Ayam Super Simple

Sumber gambar: YouTube Che Nom
Resepi Nasi Ayam Super Simple
 
Bahan-bahan:
 
Untuk Sup:
  • Sup bunjut
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • daun sup
  • daun bawang
 
Untuk nasi:
  • Beras
  • Air sup ayam
  • 1 ulas bawang merah
  • 1/4 inci halia
  • Sedikit Serbuk kunyit
 
Untuk Ayam:
  • Sos Tiram
  • Kicap
 
Untuk sambal merah:
  • Tomato
  • Cili merah
  • 2 ulas bawang putih
 
Untuk kicap:
  • Kuah sup
  • kicap
 
Ulam:
  • Salad
  • Tomato
  • Timun
 
Cara Masak:-
 
Sup Ayam:
Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ayam dan gaul bersama. Kemudian masukkan air secukupnya untuk digunakan sebagai sup ayam dan juga air buat nasi ayam. Perasakan dengan garam. Rebus ayam separuh empuk. Kalau empuk sangat nanti goreng dah tak sedap. Hidangkan sup ayam dengan daun bawang dan daun sup.
 
Nasi:
Basuh beras seperti biasa. Masukkan kuah sup secukupnya ke dalam nasi yang dah di basuh bersih. Sukatan sama macam masak nasi seperti biasa. Hiriskan bawang merah dan halia masukkan dalam rice cooker berisi nasi dan air sup ayam tadi. Letakkan serbuk kunyit sedikit sebagai memberi warna kuning pada nasi. 
 
Ayam:
Ayam yang dah masak sup tadi kita toskan. Kemudian perap dengan sos tiram dan kicap sekurang-kurangnya 10 minit. Goreng dengan api perlahan. Goreng sekejap je sebab ayam tu dah masak dah pun kan. Jangan lama dan api biar sederhana, agar ayam isinya lembut di dalam.
 
Sambal merah:
Kisar tomato, cili merah, 2 ulas bawang putih. Masak atas dapur sampai hilang bau cili. Boleh tambah air mengikut kadar cair atau pekat ikut kesukaan anda sendiri.
 
Sambal kicap:
Kuah sup dan kicap gaul bersama. Masak sekejap atas dapur. Sama juga, boleh tambah kuah sup ikut suka nak kicap tu cair atau pekat.
 
Ulam:
Basuh salad, potong tomato dan timun.

3. Bihun Goreng Singapore

Sumber Gambar: Endeus TV
Bahan-bahan:
 
  • 1 bungkus bihun (rendam 30 minit)
  • 15 ekor udang
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 biji telur 
  • sedikit air asam jawa
  • 1 ketul kiub ayam pati knorr (optional)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji tomato
  • 1 ikat sayur sawi
  • 1 biji carrot
  • 3 genggam taugeh
  • daun bawang
  • 1 biji cili merah
 
Cara-caranya:
 
Tumiskan bahan-bahan bertanda * yang telah di tumbuk atau di kisar kasar sampai pekat dan naik bau. Kemudian masukkan udang, kiub pati ayam (optional), carrot, sawi, tomato dan bihun. Kacau sehingga bihun, sawi dan carrot dah betul-betul empuk. Kemudian masukkan taugeh dan daun bawang. Kacau seketika dan last sekali taburkan bawang goreng, telur dan cili merah. Siap untuk dihidangkan!

4. Keow Teow Goreng Menjilat Jari

Sumber Gambar: MAGGI

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus keow teow (di basuh ~ masa basuh, jangan ramas keow teow tu takut hancur.. Just basuh dan selawat bagi hilang minyak )
  • 5 biji bawang putih di ketuk
  • Minyak masak utk menumis
  • 1 senduk kecil cili kering kisar
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Isi ayam/ daging/ udang/ kerang ( ikut pilihan)
  • 3 biji telur
  • 3 genggam taugeh
  • 1 genggam kucai
  • 1 kiub ayam (optional)
  • Garam, gula & secukup rasa

Cara memasaknya :

  • Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan
  • Masukkan isi ayam/ daging/ udang/ kerang. Kalau guna ayam/ daging, masak bagi lama sikit. Kalau guna seafood, masak sekejap sahaja.
  • Bila ayam/daging dah kecut, boleh masukkan cili kisar, sos tiram, sos cili, kicap pekat dan kicap manis
  • Masak sampai pecah minyak. Bila nampak kering, boleh tambah sedikit air. Jangan banyak, takut keow teow tu lembik plak
  • Perasakan dgn semua bahan perasa dan kiub ayam jika nak
  • Masukkan keow teow dan kacau sebati. Masa kacau tu, rilek je nanti keow teow hancur. Just kaup balikkan bagi sebati.
  • Tarik keow teow tepi kuali, pecahkan telur. Agak telur dah separuh masuk, boleh gaul sebati dgn keow teow
  • Buka api besar, masukkan taugeh & kucai. Gaul, gaul & gaul sampai sebati.
  • Agak dah sebati, siap untuk dihidangkan

5. Bihun Sup Tumis Darat

Sumber Gambar: RASA

Resepi Kuah Sup Tumis Darat

Dalam periuk masukkan:

  • 1 kilo daging potong besar
  • 2 inci halia
  • 1 inci Lengkuas
  • 3 biji bawang merah dimayang
  • 10 biji bawang putih
  • Rempah bunjut sup tulang
  • Air secukupnya

Masak macam biasa sampai daging empuk. Guna api perlahan je. Reneh sup sampai daging cukup masak. Boleh letak garam, asam keping dan cukup rasa. Ajinomoto kalau suka, boleh letak.

Lepas daging dah empuk, keluarkan daging dan hiris nipis. Asingkan daging dari kuah.

Untuk tumis darat pulak:

  • Minyak untuk menumis.
  • 3 biji bawang merah mayang
  • 1 labu bawang putih mayang
  • 4 sekawan

Tumis semua sehingga warna perang. Angkat dan masukkan dalam periuk berisi sup rebusan daging tadi.

Sambal Kicap:

Goreng sehingga layu bawang putih, bawang merah dan cili padi merah. Ketepikan. Kemudian — Blend kan yang di goreng tu sekali kicap, limau nipis, bersama gula dan cuka.

Hiasan:
Taugeh
Daun sup
Daun bawang

Jangan lupa celur bihun! Kemudian boleh hidang pada tetamu. Siap.

6. Nasi Putih dan Tomyam Tom Kha Gai

Sumber Gambar: Fooby

Bahan-bahan Tom Kha Ghai:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ekor ayam
  • Halia sebesar ibu jari
  • Lengkuas sebesar ibu jari
  • 3 batang serai
  • 500 mL air
  • 2 kotak kecil santan
  • 2 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 4 helai daun limau purut
  • 4 sudu sos ikan
  • Serbuk perasa
  • 6 biji cili padi
  • 1 paket cendawan enoki
  • 2 biji limau nipis
  • Chilli oil (optional)

Cara-caranya:

Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau. Masukkan ayam. Gaul sekata. Masukkan halia, serai dan lengkuas. Gaul lagi. Letakkan air 500 mL tadi. Masukkan 2 kotak santan. Gaul jangan sampai pecah minyak. Api biar kecik. Letakkan gula, garam dan serbuk perasa serta daun limau purut. Letak bersama cili padi dan sos ikan. Kacau-kacau dia. Akhir sekali letakkan cendawan enoki bersama perahan limau nipis. Hiaskan dengan daun ketumbar. Optional, tambah chilli oil. Siap.

Boleh pilih idea menu open house simple dari senarai di atas. Cepat hantarkan link blog ini untuk Cik Abang belikan bahan-bahannya di kedai runcit berdekatan. Masak dengan penuh bahagia, ikhlas dan kasih sayang. InshaAllah tetamu dapat merasai nikmatnya.

Selamat memuliakan tetamu open house hari raya di rumah anda. Boleh tinggalkan komen di entri blog ini selepas mencuba, ya! 🙂

Leave a Reply