Last updated on April 15th, 2023 at 08:57 am
Pengalaman Mula Berniaga Bisnes Online Dari Rumah Tanpa Modal | Pada zaman ini, berniaga bisnes online dah tak pelik. Malah boleh dikatakan ramai orang berminat untuk menceburkan diri dengan berniaga dari rumah secara online termasuklah anda.
Anda berminat untuk membaca mengenai pengalaman terlebih dahulu agar anda benar-benar yakin bahawa buat bisnes secara online dapat menampung kehidupan anda.
Dalam artikel ini Syaza akan berkongsi dengan anda pengalaman Syaza sendiri ketika mula bisnes online hanya dari rumah dan tanpa modal. Syaza berharap agar anda dapat ambil sesuatu yang bermanfaat dan inspirasi dari entri ini untuk anda gunakan sendiri apabila memulakan bisnes online anda sendiri tidak lama lagi.
2014: Tidak Ada Basic Berniaga Bisnes Online - Bermula Dari Kawan
Semuanya bermula pada tahun 2014, waktu itu kawan Syaza yang kenalkan Syaza untuk penuhkan masa lapang dengan buat extra income melalui menjadi dropship online.
Benda pertama yang Syaza sebut adalah, “Syaza tak pandai berniaga. Apatah lagi Bisnes Online,”
Ya Syaza langsung tak pernah ada pengalaman seperti kawan Syaza yang di ketika itu seorang founder brand tudung terkenal. Beliau telah memulakan perniagaan tudung sejak daripada awal zaman universiti hingga di saat beliau sarankan Syaza cuba dropship Bisnes Online.
Walaupun keluarga kecil dan besar Syaza majoriti adalah usahawan, tetapi Syaza tak pernah terfikir untuk menjana pendapatan dengan Bisnes Online. Syaza suka tengok kawan Syaza semangat berniaga. Dari dia, Syaza kenal macam-macam perkara pertama mengenai Bisnes Online.
Kawan Syaza berbesar hati nak guide. Beliau kenalkan dengan sistem dropship dan cara-cara mempromosikan bisnes di media sosial. Ketika itu, media sosial yang Syaza gunakan adalah Instagram. Tahun 2014, Instagram masih baru. Persaingan sangat rendah.

Syaza sahut idea kawan, mula Bisnes Online dengan dropship dengan menjual produk kecantikan. Lagi pun tak perlu keluar satu sen pun modal.
Bisnes Online dropship ialah:
- Sistem bisnes di mana anda hanya perlu promote barang dengan buat marketing online.
- Bila ada orang PM anda nak beli, anda contact dengan leader anda atau HQ
- Mereka yang akan pos kan kepada customer anda.
- Mereka akan beri tracking number customer kepada anda
- Anda pass pula kepada customer.
- Anda perlu bayar duit produk yang anda dapat pada harga ditetapkan HQ atau leader
- Balance duit ialah untung anda
Ada Bisnes Online dropship yang kawal harga, ada yang open market. Nasihat Syaza, carilah yang kawal harga berbanding lagi satu.
Jujur Syaza kata, Syaza tak pernah harapkan apa-apa dari situ. Sekadar isi masa lapang untuk suka-suka. Kalau ada, ada. Tak ada pun tak apa.
Beberapa minggu selepas Syaza giat promote produk yang Syaza jual yang mana masa tu ada pelbagai jenis produk yang ada termasuk dari Aliff Syukri Terlajak Laris iaitu produk D’Herb-nya, alhamdulillah masuk seorang customer. Sejak dari itu, tak putus-putus mengalir customer. Malah, yang setia membeli juga ramai.
Pelajaran pertama, berjaya promote dan close deal – alhamdulillah. Tapi rupanya ada pelajaran seterusnya yang kawan Syaza lupa nak ajar, hahaha. Nak tahu apa dia? Teruskan membaca.
2015: Rasa Bersalah Jual Produk Timbang Kilo - dan Jual Tapi Tak Guna - I Quit
Lepas dan rancak order masuk, tambah dengan repeat order dari Bisnes Online – Syaza mula terfikir betapa rendahnya ‘nilai’ produk yang Syaza jual.
Anda bayangkan, 1 produk Syaza boleh dapat dari pemborong dengan harga yang sangat murah contohnya RM10 tetapi Syaza boleh mark up sehingga RM50 dan dapat untung sampai RM40.
Suara hati Syaza mendapat jawapan apabila di ketika itu awareness tentang produk timbang kilo mulai tersebar sedikit demi sedikit. Produk yang paling laku Syaza berjaya jual ketika itu adalah Bab**s Bli*k. Sampai dapat testimoni dari customer Syaza betapa bagusnya produknya – kulit jadi makin cantik!
Waktu ini, Syaza promote je tapi bukannya guna. Satu produk yang Syaza jual, takde sebiji pun Syaza guna.
Dua-dua benda ini iaitu rasa bersalah jual produk timbang kilo, yang rendah ‘nilai’ dan tak guna apa yang diri sendiri promote (sebab itu semua produk yang melibatkan consumer kena makan dan pakai) – membuatkan Syaza quit daripada berniaga produk-produk dropship tersebut di akhir tahun 2015.
Sampai Syaza tutup account Instagram Syaza sebab tak nak lagi order bertalu-talu masuk dekat WhatsApp. Jangan tiru aksi ini sebab sebenarnya ada cara lebih baik untuk counter cabaran sebegini sebenarnya. Untung jual barang memang banyaklah. Sampai gara-gara kawan lupa nak ajar pelajaran kedua iaitu tentang pengurusan kewangan Bisnes Online – Syaza pun tak tahu ke mana Syaza belanjakan duit itu! Hahaha
Dahlah Bisnes Online masa ini tak ada payslip. Memang ke laut la ceritanya. Ini dulu la, Bisnes Online yang Syaza berkecimpung sekarang ini ada payslip tau. Nak tahu Bisnes Online apa ada payslip, baca rapat-rapat ok.
Awal 2016: Restart dengan Dropship Baru

Tahun baru, jadi kita start dengan dropship baru. Masa ini Syaza cari sendiri nak buat bisnes online dengan dropship Bisnes Online apa. Maklumlah, dah pandai cari lubuk, cewah.
Syaza jual beg tangan dengan purse yang copy ori. Pun masyuk! Masa ini Allah temukan Syaza dengan kawan baru yang kebetulan dia pun Bisnes Online jual handbag. Tapi dia lagi masyuk!
Dengan dia Syaza belajar pelajaran kedua iaitu pengurusan kewangan. Dia ada log book yang catat tentang order-order customer.
Dia akan asingkan siap-siap duit untung. Jual handbag lagi masyuk dari bisnes pertama tadi. Cuma kena kerja keras asyik post je la. Mujur masih bujang, tiada komitmen dengan suami dan anak. Kalau sekarang buat macam ni, masak Syaza. Nak update 24 jam je. Hahaha
Akhir 2016: Mula Mencari Bisnes Online Yang Sustain - Dah Nak Kahwin

Sepanjang yang tahun 2014 sampai awal 2016 – Syaza buat Bisnes Online secara part time. Syaza ada kerja hakiki yang lain. Tapi bila jodoh dah sampai seru, masa ini Syaza terfikir – sampai bila aku nak jadi dropship yang ‘macam ni’?
Di ketika itu juga Syaza nak mencari sebuah bisnes yang boleh di buat dari rumah tetapi boleh sustain bergenerasi untuk diwariskan sampai ke anak cucu. Baru kahwin dah fikir anak cucu. Haruslah~ xD
Lepas tu bisnes tersebut wajiblah zero modal, hahaha
Melebih kan?
Ciri-ciri yang hampir mustahil. Syaza senaraikan macam-macam jenis bisnes antaranya ialah buat kelas tuisyen, travel & tour, ejen hartanah dan ejen insuran.
Tetapi sayangnya semua di atas kena keluarkan modal. Syaza tak berani nak ambil risiko. Pada Syaza, kita cuba dulu – kalau jadi baru boleh fokus. Sebenarnya ini adalah satu mindset bisnes yang salah tetapi apa salahnya jika cuba juga cari bisnes yang ada ciri-ciri yang Syaza nak seperti di atas iaitu:
- Boleh buat dari rumah sambil fokus jaga suami dan anak-anak
- Tidak perlu modal
- Boleh buat online
- Pulangan lumayan
- Ada payslip yang laku nak beli rumah dengan kereta
Nampak mustahil, namun berita baiknya – alhamdulillah Syaza ‘jumpa’ bisnes seperti ciri yang Syaza NAK.
2017: Jumpa Bisnes Online Seperti Yang Diingini Ciri-cirinya
Tahun 2016, Syaza ada consume produk Shaklee untuk masalah kulit Syaza yang sangat teruk dengan jerawat dan kulit kusam. Syaza berpuas hati dengan produk Shaklee di ketika itu yang Syaza cuba adalah Vitamin C dengan Vitamin E.
Kemudian masa nak repeat order kali kedua, Syaza jadi ahli Shaklee sebab Syaza nak harga ahli dan Syaza bertekad nak makan supplement sampai bila-bila – badan Syaza rasa best bila ambil Shaklee berbanding tak.
Lagi pun memang badan kita perlukan nutrisi tambahan dengan keadaan sekarang ini yang penuh penyakit di sana sini. Apa salahnya ikhtiar dengan yang terbaik. Kualiti yang pertama sekali. Begitulah pendapat Syaza di ketika itu.
Tapi tidak pernah langsung Syaza terfikir nak buat Bisnes Online dengan Shaklee sebab Syaza tak tahu yang Shaklee pun ada dropship!

Masa Syaza nak repeat order kali kedua, upline Syaza hantarkan kepada Syaza produk bersama starter kit untuk ahli baru Shaklee. Syaza terima beberapa buah buku antaranya ialah katalog. Tetapi ada satu buku panduan yang sangat menarik perhatian Syaza iaitu Business Guide Shaklee.
“EH! SHAKLEE BOLEH BUAT BISNES???”
Syaza tanya pelbagai soalan kepada upline Syaza antaranya ialah apa syarat nak buat bisnes Shaklee??? Kena beli stok???
Jawapan upline Syaza sangat mengejutkan Syaza. Dia kata syaratnya mudah – nak buat bisnes Shaklee hanya perlu jadi ahli Shaklee sahaja dan dah boleh mula.
Syaza macam, “WOW!”
Semudah itu sahaja?
Syaza go through satu persatu panduan perniagaan yang ada dalam buku Shaklee beri untuk ahli baru itu, semua ciri-ciri yang Syaza nak pada sebuah Bisnes Online ada pada Shaklee!
Tambahan pula Syaza sendiri consume produk Shaklee dan dapat kesan positif darinya – so why not Syaza kongsikan kebaikannya pada orang. Lebih mudah nak jual apabila niat utama kita adalah ingin berkongsi kebaikan berbanding hanya nak ‘kaut’ duit orang sahaja.

2017 - Sekarang: Setia Bersama Bisnes Yang Sama

Dari salam perkenalan hinggalah sekarang alhamdulillah setia bersama bisnes Shaklee -sebuah bisnes yang terbaik di Malaysia untuk dijalankan secara online sahaja hanya dari rumah!
Bisnes Shaklee adalah yang paling terbaik Syaza jalankan berbanding dua bisnes dropship yang Syaza ceritakan di awal tadi sebab:
- Harga produk terkawal, jadi tiada istilah ‘curi’ harga
- Bisnes yang bukan buat saja-saja tapi anda boleh wariskan kepada anak cucu anda
- Boleh dimulakan tanpa keluarkan satu sen pun modal untuk beli stok bagai
- Boleh di buat secara online dari rumah sambil jaga keluarga dan anak-anak
- Masa yang sangat fleksibel
- Pulangan lumayan dengan risiko rendah
- Mempunyai payslip yang dapat digunakan untuk membeli rumah dan kereta – senang cerita payslip laku buat loan
- Ada instant guideline dari upline yang juga our leader
- Semua marketing material disediakan
- Produk yang kita sendiri consume jadi lebih mudah nak kongsi
- Produk yang mempunyai kualiti yang sangat bagus serta demand yang tinggi
- Berniaga dengan sistem dropship yang sangat mudah
Syaza dah ceritakan lebih lengkap mengenai bestnya komuniti Bisnes Shaklee kat sini, jemput baca >> 9 Sebab Komuniti Bisnes Shaklee Best Untuk Anda

Anda mungkin meminati: Kelebihan Bisnes Online Shaklee
Anda Nak Tahu Details Tentang Bisnes Online Zero Modal Shaklee?
So anda dah pun baca entri ini sampai habis. Begitulah bagaimana pengalaman Syaza memulakan Bisnes Online ini yang hanya bermula sebagai main-main je tapi sekarang dah pun menjadikan usahawan sebagai my career.
Jika anda berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang Peluang Bisnes Shaklee, anda boleh dapatkan e-book yang lengkap yang Syaza sediakan untuk my team DEG Academy hari ini. Klik je kat bawah ini untuk direct WhatsApp Syaza to get that e-book tau. No worries, free je e-book ini. Get yours today.
Setuju bila dah berkeluarga kita nak cari bisnes yang lebih flexible tapi tawarkan gaji yang lumayan, semoga syaza terus suksess dalam bisnes online Shaklee