Last updated on June 13th, 2025 at 01:23 am
Enam puluh peratus badan kita terdiri daripada air, oleh itu adalah sangat penting untuk memastikan badan sentiasa cukup air agar tidak mengalami dehidrasi (dehydrated).
Badan kita mudah untuk kehilangan air dari badan terutama sekali apabila kita banyak melakukan aktiviti fizikal, bersenam, ketika berpuasa, sering terdedah dengan haba dan cuaca panas.
Di akhir post ini, ada penyelesaian (solution) untuk membantu menyelesaikan masalah agar badan awak tidak cepat dehydrated khas untuk awak yang banyak beraktiviti, kerja tengah panas, berpuasa dan bersenam.
Ada lima tanda badan kita mengalami masalah kurang air yang kita tidak menjangka ianya adalah tanda sebenar badan dehidrasi!
Teruskan membaca.
1. Tidak Boleh Fokus atau Berfikir Dengan Jelas
Otak perlu air yang cukup agar ia boleh berfungsi dengan baik. Namun, sekiranya dehidrasi ini berlaku, awak akan sedar bahawa fungsi kognitif atau emosi awak akan berubah yang menyebabkan mudah menjadi keliru, tidak fokus dan gagal melaksanakan kerja harian dengan baik.
2. Mengidam Nak Makan Manis
Apabila badan kurang air, awak mungkin mudah untuk mengidam sesuatu makanan atau minuman yang manis kerana tubuh awak memerlukan bantuan sejenis karbohidrat yang di panggil glikogen yang kebiasaannya di simpan dan digunakan sebagai bahan bakar dalam tubuh badan.
Tips untuk mengatasi masalah mengidam manis ini dengan segera adalah ambil air segelas besar atau makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air seperti tembikai.
3. Kepala Pening dan Badan Letih
Air membantu tubuh awak mengawal kadar gula dalam darah serta oksigen yang memberikan awak untuk rasa lebih bertenaga. Tanpa pengambilan air yang cukup, badan tidak boleh memproses nutrien dengan baik yang akhirnya memberi kesan kepala yang pening serta badan cepat letih.
4. Tidak Dapat Bersenam Dengan Baik
Selalu bersenam tetapi akhir-akhir ini prestasi semakin kurang memuaskan?
Dehidrasi menurunkan tekanan darah dan menjadikan jantung bekerja lebih kuat. Perkara ini memberi kesan terhadap prestasi awak untuk bersenam atau melakukan aktiviti fizikal harian. Apabila kurang badan dalam air melebihi lima peratus, ia menurunkan keupayaan bersenam sebanyak hampir tiga puluh peratus!
5. Jantung Berdebar-debar
Dehidrasi menyebabkan elektrolit akan hilang dari badan. Akhirnya ia menyebabkan tekanan darah yang lebih rendah. Selain itu, ia turut memberikan ketegangan tambahan pada pelbagai bahagian badan termasuk jantung. Kesannya, awak akan berasa jantung berdegup kencang atau kadar denyutan nadi menjadi tidak normal.
Cara Terpantas Untuk Periksa Awak Kurang Air Dalam Badan
Cara paling cepat untuk melihat sejauh mana awak memiliki air yang cukup dalam badan adalah dengan periksa warna air kencing.