Berjalan Boleh Turun Berat Badan Kurus Featured Image

Berjalan Kaki: Kuruskan Badan

Last updated on September 29th, 2022 at 02:30 pm

Malaysia termasuk dalam kategori negara tertinggi di dunia yang ada ramai rakyat obesiti. Maksudnya, Malaysia memang ramai orang yang terlebih gemuk! Antara sebab mengapa perkara ini berlaku ialah kerana rakyat Malaysia malas berjalan. Dalam kajian yang di buat oleh University Stanford, Malaysia negara ketiga di dunia dalam kategori paling malas nak jalan kaki walaupun berjalan kaki ini ada banyak kelebihan yang ramai orang abaikan.

Oleh itu, anda merupakan antara yang sangat istimewa berbanding rakyat Malaysia yang lain. Anda tahu bahawa kesihatan ialah perkara pertama yang perlu dipentingkan sebelum perkara lain. Disebabkan itu anda ingin mengetahui sekiranya berjalan kaki boleh turunkan berat badan untuk anda lebih kurus atau tidak?

Senaman Berjalan Kaki Untuk Kurus

Berjalan kaki ialah sebuah senaman yang mudah untuk dilakukan oleh semua orang termasuk anda tanpa mengira peringkat umur. Tidak seperti senaman lain yang susah dijalankan, senaman berjalan kaki boleh di buat pada bila-bila masa yang anda sukai. 

Oleh kerana berjalan kaki adalah termasuk dalam salah satu kategori aktiviti fizikal, maka ia boleh dijadikan pilihan untuk anda bergerak bagi turunkan berat badan. 

Purata kiraan berjalan atau steps yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), ialah minimum sehari anda perlu berjalan sebanyak 5,000 langkah bagi memiliki berat badan yang sihat.

Berjalan Kaki Untuk Bakar Kalori

Untuk turunkan berat badan dengan cepat anda perlu meningkatkan aktiviti fizikal serta menjaga diet harian. Penurunan berat badan yang selamat ialah 0.5 hingga 1 kg dalam masa seminggu. Gabungkan aktiviti fizikal berjalan kaki dengan jaga makan harian untuk hasil yang lebih baik bagi mendapatkan badan yang lebih sihat, kurus dan cantik.

Untuk berat badan 69 kg, anda boleh membakar 280 kalori dengan kelajuan sederhana sejauh 5.6 km dalam masa satu jam. Lebih tinggi kelajuan anda berjalan kaki, lebih banyak lemak yang terbakar.

Mulakan Berjalan Sekarang

Jika anda ingin turunkan berat badan, mula diet seimbang dan tingkatkan aktiviti berjalan kaki. Peraturan sifir untuk kurus dengan berjalan kaki ialah kombinasikan bersama diet seimbang, berjalan laju dalam tempoh masa sekejap atau berjalan sederhana untuk tempoh lama.

Selamat berjalan!

(Visited 1,198 times, 1 visits today)

1 Comment

Leave a Reply