Kenali Tanda Awal Kencing Manis, GDM Semasa Hamil Posted on 08/06/202403/10/2024 Last updated on October 3rd, 2024 at 05:15 pm Tanda dan Simptom Ada Kencing Manis (GDM) Semasa Mengandung | Kencing manis semasa hamil atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Ia menjadi lebih berisiko tinggi sekiranya anda ada ciri-ciri yang mendedahkan diri kepada GDM ini. GDM merupakan situasi di mana terdapat gangguan hormon ketika mengandung yang mengakibatkan badan tidak boleh menggunakan insulin dengan baik. Sekiranya gagal di kawal dengan baik, ia boleh mendatangkan kesan sampingan ke atas bayi anda. Siapa Berisiko GDM Ketika Hamil Bagi anda yang memiliki risiko tinggi terdedah dengan GDM, doktor akan menjalankan Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT) seawal yang mungkin. Untuk anda yang berada dalam kalangan berisiko rendah, MOGTT akan dijalankan sekitar 24 minggu hingga 28 minggu kehamilan. Antara ibu yang berisiko tinggi mendapat kencing manis semasa hamil ialah:Memiliki berat badan berlebihin atau obesitiBerusia lebih dari 25 tahun ke atasMemiliki sejarah ahli keluarga dengan penyakit kencing manisPernah mendapat GDM pada kandungan sebelum iniPernah melalui pembedahan bypass atau sebarang pembedahan berkaitan berat badanBayi sebelum ini pernah mencecah berat badan 4.5 kg dan ke atas Penting untuk anda tahu, bahawa sekiranya anda ada kencing manis disebabkan mengandung, risiko untuk anda mendapat diabetes jenis ii pada masa hadapan adalah lebih tinggi. Video Penerangan Mengenai Kesan GDM Terutama Kepada Bayi: Tanda Ada GDM Semasa Hamil Secara umum, tidak ada simptom khusus yang boleh kesan GDM semasa hamil melainkan anda perlu minum ‘air gula’ iaitu melalui ujian MOGTT seperti yang disaranka doktor anda. Dalam ujian ini, anda akan di minta untuk berpuasa dari makan dan minum bermula jam 8 atau 10 malam pada hari sebelum menjalankan ujian air gula. Esoknya datang ke klinik atau hospital dalam keadaan masih berpuasa dan mula minum air gula sekitar jam 8 pagi. Tunggu 2 jam untuk ambil darah selepas minum air gula. Sepanjang 2 jam, anda masih tidak boleh makan dan minum. Sekiranya muntah, anda akan di minta mengambil semula ujian air gula. Bacaan gula selepas ujian minum air gula (MGTT) ini ialah hendaklah di bawah 7.8 mmol/l. Sekiranya lebih, maka anda akan disahkan ada GDM. Namun begitu, secara asas simptom GDM semasa hamil ialah:Anda kerap letihAsyik buang air kecil lebih banyak dari biasaSenang berasa hausMulut keringMengalami gatal di sekitar kawasan kemaluanAda keputihan yang menganggu kehidupan harianMata menjadi kaburTanda di atas menunjukkan anda berkemungkinan mengalami hyperglycemia atau paras gula dalam darah terlalu tinggi. Sekiranya anda lulus ujian air gula pada waktu pertama kali minum, tetapi anda juga golongan yang di kira berisiko tinggi untuk ada kencing manis semasa mengandung, ujian air gula kedua akan dijalankan sekitar 24-28 minggu kehamilan. Cara Mengawal GDM Bergantung kepada setiap individu, GDM akan dimulakan dengan kawalan diet. Anda akan di minta menjalankan blood sugar profile (BSP) untuk monitor paras gula dalam darah anda. Sekiranya anda gagal kawal gula anda dengan diet, langkah seterusnya ialah pengambilan ubat atau/dan insulin. Baca Selanjutnya di sini: GDM Ketika Mengandung, Makan Ubat: Adakah Selamat Untuk Bayi? Cara kawalan diet ialah dengan mengelakkan gula putih, makanan manis. Sebaliknya, amalkan suku-suku separuh dalam diet harian. Kurangkan karbo, lebihkan protein dan serat. Jangan terlalu kawal makan sampai menyebabkan hypoglycemia iaitu paras gula yang terlalu rendah sehingga anda akan menggigil dan boleh pengsan. Makan sahaja seperti biasa, gantikan air manis dengan air putih. Lebihkan protein dan sayuran. Sekiranya anda ingin menambahkan buah, pastikan ia buah yang bersesuaian. Baca Selanjutnya di sini: Kencing Manis Ketika Hamil: 11 Buah Yang Sesuai Kawal Gula Dalam Darah dengan ESP Kadangkala, anda mengalami kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan berkhasiat. Bagi memudahkan anda, ambil ESP Shaklee sebagai sarapan pagi. Ia bukan sahaja memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama, malah membantu stabilkan paras gula dalam darah anda. Berikut adalah testimoni pengambilan ESP Shaklee untuk ibu mengandung yang ada GDM, paras gula dalam darahnya terkawal: Jika anda ingin mengetahui info lanjut tentang ESP Shaklee, boleh contact Syaza – klik untuk WhatsApp Syaza. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Tips Kehamilan Mengapa Ibu Mengandung Perlu Kalsium? 5 Sebab Utama! Posted on 12/11/202412/11/2024 Kalsium adalah antara mineral yang paling banyak boleh didapati dalam tubuh badan. Antara fungsi asas kalsium adalah bagi membantu untuk pembentukan dan pengekalan tulang serta gigi yang sihat dan kuat. Malah, kalsium turut memiliki fungsi untuk tujuan pembekuan darah, memperbaiki kesihatan otot dan membantu kesihatan saraf. Apabila kalsium dalam badan… Read More
Tips Kehamilan Makanan Tambah Kalsium untuk Ibu Mengandung Posted on 19/11/202419/11/2024 Kalsium mewakili 29% bagi keseluruhan berat badan anda. Manakala 99% mineral ini terletak di dalam sistem yang berkaitan dengan tulang. Ketika anda hamil, bayi menyerap nutrien kalsium melalui plasenta dari badan anda. Penyerapan kalsium meningkat dengan lebih banyak ketika usia kandungan anda masuk trimester ketiga kerana di waktu ini bayi… Read More
GDM Masa Mengandung Set Cadangan Shaklee untuk Ibu Hamil GDM Posted on 14/06/202403/10/2024 Last updated on October 3rd, 2024 at 05:13 pm Set Hamil Shaklee – Cadangan untuk Ibu GDM | Mengikut sebuah kajian analisis meta ke atas 698 ibu GDM oleh Li, D., Cai, Z., Pan, Z. et al. dengan tajuk The effects of vitamin and mineral supplementation on women with gestational diabetes mellitus pada… Read More
Assalamualaikum sis, terima kasih atas info di atas, ingat nak buat check darah, tak terbuat lagi, kena puasakan. InshaAllah bila² nanti. Pernah buat dah lama. Reply
Waalaikummussalam. Kalau untuk check kencing manis bagi sah kan diabetes jenis i atau ii, lain sikit dari MGTT untuk ibu mengandung. ^^ Apa pun, memang bagus sangat buat monthly check up especially kalau family history kita kuat dengan kencing manis. Semoga sihat-sihat aja! 🙂 Reply
Saudara dari suami saya pernah ada yg saat melahirkan anaknya berat lebih dari 5 kg. Tapi memang ibunya ada sakit gula. Dan saat lahir anaknya penuh dengan rambut di sekujur tubuh. Karena itulah saya pun jaga sangat asupan manis. Krn ingat juga keluarga saya pun ada yg punya diabetes. Jangan sampailah menurun. Hrs jaga dari sekarang kan. Reply
MasyaAllah, kus semangat! 5 kg >.< Macam mana Mak dia teran? Ke bersalin pembedahan? Betul tu kena jaga pemakanan. Karbo kurangkan ^^ Reply