Bahaya Bacaan Selepas Minum Air Gula: Yang Harus Anda Tahu Posted on 11/06/202426/11/2024 Last updated on November 26th, 2024 at 11:32 pm Bacaan Gula Ibu Hamil Selepas Minum Air Gula | Ujian minum air gula atau modified oral glucose tolerance test (MOGTT) ialah sejenis ujian untuk mengesan sama ada anda ada gestational diabetes mellitus (GDM) atau tidak. Sekiranya anda termasuk dalam kalangan ibu yang berisiko tinggi mendapat kencing manis semasa hamil, doktor akan jalankan ujian air gula ini seawal yang boleh. Manakala bagi anda yang berisiko rendah, anda mungkin menjalankan ujian ini ketika usia kandungan mencecah 24 minggu atau 28 minggu kehamilan. Antara penyebab anda diperlukan untuk minum air gula adalah:Hamil ketika usia 25 tahun dan ke atasPernah ada GDM pada kehamilan sebelumMemiliki berat badan berlebihan atau obesiti Pernah ada sejarah penyakit Sejarah keluarga dengan kencing manisPernah melahirkan bayi bersaiz lebih 4 kg sebelum iniAda sejarah stillbirth (kematian bayi)Memiliki sejarah obstetrik yang tidak baikSekiranya anda telah menjalankan ujian air gula ini, pasti anda tertanya-tanya berapakah bacaan gula yang normal sebaik sahaja selepas anda minum air gula? Cara Mengambil Ujian Air Gula Pastikan anda berpuasa pada malam sebelum ujian MOGTT ini berlangsung. Berhenti makan pada jam 10 malam. Nak lagi mudah, terus masuk tidur supaya boleh lupakan tentang makanan dan minuman. Keesokan harinya, datang ke klinik kesihatan seawal pagi pada jam 8 pagi atau 9 pagi. Sebelum anda minum air gula, darah anda akan di ambil terlebih dahulu dan ini namanya ialah fasting blood sugar. Bacaan darah tersebut – bacaan ketika anda ‘berpuasa’. Kadar normal untuk bacaan darah ini ialah kurang atau sama dengan 5.1 mmol/l.Kemudian, anda perlu minum air gula yang disediakan. Periksa jam, pukul berapa anda habis minum air gula. Mula dari waktu itu, tunggu 2 jam seterusnya untuk ambil darah bagi keputusan selepas minum air gula.Anda tidak boleh makan dan minum sepanjang dalam tempoh 2 jam ini. Mengapa ujian minum air gula dijalankan keputusan selepas 2 jam adalah kerana secara umum – gula dalam darah akan tinggi selepas 2 jam makan. Bagi orang yang normal, mereka boleh menggunakan insulin dalam badan dengan baik. Tetapi tidak untuk yang ada masalah kekurangan insulin atau rintangan insulin. Tips minum air gula supaya tak muntah:Minum ketika air gula dalam keadaan masih suam – datang pagi untuk minumAmbil masa perlahan-lahan untuk minumAnggap seperti anda sedang ‘berbuka puasa’Pastikan dalam keadaan tenangSelepas minum, cari tempat yang menenangkan agar anda boleh hadam rasanya Bacaan Normal Gula Ibu Hamil Selepas Minum Air Gula Fasting blood sugar yang normal mesti sama atau kurang dari 5.1 mmol/l. Manakala untu selepas 2 jam minum air gula bacaan normal ialah mestilah sama atau kurang dari 7.8 mmol/l.Sekiranya anda didapati lebih dari 7.8 mmol/l, atau lebih 5.1 mmol/l untuk darah sebelum 2 jam – maka secara automatik anda disahkan mendapat kencing manis semasa hamil atau GDM. Perkara Perlu Dilakukan Selepas Bacaan Gula Tak Normal Biasanya anda akan tahu keputusan ujian minum air gula dalam masa 1-2 minggu selepas ujian ini. Pihak klinik kesihatan akan telefon anda untuk maklumkan keputusan jika ianya tidak normal. Kemudian anda akan diberikan temujanji untuk berjumpa dengan pegawai sains makanan atau dietition. Selain itu anda akan di beri permulaan untuk kawal gula dalam darah dengan pemakanan (diet control) dan mula buat blood sugar profile (BSP). Cara membuat ujian BSP:1. Buat sendiri di rumahBeli mesin check gula di farmasi. Harganya dalam lingkungan RM50 hingga RM100, bergantung kepada jenis jenama. Sebaiknya beli yang jenama sama seperti klinik kesihatan atau minta pendapat jururawat. Pada hari sebelum perlu buat ujian BSP, berhenti makan sekurang-kurangnya jam 6 petang atau 8 malam. Esok pagi ambil darah sebelum sarapan pagi. Ini adalah darah untuk pre-breakfast.Kemudian, tunggu 2 jam dan ambil darah seterusnya sebagai post-breakfast. Makan tengahari seperti biasa, dah habis makan tengahari – kira 2 jam selepas itu untuk darah bagi post-lunch.Seterusnya, makan malam dan ambil darah 2 jam selepas makan malam sebagai post dinner. Rekod semua bacaan ini dalam buku pink anda yang akan di review oleh doktor pada keesokan harinya di klinik kesihatan.2. Buat Ujian BSP di Klinik KesihatanSama cara seperti di rumah bezanya anda perlu pergi ke klinik kesihatan setiap kali 2 jam tersebut. Kalau malam, perlu ke farmasi berdekatan. Oleh itu untuk menjimatkan masa anda, sebaiknya anda melabur untuk beli mesin gula anda sendiri.Sekiranya bacaan BSP anda normal, anda akan di minta jumpa setiap 2 minggu atau sebulan. Sebaliknya jika tak normal, anda akan berjumpa seminggu sekali. Anda juga akan dinasihatkan untuk ambil ubat atau/dan insulin jika doktor tidak berpuas hati dengan bacaan BSP anda di perjumpaan 2-3 kali seterusnya terutama selepas anda sudah pun mendengar taklimat yang diberikan dietition. Baca Seterusnya di sini: Kesan Ubat Kencing Manis dan Insulin Semasa Hamil Risiko Komplikasi Kesan GDM Semasa Hamil Anda hendaklah menjaga paras gula dalam darah melalui pemakanan dengan baik. Jika tidak, anda terdedah dengan pelbagai komplikasi – kesan sampingan kencing manis (GDM) semasa hamil ini. Antaranya ialah:Bayi dilahirkan dengan saiz yang besar dari normalBayi berkemungkinan dilahirkan dalam keadaan kurang gula (hypo)Risiko bersalin secara caesarean meningkatRisiko bahu bayi tersangkut ketika bersalin normalBayi anda berpotensi mendapat diabetes jenis ii di masa hadapanAnda berpotensi lebih tinggi mendapat diabetes jenis ii selepas bersalinBaca dengan terperinci di sini: GDM Masa Hamil: Bahaya Buruk Untuk Ibu & Bayi Bacaan BSP Normal dengan ESP Shaklee Berikut ialah pengalaman seorang ibu yang disahkan ada GDM dan mengambil ESP Shaklee. Bacaan BSP beliau di paras yang normal dengan mengamalkan ESP Shaklee sebagai sarapan pagi. Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut, sila hubungi Syaza di 0187684817 – klik untuk WhatsApp sahaja Video Mengenai GDM Ketika Mengandung: Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
GDM Masa Mengandung Kenali Tanda Awal Kencing Manis, GDM Semasa Hamil Posted on 08/06/202403/10/2024 Last updated on October 3rd, 2024 at 05:15 pm Tanda dan Simptom Ada Kencing Manis (GDM) Semasa Mengandung | Kencing manis semasa hamil atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Ia menjadi lebih berisiko tinggi sekiranya anda ada ciri-ciri yang mendedahkan diri kepada GDM ini.  GDM merupakan situasi di… Read More
GDM Masa Mengandung GDM Masa Hamil: Bahaya Buruk Untuk Ibu & Bayi Posted on 30/05/202403/09/2024 Last updated on September 3rd, 2024 at 03:48 pm Kencing manis masa mengandung atau lebih dikenali sebagai gestational diabete mellitus (GDM) boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun tidak memiliki faktor yang kuat untuk mendapatkannya. Tambahan pula, jika anda memiliki faktor seperti berat badan berlebihan sebelum mengandung atau sejarah keluarga, ia memungkinkan untuk… Read More
GDM Masa Mengandung Set Cadangan Shaklee untuk Ibu Hamil GDM Posted on 14/06/202403/10/2024 Last updated on October 3rd, 2024 at 05:13 pm Set Hamil Shaklee – Cadangan untuk Ibu GDM | Mengikut sebuah kajian analisis meta ke atas 698 ibu GDM oleh Li, D., Cai, Z., Pan, Z. et al. dengan tajuk The effects of vitamin and mineral supplementation on women with gestational diabetes mellitus pada… Read More
Sekarang macam lagi banyak pula kena minum air gula tak macam dulu.. 2 ke 3 kali.. Kalau bermasalah lagi lebih rasanya.. Dulu sekali je kalau tak ada masalah kesihatan.. Reply
Kali pertama dan terakhir minum air gula rasanya masa pregnant anak kelima. Nak habiskan 1 mug tu alahai seksanya. Hihi Reply