7 Punca Berak Berdarah – Awas dengan Nombor 7! Posted on 28/10/2017 Punca Berak Berdarah Ramai malu menyatakan masalah ni. Berak berdarah. Malah ada yang ambil jalan mudah mendiamkan diri tak berjumpa dengan doktor sehingga mengakibatkan masalah yang lebih besar. Kita semua tahu bahawa berak berdarah sangat sinonim dengan buasir. Permulaan buasir bermula dengan pendarahan najis. Walaubagaimanapun, hakikatnya buasir hanyalah salah satu dari punca berak berdarah. Hakikat sebenar, terdapat sekurang-kurangnya tujuh (7) punca berak berdarah ini. 7 Punca Berak Berdarah 1. BUASIR (Haemorrhoids) Secara amnya buasir ialah fenomena di mana pembuluh darah yang menjadi kusyen bagi anus (lubang dubur) luka. Pendarahan selalu berlaku bagi mereka yang sering mengalami sembelit atau kesukaran untuk membuang air besar. Darah dari buasir bersifat selalunya jenis fresh dan tidak bercampur dengan najis serta menitis selepas buang air besar. Selain dari itu, seseorang juga dapat merasakan terdapat benjolan lembut iaitu seperti bengkak (kecil atau besar) di kawasan luar lubang dubur. Malah sering berasa gatal serta sakit di bahagian dubur. 2. POLIPS Polips merupakan keadaan “ketumbuhan daging” yang terdapat di sepanjang usus. Pendarahan segar selepas berak berdarah iaitu warna darah kelihatan segar menunjukkan kedudukan polips hampir kepada dubur. Pendarahan bergantung kepada lokasi kedudukan polips di sepanjang usus. Sebahagian kes menunjukkan polips adalah permulaan kepada kanser (bergantung kepada keputusan pihak perubatan dan biopsi). 3. LUKA PADA DUBUR (ANAL FISSURE) Mereka yang sering mempunyai masalah sembelit kerap akan mengakibatkan luka di bahagian dubur. Dan kebiasaanya, seseorang akan menyedari berak berdarah ini selepas membersihkan dubur dengan tisu. 4. KERADANGAN (PROCTITIS/COLLITIS) Antara tandanya ialah seseorang mengadu mempunyai najis bercampur darah ketika berak berdarah dan cirit berdarah. Secara amnya, keradangan ini boleh berlaku kerana jangkitan kuman. 5. UBAT Ubat pencair darah turut menyumbang dalam berak berdarah. Antaranya dari jenis warfarin dan aspirin. 6. DIVERTIKULUM “Poket-poket” kecil yang terdapat di kawasan usus besar. Warna darahnya kelihatan segar seperti wanita baru didatangi haid dan kadangkala berketul. Kebanyakkan yang mengalami divertikulum mengalami keadaan di mana tidak berak tetapi hanya mengeluarkan darah semata. Terdapat juga yang menyatakan sering mengalami sembelit ketika ke tandas. 7. PERUBAHAN AWAL KANSER Kanser usus merupakan kanser ketiga tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. Mereka selalunya mengalami proses berak berdarah atau buang air besar berdarah yang tidak disertai sebarang kesakitan. Ini menunjukkan tanda awal kanser usus. Selain itu, darah akan bercampur dengan najis dan mereka yang berhadapan dengan tanda awal ini menunjukkan perubahan pola pembuangan air besar. Iaitu sembelit berpanjangan, kemudian cirit berdarah dan diikuti dengan sering ke tandas tetapi tidak mengeluarkan sebarang najis (tenesmus). Apa perlu saya buat? Pastikan kehidupan harian anda dikelilingi pemakanan sihat terutamanya makanan jenis fibre serta kaya sayur-sayuran dan buah-buahan. Pastikan pengambilan air mencukupi setiap hari. World Health Organisation (WHO) mencadangkan keperluan air ialah setiap berat 25 kg memerlulan selitre air. Jika anda memiliki berat 50 kg, ini bermakna keperluan air anda sehari ialah 2 litre. Dapatkan rawatan klinik atau hospital bagi maklumat lanjut sekiranya memerlukan. Set Cadangan Shaklee untuk Berak Berdarah dan 1. Rangkaian Set Detox Shaklee (RM 838.75) Membantu menyokong pergerakan usus yang lebih sihat serta menambahbaik sistem penghadam secara keseluruhan 2. Ostematrix (RM 61.25/120 Tablets) Bertindak sebagai vitamin yang membekalkan keperluan kalsium serta magnesium membantu untuk meredakan sembelit. 3. Omega Guard (RM 136.25/90 Tablets) Pilihan terbaik ibu hamil serta berpantang yang mengalami buasir/sembelit. Minyak ikan Omega Guard Shaklee membantu meredakan keradangan di dubur dan radang ketika buasir. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pencernaan dicadangkan : 4. Mealshakes (RM 120) Minuman berperisa vanilla yang enak. Boleh di campur ke dalam susu atau minuman kegemaran anak-anak. Seawal usia setahun dan ke atas. Testimoni Set untuk Masalah Berak Berdarah dan Sembelit Shaklee Antara feedback TESTIMONI SHAKLEE bagi masalah berak berdarah, tak lawas dan sembelit, mereka yang berpuas hati dengan rangkaian produk Shaklee bagi masalah seperti ini : Hubungi Syaza, Pengedar Sah Shaklee anda di 0187684817 (Touch to WhatsApp), untuk pertanyaan dan order tentang Shaklee. Fatin Syaza, 0187684817 (Touch to WhatsApp), Pengedar Shaklee Malaysia, Rectal Bleeding Buang Air Besar Berdarah – Utusan Malaysia Dis Colon Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Manfaat Ostematrix Shaklee Posted on 17/10/2017 6 Manfaat Utama Ostematrix Shaklee Kenali apa itu Ostematrix Shaklee, Kelainan Ostematrix Shaklee dan Pengenalan Asas Ostematrix Shaklee di sini. 1. Menguatkan Tulang Kalsium mencegah Osteoporosis, membantu menguatkan kuku, gigi, dan sistem saraf. Selain itu, ia juga membantu merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah… Read More
Uncategorized Jantung Sihat Menjemput Kebahagiaan Posted on 20/08/2019 Jantung berdegup pada setiap saat, 24 jam sehari tanpa berehat. Secara purata sepanjang hayat seseorang, jantung berdegup sebanyak 2.5 billion kali. Ia adalah organ yang paling penting. Tanpanya, beerti kita mati, tidak lagi bernafas. Oleh itu, amat penting sekali untuk kita jaga sebaiknya jantung bermula dari hari ini. Perlu ke… Read More
Uncategorized 4 Punca Utama Gastrik Posted on 11/10/2018 Gastrik selalu menyerang, dalam sebulan, lebih 3 kali emergency leave. Seksanya! Siapa dekat sini suka makan makanan pedas? Lagi pedas lagi kaww! Oh, satu lagi, suka makan jajan dan minum air gas sambil tengok TV? Sedar-sedar dah 3 botol coke di telan. Sebelum makan basuh tangan atau tak? Tanpa kita… Read More