Last updated on November 20th, 2024 at 02:24 pm
Kita selalu dengar dan baca tentang sunburn tapi kita jarang dengan serta baca tentang suntan. Sebab, di Asia, amat jarang untuk orang Asia nak dapatkan suntan, kerana kulit kita kebanyakannya dah sedia tan atau warna sawo matang.
BEZA UMUM SUNBURN SUNTAN..
Sebenarnya, sunburn dan suntan ada perbezaanya. Secara umumnya, sunburn ni, kulit akan jadi kemerahan, dan biasanya menyerang mereka yang berkulit cerah. Manakala, suntan pula adalah keadaan kulit menjadi lebih gelap dari kulit asal dan biasanya menyerang mereka yang berkulit gelap.
![]() |
Sunbathing : Sengaja mendedahkan diri dengan UV |
Di negara 4 musim, apabila tiba waktu musim panas, kebanyakan mereka yang berkulit cerah nak rasa perasaan memiliki kulit yang lebih gelap. Jadi mereka suka mendedahkan diri dengan matahari di tepi pantai untuk mendapatkan suntan. Nama lainnya ialah sunbathing. Namun semua ini hanya mendedahkan kepada risiko penyakit kulit atau lebih teruk, kanser kulit.
SEMUA SEBAB MELANIN..
Setiap dari kita mempunyai kandungan melanin yang berbeza. Melanin adalah ejen yang bertanggungjawab memberikan warna kulit kita. Seseorang yang berkulit gelap mempunyai kandungan melanin yang tinggi. Manakala, mereka yang mempunyai kulit cerah memiliki kandungan melanin yang rendah dan sedikit.
CARA MELANIN BEKERJA..
Berikut adalah cara macam mana melanin menyebabkan kulit kita burn atau tan :
- Kebiasannya badan kita buat melanin untuk melindungi lapisan kulit paling dalam daripada rosak
- Apabila kulit rosak kerana cahaya matahari, melanin akan terhasil lebih banyak daripada biasa untuk melindungi kulit daripada rosak lagi. Ini yang menyebabkan warna kulit berubah warna
- Mereka yang berkulit gelap akan lebih gelap, atau tan jika terdedah cahaya matahari
- Mereka yang berkulit cerah akan menjadi kemerah-merahan, atau burn jika terdedah kepada cahaya matahari.
Selain dari suntan atau sunburn, ada juga mereka yang mendapat tompokan tak sekata atau freckles.
![]() |
Melanin kulit cerah lebih sedikit berbanding kulit gelap |
Dan jangan fikir, walauapun kita ada kulit yang semulajadi gelap atau tak pernah burn dan sentiasa tan, kulit kita takkan rosak. Kita tetap ada potensi untuk memiliki kulit yang rosak sekiranya tidak memakai sunscreen atau sunblock apabila keluar rumah.
![]() |
Macam udang terbakar! |
Jadi lepas ni, kita cuba periksa kulit masing-masing. Selepas seharian main pantai, kulit jadi merah macam udang terbakar atau kulit lebih gelap? Kalau macam udang merah, sunburn. Kalau lebih gelap, kena suntan la tu.
Sis ko SunTan leee…memang kalah betul dengan matahari, cepat beno hitamnyaa walaupun guna spf beso sekalipun..
Hihi kena guna SPF PA ++ agaknya tu. And lindungi kulit dari dalam. Sama la kita suntan! Haha
kita sunburn…huhuhuuh…memang merah2 kalo lepas aktiviti pantai…hahaha
takut nyer sunburn and suntan!!!
Kulit akak mesti jenis kulit cerah ni ^^
Takut!! >.<