10 Jenis Makanan Sumber Kalsium Vegetarian Posted on 02/04/2019 Ada tak dalam ni yang vegetarian? Vegetarian ni ada banyak jenis. Ada yang totally 100% makan sayur sahaja! Tak ada langsung daging, dan even bahan-bahan yang ada kaitan dengan daging, ikan or ayam pun diorang tak makan. Contohnya, macam telur. Selain dari tu, ada yang vegetarian tapi masih makan daging atau ayam cuma tak makan daging merah. But, basically, vegetarian means, makanan harian utama ialah, sayuran dan buah. Walaupun begitu, vegetarian ni selalu terdedah kepada risiko kekurangan nutrien terutama kalsium. Sebab dalam sayur dan buah, tak cukup kandungan kalsium harian yang diperlukan tubuh badan kita. Malah, sayur dan buah itu sendiri, dalamnya ada kandungan kalsium yang sangat sedikit, atau hampir tiada! Kalau badan kita kurang kalsium, ada bermacam penyakit dan akibat yang kita boleh dapat antaranya ialah Masalah susah tidur (insomnia) Kaki tangan mudah kebas dan kejang Otot lemah Mudah terdedah kepada osteoporosis Tulang rapuh Stress Baca selanjutnya : 10 Tanda Badan Kurang Kalsium Jadi, sebagai seorang vegetarian, kita perlu tahu apa makanan yang kita, as vegetarian boleh ambil untuk pastikan keperluan kalsium harian kita sentiasa mencukupi. 10 JENIS MAKANAN SUMBER KALSIUM YANG BOLEH DI AMBIL VEGETARIAN 1. CHIA SEEDS 2 sudu penuh chia seeds membekalkan 179 mg kalsium. Selain itu, chia seeds juga mengandungi boron, yang membantu mengekalkan kesihatan tulang dan otot dengan membantu proses metabolisma badan bagi memproses kalsium, fosfat dan magnesium. 2. SUSU SOYA Satu cawan susu soya mengandungi kandungan kalsium yang sama dengan susu lembu! Walaubagaimanapun, amat penting untuk mendapatkan susu soya yang dipenuhi bersama didalamnya kandungan kalsium karbonat. 3. KACANG ALMOND 1 cawan kacang almond mengandungi 385 mg keperluan kalsium. Amaun ini melebihi 1/3 dari saranan harian pengambilan kalsium. Namun begitu, 1 sajian ini juga mengandungi bersama dengannya, 838 kalori dan hampir 72 gram lemak. 4. TOFU Tofu sangat terkenal sebagai sumber kalsium terbaik. Namun, kadar kalsium dalam tofu adalah berbeza antara satu sama lain, bergantung dengan jenama dan cara pembuatan. Kandungan kalsium didalamnya berada di julat antara 275 hingga 862 mg separuh cawan. 5. SUNFLOWER SEEDS (KUACI) 1 cawan penuh kuaci mengandungi 109 mg kalsium! Ia juga kaya dengan magnesium yang mana magnesium ini sangat membantu dalam memberi keseimbangan kepada badan dalam kandungan kalsium untuk proses regulasi saraf dan kesihatan otot. 6. BROCOLLI RABE Bukan brokoli biasa tu taw. Tapi yang jenis satu lagi. Yang lebih pahit rasanya. Ni sepupu kepada brokoli pokok tu. 1 cawan brokoli rabe ni bersamaan 100 mg kalsium. 7. SESAME SEEDS Makan 1 sudu besar sesame seeds, menambahkan 88 mg kalsium dalam diet harian kita. Cuba resepi sesame seeds ini dengan membakarnya dan taburkannya di atas salad atau roti bakar kita sebagai sarapan pagi. 8. BROKOLI 1 cawan brokoli frozen mempunyai 87 mg kalsium. Diet yang kaya dengan brokoli sangat berkait rapat dengan kurangnya risiko untuk mendapatkan kanser, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan National Cancer Institute di US. 9. SWEET POTATOES Yummy! Yang ini sangat sedap. Manis dan comel. 1 sweet potatoes yang besar ada 68 mg kalsium didalamnya. Sayuran ini juga kaya dengan potassium dan vitamin A juga vitamin C. 10. OREN 1 oren besar mengandungi 74 mg kalsium, manakala, 1 gelas jus oren mengandungi 300 mg kalsium didalamnya. . Okay! Dah list out kan 11 makanan yang kaya kalsium, untuk vegetarian wajib ambil setiap hari. Bagi yang memerlukan support vitamin kalsium supaya mencukupi setiap hari, boleh dapatkan sokongan tambahan dari Ostematrix Shaklee. Boleh baca di sini >> Ostematrix : Bukan Sekadar Kalsium. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Testimoni ESP : Susu Banyak dan Pekat Posted on 12/08/2018 Assalamualaikum hai readers yang dikasihi Allah! So today Syaza nak share dua testimoni khas ESP yang berfungsi sebagai milkbooster untuk ibu-ibu menyusukan anak. ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein (ESP), adalah suplimen asas dalam Set Menyusu Shaklee Testimoni ESP : Susu Banyak dan Pekat 1. SUSU MAKIN PEKAT Pengalaman… Read More
Uncategorized Dari Gastrik ke Kanser Perut [Jangan Ambil Remeh] Posted on 11/10/2018 Antara tanda awal kanser perut adalah gastrik kronik akibat jangkitan H. Pylori Apa itu Kanser Perut? Ramai yang ambil remeh apabila mereka sakit perut. Tambahan pula, sakit perut jenis kerap. Sangkaan biasa apabila seseorang sakit perut adalah keracunan makanan, senggugut, perut memulas, dan angin. Lebih parah lagi sekiranya seseorang mempunyai… Read More
Uncategorized Promosi Shaklee Oktober 2018 Posted on 01/10/2018 Yay! Dah masuk bulan Oktober. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik, sebenarnya lagi 2 bulan kita bakal akhiri 2018 ini. Alhamdulillah atas segala nikmat dari Allah terutama nikmat iman dan islam ini. Ok, hari ini, 1 Oktober 2018, Syaza nak ceritakan kepada semua readers yang dikasihi, PROMO bulan ini dari… Read More
brocolli ade cousin hehe.. festime dengar. mcm penah makan jugak yang tu tapi ingatkan itu brocolli biasa.. xtau rupanya sepupu brocolli =D Reply