10 Manfaat Fungsi Vivix Shaklee Posted on 22/06/201929/11/2022 Last updated on November 29th, 2022 at 05:00 am Kesihatan tubuh badan adalah kejayaan dan nikmat yang tidak ada tandingannya. Memiliki tubuh badan sihat, merupakan idaman setiap manusia di atas muka bumi ini. Malah, tidak dapat dinafikan, tubuh badan sihat di usia emas antara perkara yang sangat diidamkan oleh diri kita sendiri. Bukan itu sahaja, melihat ibu dan bapa kita sihat di usia senja mereka turut menjadi impian kita. Oleh sebab itu, menjaga kesihatan perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian supaya kita dapat mengekalkan nikmat sihat yang ada sehingga akhirnya. Usaha untuk menjaga kesihatan perlu diteruskan, selebihnya kita serahkan kepada Tuhan dalam menentukan pengakhiran. Antara usaha yang boleh dilakukan dalam menjaga kesihatan diri secara menyeluruh ialah Menjaga pemakanan harianSenaman secukupnyaPengambilan nutrisi tambahan dengan bijak Vivix dari Shaklee merupakan suplimen nutrisi tambahan yang kaya dengan polifenol dan resveratrol membantu diri kita untuk kekal bertenaga walaupun kian meniti usia senja.Kandungan bahan 100% botani ini yang di ekstrak daripada bahan utama anggur muscadine, memberi banyak manfaat yang diperlukan tubuh badan manusia.Anggur Muscadine 40 kali kaya resveratrol berbanding anggur biasaAnggur muscadine adalah jenis anggur yang susah ditemui di dalam dunia. Saiznya yang boleh mencecah sebiji saiz bola golf memiliki 40 kali lebih banyak kandungan resveratrol daripada anggur biasa. Kajian menunjukkan, resveratrol memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh badan manusia. Maka, kerana itu Shaklee telah memformulasikan sebuah minuman botani yang juga dipatenkan khas untuk Shaklee, untuk membantu memberikan sebuah penajagaan tubuh badan yang eksklusif. 10 Manfaat Vivix Shaklee 1. Menyokong Kesihatan Mata Kandungan Vivix yang terdiri daripada resveratrol membantu menyokong kesihatan mata. Bahagian konjuktiva mata kita, mempunyai kandungan kadar resveratrol. Oleh sebab itu kita memerlukan kandungan resveratrol yang mencukupi supaya mata kita tidak terdedah dengan pelbagai potensi masalah kesihatan. 2. Minda Lebih Sihat dan Cerdas Sebuah kajian yang mengenalpasti kelebihan polifenol iaitu bahan di dalam Vivix menunjukkan, polifenol memainkan peranan yang sangat penting di dalam memberikan keupayaan kesihatan minda yang baik terutama di dalam usia emas. 3. Kurang Risiko Selalu Sakit Sering jatuh sakit dan demam adalah salah satu tanda badan kita memiliki sistem imunisasi yang lemah. Oleh sebab itu, kita memerlukan sokongan tambahan Vivix, untuk memastikan sistem antibodi badan berjalan dengan baik dan sempurna. 4. Sendi Lebih Kuat Kajian yang di buat ke atas 22 atlet lelaki dan perempuan yang mengambil suplemen Vivix selama 4 minggu berturut mendapati, kesihatan sendi mereka semakin baik dari masa ke semasa. 5. Membantu Jantung Yang Sihat Kesihatan jantung yang baik bermula daripada keadaan sel badan yang sihat. Dengan Vivix sebagai sokongan tambahan di dalam menjaga kesihatan harian, ianya dapat menyokong kesihatan jantung. 6. Kulit Lambat Tua Awet muda adalah impian setiap dari kita terutama sekali wanita.Pernah atau tidak kita hairan dengan sesetengah orang yang umur sama dengan kita tetapi dia kelihatan sangat muda?Hal ini terjadi kerana umur sel mereka lambat tua dari kita. Selain daripada menjaga pemakanan harian dan berusaha mengeluarkan peluh untuk membuang toksin di dalam badan dapat menjadikan kita kelihatan lebih muda, pengambilan sesudu Vivix sehari dapat membantu melambatkan proses penuaan. 7. Badan Lebih Cergas Bertenaga Tidak Mudah Letih Kecergasan adalah amat diperlukan terutama bagi mereka yang menggunakan tenaga yang banyak dalam sehari serta mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Pengambilan Vivix secara konsisten dapat membantu meningkatkan tenaga badan. 8. Kawal Masalah Gula Dalam Darah Polifenol dan resveratrol terbukti berkesan di dalam membantu mengawal kandungan gula dalam darah. 1 sudu setiap hari untuk rasai manfaat ini. 9. Melindungi Badan Dari Kesan Pencemaran, Asap, Rokok dan Akibat Buruk Gaya Hidup Tidak Sihat Setiap hari kita akan terdedah dengan radikal bebas yang datang dari pencemaran, asap, habuk, sinar UV dan lain-lain.Radikal bebas ini akan merosakkan sel kulit kita. Tanpa perlindungan yang sewajarnya, lama kelamaan kesihatan sel akan merudum dengan jayanya.Dapatkan sokongan tambahan melalui Vivix yang kaya dengan resveratrol dan polifenol bagi melindungi kesihatan sel badan.Antara kesan daripada rosak sel badan ialah penuaan awal malah lebih teruk lagi ialah kanser. 10. Turunkan Berat Badan Vivix adalah suplemen yang termasuk di dalam rangkaian Set Detox Shaklee. Untuk menurukan berat badan dengan baik, toksin dalam badan perlu disingkirkan dengan cara yang terbaik dan efisien. ORDER VIVIX SHAKLEE Klik gambar untuk order Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Set Cantik Shaklee [Fungsi, Keistimewaan dan Harga] Posted on 20/10/2018 Cantik, impian setiap orang. Semua orang suka akan kecantikan. Pandang ke mana sahaja mesti akan tertancap dan ternampak pada sesuatu yang cantik. Kulit bersih Tak ada jerawat Tak ada parut Pori kurang terbuka Whitehead dan blackhead kurang Kulit tona sekata Kulit kemerahan Kulit berminyak terkawal Kulit lembap dan tak terlalu… Read More
Uncategorized 7 Langkah Mudah Bagaimana Menjadi Mindful Eater Posted on 16/08/2019 Mindful eating bukan sebuah diet. Tetapi ia adalah salah satu jenis meditasi yang mendidik kita untuk mengawal emosi serta sensasi fizikal terhadap makanan. Antara kelebihan mindful eating ini ialah kita boleh mengawal keinginan melampau atau cravingness terhadap makanan serta membantu untuk menurunkan berat badan. Selain itu, mindful eating juga boleh… Read More
Uncategorized Betul Ke Kulit Berminyak Awet Muda? Posted on 09/04/2019 Kita selalu dengar orang kata, untung siapa yang ada kulit berminyak ni. Sebab mereka lebih susah nak ‘makan tua’. Wajah kekal awet muda. Malah kulit bertambah seri, glowing, kurang kedutan! Berbanding jenis muka yang lain, kulit berminyak sangat mudah untuk kekal awet muda. Persoalan dia sekarang, betul ke? Ya, betul!… Read More