11 Punca Sakit Lutut & Cara Atasi Posted on 07/09/2018 Sakit lutut selalu dikaitkan dengan faktor usia. Namun begitu, tidak semestinya. Di zaman kala ini, orang muda juga senang nak dapat sakit lutut ni. Jom hari ini Syaza kongsikan kepada semua tentang punca yang menyebabkan sakit lutut ini. 11 PUNCA SAKIT LUTUT 1. UMUR Semakin meningkat umur seseorang, kandungan kolagen yang berfungsi sebagai ‘gam’ kepada tendon, ligamen dan sendi akan semakin berkurang dan menurun. Jadi, mereka yang berumur akan kerap kali didatangi sakit lutut terutama sekiranya dari zaman muda sudah terdedah kepada risiko awal untuk mendapat sakit lutut. 2. BERAT BADAN BERLEBIHAN Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengakibatkan lutut perlu menampung beban yang lebih dari sepatutnya. Beban ini akan menyebabkan seseorang mengalami kesakitan di bahagian lutut mereka. Perasan tak, bila berat badan naik, kita akan rasa cepat letih dan sengal-sengal terutama bahagian lutut? Check Body Mass Index (BMI) anda sama ada berat berlebihan, kurang atau normal di sini. 3. BERSUKANMereka yang gemarkan aktiviti sukan dan lasak seperti mendaki gunung, marathon, berlari, berenang dan sebagainya, akan lebih mudah terdedah kepada sakit lutut. Selain daripada terdedah akan bahaya untuk jatuh, cedera dan sebagainya, golongan sebegini memerlukan mineral dan kalsium penting untuk kekal aktif dan segar ketika bersukan dan membuat aktiviti. 4. PEMAKANAN Pengambilan makanan tidak sihat secara kerap seperti gula putih, fast food, makanan frozen dan yang sewaktu dengannya, akan mengakibatkan kita mendapat berat badan berlebihan. Hal ini akhirnya menangkap sendi dan menyebabkan kesakitan yang dirasakan pada bahagian lutut. 5. RETAK TULANGKetika terjatuh mahupun terseliuh, risiko untuk tempurung lutut retak adalah tinggi. 6. TULANG PATAHKecederaan teruk atau ringan akibat kemalangan, terjatuh, yang berkaitan dengan lutut, akan menyumbang kepada tulang lutut patah. 7. KERADANGAN TENDON Tendon adalah tisu yang bersambung daripada otot kepada bahagian lutut. Kepada golongan yang melibatkan diri dengan aktiviti sukan seperti larian, berbasikal, mendaki gunung dan melompat akan memberi tekanan yang berlebihan ke atas tendon. Ia akan mengakibatkan berlaku keradangan dan sakit lutut. 8. RADANG SENDI Keradangan sendiri terbahagi kepada 4 jenis : Osteoarthritis. Jenis radang sendi ini selalu menyerang golongan berumur. Tisu rawan di bahagian lutut semakin menghakis dan cecair synovial akan makin kurang kerana peningkatan umur. Disebabkan itu, geseran tulang bersama tisu di sekeliling, menyumbang kepada lutut yang rosak dan akhirnya berlaku kesakitan lutut disebabkan radang sendi jenis ini tadi. Rheumatoid Arthritis. Keradangan sendi rheumatoid atau rheumatoid arthritis merupakan satu penyakit auto-imun. Sel pertahanan dalam badan akan bertindak menyerang sendi pada badan kita sendiri. Ia disebabkan radikal bebas dan faktor di luar badan seperti asap rokok, jangkitan kuman dan trauma pada badan. Beza antara radang sendi jenis rheumatoid arthritis dan osteoarthritis adalah, dalam rheumatoid arthritis, sel pertahanan badan kita sendiri akan serang lapisan synovial yang menyelaputi sendi di bahagian lutut Gout. Gout ialah radang sendi yang terjadi kerana berlakunya pengumpan asid urik dikawasan sendi tersebut. Kebiasannya mereka yang ada gout akan mengadu kesakitan melampu terutama di bahagian ibu jari kaki dan lutut. Septic Arthrtitis. Radang sendi kerana jangkitan kuman di kawasan tersebut. 9. KEPALA LUTUT BERALIH Tempurung lutut yang beralih juga antara punca yang menyebabkan sakit lutut. Ada pelbagai sebab yang membolehkan ianya teralih antaranya ialah kemalangan. 10. LUTUT BENGKAK Bengkak berlaku pada selaput yang ada lendir (juga dikenali sebagai pelincir sendi). Rasa sakit berlaku kerana kesan lutut akibat terjatuh, atau terlalu kerap digunakan dengan aktiviti lasak mahu pun kerja-kerja berat. 11. TISU KOYAK Tisu rawan yang terletak di bahagian sendi lutut, berfungsi sebagai pelancar dalam pergerakan lutut. Ia boleh koyak sekiranya seseorang mengalami kecederaan dalam bersukan seperti bola sepak. ELAK UBAT SAKIT LUTUT YANG MENGANDUNGI STEROID Terdapat juga ubat-ubatan yang boleh kita dapatkan di farmasi dan hospital, tetapi, perhatikan ubat tersebut sama ada mempunyai kandungan steroid atau pun tidak. Sekiranya mempunyai steroid, adalah lebih baik kita elakkan. Terdapat juga ubat dalam bentuk suntikan di bahagian lutut. Hal ini kerana, ubat yang mengandungi steroid, hanya akan memberi kelegaan yang bersifat sementara. Kesan jangka panjang yang akan kita dapatkan apabila mengamalkan ubat sakit lutut yang ada steroid ialah : Hormon badan terganggu Berat badan naik mendadak Selera makan tinggi Tekanan darah tinggi Masalah insomnia (susah tidur) Edema (air berkumpul dalam badan – bengkak) Tulang mudah rapuh (osteoporosis) CARA ATASI SAKIT LUTUT Ada pelbagai cara untuk mengatasi masalah sakit lutut. Antaranya ialah : 🔷 Mengurangkan berat badan 🔷 Bersenam dan bersukan dengan posisi yang baik dan betul 🔷 Menggunakan alat penyokong lutut jika mengalami masalah lutut berlarutan 🔷 Pilih aktiviti sukan yang sesuai 🔷 Makan makanan yang bernutrisi sihat untuk kesihatan lutut dan sendi NUTRISI UNTUK SENDI LUTUT SIHAT 🔵 GLUKOSAMINA. Blok pembinaan utama dalam membina tulang rawan dan bendalir synovial. 🔵 VITAMIN C. Menghalang kerosakan yang disebabkan radikal bebas yang ditemui dalam bendalir sendi pesakit Rheumathoid Arthritis dan sendi pada radang. 🔵 KALSIUM & MINERAL. Penting dalam membina sel tulang sihat dan kuat. 🔵 OMEGA-3. Agen anti-inflamasi dan anti-radang pada sendi. CADANGAN VITAMIN (SET SENDI & LUTUT SHAKLEE) Dalam Set Sendi dan Lutut Shaklee, kami mempunyai 3 item yang berfungsi dan bekerjasama dalam mengatasi sakit lutut ini. Item dalam set ini, akan mengekalkan tulang rawan yang sihat, mengelakkan inflamasi atau keradangan, dan mengekalkan sel tulang yang kuat. FUNGSI SET SENDI & LUTUT SHAKLEE Advanced Joint Health Tablet Shaklee (AJHT Shaklee) ➤ Menyokong keselesaan sendi ➤ Meningkatkan kesan kusyen ➤ Memelihara tisu ➤ Penyambung tulang rawan yang sihat Omega Guard ➤ Melambatkan proses penurunan tulang rawan kerana faktor umur ➤ Mengurangkan reaksi keradangan sendi dan kesakitan ➤ Bertindak sebagai pelincir sendi ➤ Kurangkan kesakitan akibat geseran Ostematrix ➤ Membantu menguatkan tulang ➤ Mengelakkan masalah radang sendi terutamanya Osteoarthritis TESTIMONI SET SENDI & LUTUT SHAKLEE Dapatkan Shaklee hari ini, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk WhatsApp) Page FB : Pengedar Shaklee Melaka – 0187684817 Instagram : @vitaminsyaza Your Certified Shaklee Product Consultant COD Melaka Pengeposan ke seluruh Malaysia Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Period Pain Normal atau Tak? Posted on 24/10/2018 Adakah period pain, normal atau tidak? Sumber Ilmu dari : Dr Tan ✔️ Ya, normal, jika, REMAJA mempunyai masalah period pain hanya dalam masa satu hari, dan tak perlukan pain killer atau medical leave. ❌ Tidak normal, jika: Tidak ada period pain masa zaman remaja tapi ada masa umur 20,… Read More
Uncategorized 15 Tanda Utama Kita Ada Kencing Manis Posted on 04/04/2019 Kencing manis adalah situasi ketika paras gula atau glukosa dalam badan terlalu tinggi, Glukos diperlukan untuk menghasilkan tenaga kepada kita dan insulin dihasilkan di pankreas bagi membantu proses pertukaran glukos kepada tenaga. Namun, kerana terlalu tinggi kandungan glukosa di dalam badan, hal ini telah menyebabkan pankreas gagal menghasilkan insulin dengan… Read More
Uncategorized Set Cantik Shaklee [Fungsi, Keistimewaan dan Harga] Posted on 20/10/2018 Cantik, impian setiap orang. Semua orang suka akan kecantikan. Pandang ke mana sahaja mesti akan tertancap dan ternampak pada sesuatu yang cantik. Kulit bersih Tak ada jerawat Tak ada parut Pori kurang terbuka Whitehead dan blackhead kurang Kulit tona sekata Kulit kemerahan Kulit berminyak terkawal Kulit lembap dan tak terlalu… Read More