15 Tanda Utama Kita Ada Kencing Manis Posted on 04/04/2019 Kencing manis adalah situasi ketika paras gula atau glukosa dalam badan terlalu tinggi, Glukos diperlukan untuk menghasilkan tenaga kepada kita dan insulin dihasilkan di pankreas bagi membantu proses pertukaran glukos kepada tenaga. Namun, kerana terlalu tinggi kandungan glukosa di dalam badan, hal ini telah menyebabkan pankreas gagal menghasilkan insulin dengan baik. Kira-kira hampir 2.5 juta dewasa Malaysia, berumur lingkungan 18 tahun dan ke atas disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis di dalam rekod Institut Diabetes Kebangsaan (NADI). Malah, separuh daripadanya langsung tidak sedar bahawa mereka sedang mendapat penyakit kencing manis ini. Hal ini kerana, kebanyakan kencing manis terutama kencing manis dari jenis 2, langsung tidak memberi sebarang tanda kepada pesakit sehingga sampai pada waktu pesakit mendapat terus serangan yang lebih kronik seperti strok, sakit jantung dan masalah buah pinggang. Malah, lebih teruk lagi, ialah buta dan juga kematian. Oleh sebab itu, kita perlu waspada akan tanda dan simptom kencing manis ke atas diri kita dan juga ahli keluarga kita terutama ibu dan ayah kita. Tidak terkecuali, anak-anak kita. TANDA & SIMPTOM KENCING MANIS 1. Cepat haus Badan akan mudah hilang air kerana pesakit kencing manis kerap membuang air kecil. Disebabkan badan mengalami dehidrasi melampau, maka pesakit kencing manis akan kerap haus. 2. Selalu buang air kecil Buah pinggang pesakit kencing manis akan berusaha untuk membuang gula yang berlebihan dalam badan melalui air kencing. Ini akan menyebabkan pesakit kencing manis kerap membuang air terutama di waktu malam. 3. Mudah dan cepat lapar Sistem penghadaman berfungsi untuk memecahkan makanan kepada gula ringkas iaitu glukos. Glukos ini kemudiannya akan ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan sel di dalam badan bagi menjalankan fungsi lain. Penghidap Kencing Manis sering cepat lapar Namun, bagi pesakit kencing manis, disebabkan kandungan gula yang terlalu tinggi, insulin mereka gagal untuk menukarkan kesemua glukos kepada tenaga bagi disebarkan di dalam sel badan. Badan akhirnya menjadi cepat letih dan akan membawa kepada keinginan untuk sentiasa makan seolah untuk beri tenaga kembali pada badan. Kitaran ini akan sentiasa berlaku dengan kerap. 4. Cepat letih Keletihan ini berlaku disebabkan kegagalan insulin menukarkan glukos kepada tenaga kerana disebabkan terlalu tinggi gula di dalam badan pesakit kencing manis. Akhirnya, badan cepat letih dan penat. 5. Pandangan yang kabur Gula yang berlebihan di dalam darah akan menyebabkan, pembuluh darah mata kita rosak, yang akhirnya membawa kepada pandangan kabur. Keadaan pandangan kabur ini boleh berlaku di kedua-dua mata atau hanya salah satu dan boleh kekal atau boleh hilang dan kemudian datang kembali dalam tempoh masa tertentu. Jika mereka yang mendapat sakit kencing manis ini tidak menjalankan rawatan susulan, keadaan ini akan parah dan akibat yang lebih teruk akan menanti iaitu; buta! 6. Sering rasa kebas di tangan atau kaki Paras gula yang tinggi dalam darah akan memberi kesan kepada sistem peredaran darah dan akan merosakkan sistem saraf. Mereka yang mendapat kencing manis atau diabetes jenis 2, mudah mendapat kebas-kebas terutama di bahagian tangan dan kaki. Keadaan ini turut dikenali sebagai neuropati, dan boleh menjadi lebih teruk jika kita tidak sedar diri kita sedang menderita kencing manis. 7. Luka lambat sembuh Walaupun luka yang kecil, ia akan ambil masa berminggu atau berbulan lamanya untuk sembuh. Hal ini terjadi kerana telah berlaku kerosakan di dalam sistem peredaran darah akibat terlalu tinggi paras gula di dalam darah. Malah, luka yang lambat sembuh tersebut mudah terdedah kepada jangkitan yang selalu sinonim dengan akhirnya luka menjadi nanah dan membusuk. Kesannya, kawasan berjangkit hampir terpaksa di potong bagi yang terlalu kritikal dan tidak dapat diselamatkan. 8. Kawasan badan tertentu lebih gelap dari yang lain Tompok hitam di kawasan tertentu terutama leher, ketiak juga antara tanda utama seseorang mendapat sakit kencing manis. Tompok ini terasa lembut jika di sentuh. Keadaan ini turut dikenali sebagai acanthosis nigricans. Selain itu, tanda sampingan yang lain, ialah 9. Berat badan susah turun 10. Bau nafas dan mulut yang seakan manis 11. Kerap loya 12. Kerap pening Tanda di atas sinonim untuk lelaki dan juga perempuan. Namun, bagi lelaki, ada tanda khas yang menunjukkan mereka terdedah dan telah mendapat kencing manis iaitu : TANDA KHAS SIMPTOM KENCING MANIS UNTUK LELAKI 13. Mati pucuk 14. Rendah kadar hormon testoterone 15. Keinginan seks yang rendah Bagi mereka yang ada tanda di atas pada diri mereka atau ahli keluarga, sila dengan segera dapatkan nasihat dari pakar perubatan supaya boleh mencegah kencing manis anda dari berlarutan sehingga mengakibatkan penyakit lain yang lebih serius antaranya seperti kerosakan buah pinggang. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Pengalaman Minum Vivix Shaklee Berpantang Lepas Bersalin Posted on 24/10/201910/05/2022 Last updated on May 10th, 2022 at 07:27 am Selepas bersalin cser, kita kena jaga luka sebaiknya untuk dia tak terbuka. Kalau dah buka, jenuh nak “pasang” balik. Boleh azab, huhu! Sebab tu sesiapa yang czer atau caesarean, cser, nurse dan doktor nasihatkan untuk sentiasa keringkan luka, jangan basah selalu… Read More
Uncategorized 5 Kelainan Zinc Plus Shaklee Posted on 01/10/2018 Mineral surih penting Zinc, diperlukan tubuh untuk menjalankan kerja serta fungsi tubuh badan kita di tahap optimum. Ia boleh didapatkan dari pemakanan harian dan suplimen. Menurut Dr Mercola, kekurangan Zinc akan menyebabkan seseorang mudah mendapat demam dan selesema dengan kerap. Di Shaklee, disediakan suplimen yang membantu membekalkan 100% nilai harian… Read More
Uncategorized Basic H2® Organic Super Cleaning Concentrate (Adiwira Dalam Botol) Posted on 10/07/2019 Kenapa perlu guna pembersih berasaskan asid dan bersifat menghakis dan melunturkan jika kita ada pilihan pembersih yang selamat untuk keluarga dan alam sekitar? Majoriti bahan pencuci serbaguna di pasaran mempunyai kandungan toksin yang mampu meresap ke dalam badan melalui kulit dan sistem pernafasan. Keseimbangan hormon boleh terjejas kerana sifat bahan… Read More