3 Fungsi Popular Chewable C-Plus Shaklee Posted on 26/07/2019 Kalau nak tahu di Shaklee, kita ada 2 jenis vitamin c iaitu Sustained Released Vita-C Plus dan satu lagi ialah Chewable C-Plus. Keduanya adalah sumber vitamin c. Perbezaan keduanya ialah dari segi kandungan vitamin c, kesesuaian penggunaan, harga, dan sumber vitamin c. Untuk tahu dengan lebih lanjut tentang perbezaan keduanya, boleh lanjutkan pembacaan di sini tentang Perbezaan SR Vita-C Plus dan Chewable C-Plus Shaklee. Kali ini kita nak tahu 3 fungsi dan manfaat yang paling popular serta disukai ramai tentang Chewable C-Plus ini. 3 Fungsi Popular Chewable C-Plus Shaklee 1. Meningkatkan Fokus Seharian di pejabat kadangkala buatkan kita letih dan lesu. Cuaca dan suasana di pejabat di tambah timbunan kerja tanpa henti mendesak kita untuk kekal ceria dan segar walaupun adakala letih datang bertandang. Sediakan Chewable C-Plus di dalam pejabat kita dan kunyah ia pada bila-bila masa untuk memberi kita daya fokus yang lebih mantap. Chewable C-Plus Shaklee membantu meningkatkan daya fokus kita! 2. Hilangkan Mabuk Perjalanan Ada sesetengah dari kita tewas dalam perjalanan sama ada menggunakan kereta, kapal dan sebagainya. Kita kadangkala mabuk dan loya sepanjang perjalanan di tambah dengan pening. Percutian yang sepatutnya menyeronokkan menjadi hambar kerana mabuk kita tadi. Oleh sebab itu, di dalam perjalanan hisap dan kunyahlah Chewable C-Plus ini kerana ia membantu menghilangkan mabuk kita sepanjang perjalanan. Malah, ia adalah alternatif yang terbaik dan lebih sihat berbanding makanan masam dan bergula! 3. Loya Masa Mengandung? Loya dan muntah masa mengandung umpama mimpi ngeri bagi kita para Ibu. Namun tidak dapat dinafikan ia sebuah perjalanan yang sangat indah kerana kita sedang bersusah payah demi insan tersayang di dalam perut. Oleh itu kita perlu untuk bangun dan atasi rasa loya setidaknya untuk beberapa ketika agar kita lebih bertenaga dan tidak terlalu lesu sepanjang mengandung. Chewable C-Plus ini membantu untuk mengurangkan rasa loya tekak ketika kita mengandung. Kunyah dan hisap ia, tekak pun rasa sangat lega! Inilah 3 manfaat dan fungsi yang menjadikan Chewable C-Plus, vitamin c supplement di Malaysia yang sangat sedap dan boleh di hisap serta kunyah ini sebagai kegemaran ramai. Anda nak cuba? Sebotol cuma RM 51.25 sahaja. Klik di sini untuk order atau hubungi Syaza di talian 0187684817. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Bahaya Air Suam Pada Bayi Posted on 28/08/2018 Tersedak sekejap. Bukan tak biasa orang selalu cadangkan bagi air suam pada anak sendiri. Alasannya, bilas sebab baru lepas minum susu ibu. Fuh! Agaknya anak kita ni macam orang dewasa dah ya. Walhal sistem pencernaan anak kita tak sama dengan kita yang dah tua bangka. Susu ibu adalah yang terbaik…. Read More
Set Tenaga Cadangan Shaklee dan Koleksi Testimoni Posted on 14/09/202214/09/2022 Jam di tangan menunjukkan tepat jam 5 petang. Fuh! Alhamdulillah kira bernasib baik sebab dapat balik jam 5 petang seperti yang dijanjikan waktu di awal permohonan kerja. Kawan-kawan yang lain terpaksa kerja lebih masa, overtime. Balik pukul 5 petang ni pun badan boleh flat, kepenatan.. Apa lagi kalau overtime. Bateri… Read More
Uncategorized Ini Dia 14 Fakta Vitamin C Yang Jarang Kita Tahu Posted on 12/07/2019 Vitamin C memiliki reputasi yang baik di dalam melawan infeksi, dan jangkitan kuman. Oleh sebab itu, ia sentiasa mendapat tempat di hati mereka yang terutama sekali perlukannya apabila terkena demam atau selesema. Selain daripada itu, vitamin C juga turut mempunyai pelbagai manfaat lain untuk tujuan kegunaan kesihatan yang lainnya selain… Read More