3 Tanda Susu Badan Sikit Posted on 05/10/2018 Kejadian susu sikit sebenarnya sangat jarang berlaku sekiranya anda mengikut cara dan teknik yang betul dalam penyusuan ibu. Namun, kadangkala, ia boleh berlaku. Cara paling mudah nak kenal dan tahu susu badan kita sikit adalah dari pengamatan dan pemerhatian terhadap anak kita. 3 Tanda Susu Badan Sikit 🔵 Masalah Berat Badan Normal untuk newborn, hilang beberapa kgs sehingga 5% ke 7% dari berat badan sewaktu lahir dulu. Ada juga yang hilang sehingga 10% dari berat asal! Namun, selepas proses normal ini, mereka wajib untuk mendapat kenaikan berat badan sekurang-kurangnya 20 hingga 30g sehari dan kembali ke berat asal (seperti baru lahir) pada hari ke 10 hingga 14 kelahiran. Jika, anak anda kurang 10% atau lebih berat badan asal, dan dia tidak mengalami kenaikan berat badan secara normal, ini adalah tanda awal dan utama susu anda tidak mencukupi untuknya. Baca Selanjutnya >> Milkbooster Shaklee untuk Susu Sikit 🔵 Kurang buang air kecil dan besar Bilangan buang air kecil dan besar dalam masa sehari adalah indikator terbaik sama ada anak anda mendapatkan susu yang cukup atau tidak. Berapa kali yang dikatakan normal bilangan pembuangan ini? Bergantung kepada anak anda. Ada bayi yang 7 hingga 8 kali dan ada yang kurang dan lebih. Minimum, sekurang-kurangnya 4 kali sehari dengan keadaan najis yang normal. 🔵 Dehidrasi Sekiranya anak anda mempunyai air kencing seakan warna teh pekat, mulut kering atau masalah kuning (jaundis; kulit dan mata kuning), atau anak anda tidak mahu menyusu, ini adalah petanda awal dia sedang mengalami dehidrasi atau kurang air melampau. Demam, cirit birit, muntah dan badan panas akan menyebabkan susulan dari ini. Susu ibu, 90% adalah air, sekiranya anak tak dapat susu yang cukup kerana susu anda sikit, mereka akan kena dehidrasi. Baca Selanjutnya >> Milkbooster Shaklee untuk Susu Sikit Testimoni Milkbooster Shaklee : Susu Pekat dan Anak Kenyang Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Set Tenaga Cadangan Shaklee dan Koleksi Testimoni Posted on 14/09/202214/09/2022 Jam di tangan menunjukkan tepat jam 5 petang. Fuh! Alhamdulillah kira bernasib baik sebab dapat balik jam 5 petang seperti yang dijanjikan waktu di awal permohonan kerja. Kawan-kawan yang lain terpaksa kerja lebih masa, overtime. Balik pukul 5 petang ni pun badan boleh flat, kepenatan.. Apa lagi kalau overtime. Bateri… Read More
Uncategorized 10 Artis Popular Mati Akibat Kemurungan Posted on 25/10/2018 Ada banyak kes-kes yang melibatkan bunuh diri dan juga bunuh orang lain akibat kesan kemurungan melampau. Please, jangan ambil remeh kalau ada kawan-kawan, saudara mara atau kenalan kita yang kita lihat ada tanda-tanda murung ni. Hulurkan bantuan untuk dengari mereka. Tips berhadapan dengan pesakit murung: Banyakkan mendengar Elak judge dan… Read More
Uncategorized Testimoni Collagen Shaklee : Kulit Cerah Seawal 2 Minggu Posted on 22/04/2019 Syaza ada nak share 3 testimoni yang memang terbaik dan the best! Kita boleh usha dan tengok sendiri Facebook tuan punya badan dari testimoni ni sendiri tau. Kalau rajin, boleh cari gambar mereka yang lama-lama dan compare sendiri dengan yang sekarang. Memang berbeza hasil kulit yang amalkan Collagen Shaklee. Kalau… Read More
baru tahu juga tanda-tanda ini.. semoga info ini bermanfaat pada masa yang akan datang Log in to Reply
Anak saya dah setahun sebulan, berat normal tapi nampak kecil dari yang lain. Agaknya tak cukup susu jugak kan? Log in to Reply
berat normal takde masalah ^^ nampak kecil tu biasa la tu sama ada baka atau memang dah begitu hihi. asalkan berat normal, ^^ Log in to Reply