![]() |
Cara Atasi Susu Sikit |
Setiap masalah ada penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah susu sikit. Cara-cara di bawah cukup mudah dan senang untuk kita buat bagi banyakkan susu yang sikit tadi. Jom kita tengok sama-sama ^^
5 Cara Atasi Susu Sikit
1. Susu on-demand
Beri anak susu ikut kemahuan dan kehendak mereka. Jika anak nak susu dalam selang 1 jam sekali, beri saja! Bukan sahaja bantu banyakkan susu, tetapi, anak juga akan kurang ragam apabila sudah besar nanti.
Jika kita lambat-lambatkan pemberian susu kepada anak apabila anak dah minta, bukan sahaja susu akan drop dan sikit, tapi anak makin kuat melalaknya!
2. Pam Berjadual
Pam ikut jadual yang dah jadi rutin untuk kita. Khas bagi ibu bekerja ya. Ibu yang sentiasa di rumah bersama anak, jangan pam. Beri direct.
3. Kerap Susu Waktu Malam
Malam adalah waktu emas! Inilah waktu terbaik bagi menghasilkan lebih banyak susu dan yang berkhasiat. Pastikan anak anda menyusu waktu malam. Jika mereka tidur, kejutkan!
4. Ibu Banyak Makan Protein
Pemakanan ibu sudah pastu berkait rapat dengan kuantiti susu. Ibu menyusu tak boleh diet sebarangan ya. Banyakkan makan makanan berprotein untuk susu sikit jadi banyak.
5. Ibu Elak Stress
Penghasilan susu memerlukan hormon oxytocin. Ibu yang stress akan kurang rembesan hormon ini. Oleh itu, elak stress, pasti susu meriah.
Baca Selanjutnya >>
memang klau menyusuni kena kawal emosi,tak boleh skip makan, minum air banyak.. mmg susah kejenya tapi dihujungnya puas hati
kan, betul tu kak lin ^^
Gud tips.. nak share kat wife 🙂