6 Jenis Kemurungan Popular Kerap Menyerang Rakyat Malaysia Posted on 22/10/2018 Ada jenis kemurungan yang berbeza antara satu sama lain dan berkembang dalam diri seseorang kerana faktor unik tersendiri. Antara yang paling kerap menyerang seseorang ialah: 1. Dysthymia (Kemurungan Berpanjangan) Sejenis emosi murung yang berpanjangan sekurangnya selama 2 tahun! Dysthymia adalah dari jenis kemurungan yang masih di tahap awal. 2. Kemurungan Psikotik (Mendengar Suara Halus) Berlaku apabila seseorang menghidapi kemurungan di tahap kronik di tambah dengan keadaan psikosis. Psikosis adalah bila mana seseorang mendapat delusional, mendengar suara halus dan melihat sesuatu secara halusinasi. Suka berkhayal dan dengar yang tidak sepatutnya dan tidak wujud di alam realiti. Penghidap biasanya adalah pernah mendapat dysthymia dan tidak mendapat rawatan sebaiknya. 3. Kemurungan Selepas Bersalin (Postpartum Depression/Meroyan) Orang Malaysia menggelarkan kemurungan selepas bersalin sebagai meroyan. Biasa terjadi kepada para ibu dan lebih serius dari sekadar ‘baby blue’. Baby blue biasa terjadi seawal dua minggu selepas kelahiran kerana terkejut dengan persekitaran baru bersama bayi yang dilahirkan dan akan hilang selepas itu. Namun, meroyan bukan begitu. Wanita yang menghidapi kemurungan selepas bersalin sedang berhadapan dengan jenis murung yang di tahap kronik dan kritikal! Perasaan seperti sedih berlebihan, risau dan terlalu penat antara gejala dan punca awal meroyan ini. Ia akan menjadi lebih serius jika tidak ditangani dengan baik. 4. Kemurungan Bermusim (Seasonal Affective Disorder) Dikenali sebagai jenis murung yang akan datang ketika musim sejuk di mana keadaan cahaya matahari amat minimum. Kebiasannya, akan hilang ketika musim luruh dan bunga. Kemurungan jenis ini akan mengakibatkan seseorang menghadapi penambahan berat badan, waktu tidur terjejas. Jarang berlaku di Malaysia kerana biasa menyerang mereka di negara yang mempunyai 4 musim. Namun, dalam keadaan cuaca Malaysia yang tidak menentu, memungkinkan ini terjadi. 5. Kemurungan Bipolar Bipolar, berbeza dengan murung, namun ia disertakan bersama di dalam senarai kerana seseorang yang memiliki gangguan bipolar mempunyai sejarah pengalaman lampau yang menyamai kriteria kemurungan major. Ini di panggil, kemurungan bipolar. Namun, terdapat juga, golongan bipolar yang mengalami keadaan terlalu mudah gembira dan terguris dalam satu masa – mood/emosi tak stabil yang di panggil mania (mood-maniac) atau yang lebih kurang serius dari itu iaitu hypomania. Antaa ciri bipolar ialah, hyperaktif, mudah gembira, mudah sedih, mudah marah dan emosi mudah naik dan turun dalam satu masa. 6. Kemurungan Disregulasi (Kanak-kanak & Remaja) Biasa dihadapi ke atas kanak-kanak dan remaja. Tanda murung bagi mereka agak berbeza dengan golongan dewasa. Kemurungan ini sering berlaku kesan dari buli, perbandingan akademik, bentuk tubuh dan tekanan dari rakan sebaya. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Testimoni Ikhtiar GLA Complex : Berjaya Hamil Selepas Lama Menunggu Posted on 02/09/2018 Bagi wanita yang sudah berumahtangga, memiliki cahaya mata adalah antara perkara terindah bagi diri mereka. Ia bukan sahaja dapat membuat sesebuah rumahtangga bahagia, malah, anak adalah saham dunia dan akhirat. Namun begitu, masalah haid tak teratur kadangkala menyumbang kepada timbulnya masalah kesuburan dalam kalangan wanita. Kerana itu dalam Set Kesuburan… Read More
Uncategorized 14 Persediaan Bersalin yang Perlu di bawa ke Hospital Posted on 06/09/2018 Dah hampir 5 bulan berlalu Syaza selamat melahirkan seorang puteri yang di beri nama Zehraa tepat jam 12.41 tengahari, 21 Mac 2018. So hari ini Syaza nak kongsikan semula, kelengkapan yang perlu di bawa sebagai persediaan di hospital nanti. Terutama yang dah dekat dengan due date tu, sila prepare siap-siap… Read More
Uncategorized 10 Punca Kulit Kusam Posted on 18/07/2019 Pernah tak kita tengok cermin dan rasa kulit kita nampak kelam dan agak kelabu? Ini salah satu tanda kulit kusam. Sebelum kita nak atasi kulit kusam ni, penting untuk tahu sebenarnya apa punca kulit jadi kusam. Lepas dah tahu baru kita boleh faham dan tahu apa nak buat untuk elak… Read More
Yang no 3 tu kalau kena, orang selalu cakap mengada lah.. apa lah.. walhal bukan main-main tu.. boleh melibatkan nyawa mak dan juga anak.. Log in to Reply