6 Tips Untuk Ibu Yang Bekerja dari Rumah Posted on 12/07/2019 Bekerja dari rumah? Bunyi dia macam senang. Boleh kerja sambil tengok TV, jaga anak, makan dan uruskan rumah. Wah, seronoknya! Namun, hakikatnya ianya tidak semudah itu. Malah, bekerja dari rumah mempunyai cabaran yang tersendiri. Lebih-lebih lagi jika seorang Ibu tersebut ada anak atau anak-anak. Tetapi, ia tetap bukan penghalang untuk kita menidakkan dan memberi alasan supaya berputus asa dari terus membina karier dari rumah di samping menguruskan rumah tangga dengan tangan dan kudrat kita sendiri. Ada pelbagai tips yang boleh dipraktikkan bagi Ibu yang memilih untuk bekerja dari rumah. Jom kita ikuti dan praktis bersama-sama tips yang dikongsikan ini. 6 Tips Untuk Ibu Yang Bekerja DARI RUMAH 1. Buat Jadual Rutin Untuk Anak Bayi atau anak kecil, mereka mudah terikat dengan rutin. Makan-tidur-bermain adalah rutin harian mereka. Kita kena buatkan jadual tidur, makan dan bermain mereka. Mula sejak dari zaman baby lagi supaya mereka terikut dengan rutin tersebut. Cukup time, tidur! Makan dan bermain. Bila kita dah ikat mereka dengan rutin, secara automatik kita sendiri akan tahu bila waktu sesuai untuk fokus buat kerja. Contohnya, katakan mereka biasa bangun jam 6 pagi dan tidur balik jam 9 pagi. Jadi di situ kita dah tahu pukul 9 pagi kita boleh mula bekerja. Apa pun, kita yang kena buatkan jadual rutin untuk mereka. Berlainan pula bagi yang anak-anak sudah besar sedikit. 2. Cari Waktu Bekerja dan Fokus Kita yang bekerja dari rumah ni tak sama dengan ibu yang surirumah sepenuh masa atau mereka yang bekerja di luar rumah. Kebanyakan masa terluang mungkin kita sedikit terleka dan memilih untuk tidur terlebih masa berbanding bekerja. Atau kita gagal buat prioriti keutamaan seharian dengan baik menyebabkan kerja hakiki dan kerja rumah belum dapat diseimbangkan dengan baik. Oleh sebab itu, buat jadual waktu bekerja. Contoh macam Syaza sendiri, Syaza akan set masa, pukul 9 pagi sampai 12 tengahari adalah waktu Syaza bekerja. 12 tengahari sampai 2 petang Syaza akan berehat. Mula jam 2 petang sampai 5 petang Syaza masuk kerja balik. Jadi di sini kita dah boleh rancang masa kita dengan baik. 3. Bangun Awal Nak tak nak memang kena korbankan masa tidur. Dan semestinya ada banyak manfaat yang kita boleh dapat dari bangun awal. Kita boleh luangkan masa dengan Allah dan boleh buat kerja dengan lebih tenang serta teratur. Sebab waktu ni anak dan suami tengah tidur lena. Sebaik mungkin usahakan bangun pada pukul 5 pagi. 4. Siapkan Anak dan Suami Ha, suami pun kena siapkan tau. Bukan anak je. Jaga mood anak dan suami dengan baik. Sediakan sarapan pagi yang sihat untuk mereka. Dengan ini, suami sendiri secara tak langsung akan menyokong penuh dengan apa kita buat iaitu bekerja dari rumah. Bila dah dapat sokongan suami lagi mudah nak jalankan tips yang lainnya. Jaga hati, perut dan seluruhnya tentang suami. 5. Balas email, WhatsApp yang Penting Hanya balas email, panggilan atau WhatsApp yang penting sahaja. Kalau tak, kita pula yang ralit dan leka bermain handphone. Terganggu di situ. 6. Kekal Fleksibel Kadang kala ada masa kita tak jangka ada benda nak berlaku. Contoh anak kurang sihat, atau kita sendiri kurang sihat. Selain itu seperti waktu cuti umum, kita berkunjung ke rumah sanak saudara dan sebagainya. Jangan risau. Kekal fleksibel. Kalau anak perlu perhatian kita, go and get them! Di situ juga ada rezeki yang terselit. Syaza sendiri ada pengalaman, seharian tak de update apa pun tapi tetap syukur alhamdulillah rezeki masih ada. Pointnya adalah kekal fleksibel di masa yang DIPERLUKAN sahaja. Selebihnya belajarlah urus masa bersama dan buat jadual rutin serta praktis bersama tips di atas. Semoga berjaya WORK AT HOME MOTHER out there! Untuk pengetahuan semua, Syaza adalah seorang Ibu yang bekerja dari rumah sebagai seorang Pengedar Shaklee Bebas Sepenuh Masa. 💌 Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized 7 Makanan Kaya Sumber Vitamin C Posted on 29/07/2019 Askorbik asid lebih dikenali sebagai Vitamin C, sejenis vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri melainkan di ambil daripada pemakanan harian kita sendiri. Setiap hari Vitamin C hancur dan musnah di dalam tubuh badan kerana ia diperlukan untuk menjalankan fungsi regulasi badan. Antara tanda badan… Read More
Uncategorized Selepas 2 Bulan Lingkaran Gelap Pipi Kurang Posted on 21/09/2019 Testimoni YOUTH Skincare Shaklee (Starter Set) Saya ada masalah kulit yang kering. Dan ada lingkaran gelap di bahagian pipi serta dagu. Selepas 2 bulan guna YOUTH Starter Set, lingkaran gelap bahagian pipi dah berkurangan dan kulit bahagian dagu lebih cerah. YOUTH Starter Set sedang dalam promosi bulan ini Nak dapatkan… Read More
Uncategorized 4 Punca Utama Gastrik Posted on 11/10/2018 Gastrik selalu menyerang, dalam sebulan, lebih 3 kali emergency leave. Seksanya! Siapa dekat sini suka makan makanan pedas? Lagi pedas lagi kaww! Oh, satu lagi, suka makan jajan dan minum air gas sambil tengok TV? Sedar-sedar dah 3 botol coke di telan. Sebelum makan basuh tangan atau tak? Tanpa kita… Read More
Setuju! cabarannya adalah bagaimana kita bijak bahagikan masa. Jadual sharian kita memang tak sama. Macam akak kena keluar rumah pagi2 hantar anak2 ke sekolah. Banyak masa atas jalan. Busy mengalahkan JKR. HAHAH! Log in to Reply
Hihi kalau yang tu lain pulak caranya. Syaza ada ramai gak kawan-kawan yang kalau kes camni depa banyak tidur awal and buat kerja di tengah pagi. Cam kul 3 sampai 6 pagi waktu diorang bekerja ^^ Log in to Reply