7 Cara Mudah Hilangkan Angin dan Sebu Perut Posted on 01/08/201805/02/2024 Last updated on February 5th, 2024 at 04:34 pm Tips mudah cara nak hilangkan angin dan sebu perut. Awak kadang-kadang atau kerap kali bila salah makan mulalah rasa susah kentut, perut tak selesa macam kembung, sebu dan berangin?Super tak selesa bila ada rasa macam tu. Serba tak kena! Dan lagi terseksa bila kita ada gastrik yang teruk. Kawan penulis sendiri masa di universiti suatu ketika dulu, masalah gastriknya siap pakej tak pergi kelas, malah terpaksa skip banyak kelas dalam satu semester sebab gastrik dia yang kalau dah datang memang kesian sangat tengoknya. Jom kita tengok dan check 7 tips dan cara mudah ini sama-sama supaya awak tidak lagi menderita masalah perut yang sebu dan berangin. 7 CARA MUDAH HILANGKAN ANGIN DAN SEBU PERUT 1. ELAKKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI ANGIN Salah satu cara nak atasi masalah sebu perut dan angin adalah elakkan dari bertemu dengan makanan berangin. Antara contohnya ialah nenas, kobis, durian, epal, pear, brokoli, susu, aiskrim. Dan ada banyak contoh lain lagi. Kalau awak tengok, semua makanan di atas adalah makanan berkhasiat tetapi, makanan jenis dari ini mengandungi gula, kanji dan fiber yang tidak boleh di serap dengan mudah dan akhirnya menyebabkan badan tak selesa, sebu perut. Terutama bagi mereka yang dah terdedah dengan risiko gastrik atau pun sudah mempunyai gastrik. Makanan yang mengandungi sorbitol, gula semuajadi yang ditemui di dalam buah adalah antara yang perlu dimasukkan dalam senarai makanan yang membuatkan kita berangin dan sebu perut. Bagi penggemar durian, perasan tak, kalau makan durian banyak-banyak, perut akan kurang selesa? Durian mempunyai kandungan gula semulajadi yang tinggi. Kerana itu Kementerian Kesihatan Malaysia cadangkan untuk hadkan pengambilan durian kepada dua ulas sahaja! Bukan sahaja untuk elakkan dari sebu perut malah dalam kes tertentu untuk selamatkan diri dari kencing manis bagi yang berisiko. Jikalau awak dah berjaya jumpa makanan yang kurang sesuai dengan kita dan ada dalam senarai makanan jenis angin, ambil langkah dengan buangkannya dari senarai makanan kita seumur hidup atau kurangkan portion pengambilan. Berpada-pada. Stephen Bickston, Medical Doctor, Professor of Internal Medicine and Director of the Inflammatory Bowel Disease program di Centre for Digestive Health dekat Universiti Virginia Commonwealth berkata, “Apabila menyentuh soal makanan, bersederhana adalah kunci penting,” Malah hakikatnya perkara ini telah pun dibincangkan sejak ribuan tahun yang lalu oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam yang menganjurkan umat Islam agar sentiasa makan secara bersederhana. Awas, kebanyakan makanan atau kombinasi beberapa jenis makanan boleh mengakibatkan angin dan sebu perut. “Certain foods don’t get along well in certain people,” says Donald Novey, MD, an integrative medicine physician in Poulsbo, Washington. Majoriti akan alami perut sebu dan berangin apabila menggabungkan makanan jenis sayur hijau dengan buah, sumber protein dan kanji dalam waktu yang sama. 2. MINUM SEBELUM MAKAN Pernah tak kita makan sambil minum air? Selain daripada tabiat begini membawa pada perut buncit, ia juga menyebabkan perut kita hilang asid penting dan tidak dapat menghadamkan makanan dengan baik. Minum air 30 minit sebelum makan membantu proses penghadaman yang lebih baik. 3. MAKAN & MINUM PERLAHAN Bila kita makan atau minum laju, kita lebih berpotensi untuk telan udara, dan akhirnya akan menyebabkan angin dan sebu perut tadi. Sebagai langkah berjaga-jaga, kunyah dan minum perlahan-lahan, jangan gopoh. 4. AMALKAN SUPLIMEN UNTUK BUANG ANGIN Bila gastrik, angin dan sebu perut menyerang, sama ada serentak, atau asing, boleh terus makan suplimen yang membantu mengurangkan simptom ini. Antara suplimen yang membantu ialah :AntacidBeanoGavisconPeppermint Ginger Plus ShakleeAlfalfa Complex Shaklee 5. JANGAN KUNYAH SESUATU TAK PERLUAntaranya ialah gula getah, gigit straw, makan straw. Dan merokok. Merokok menyebabkan angin dan perut sebu tak selesa. 6. ELAKKAN GULA TIRUAN Sorbitol dan gula dalam arak, dan minuman beralkohol menyumbang ke arah perut sebu dan berangin. Selain itu, periksa selalu bahagian bahan kandungan dan nutrisi di pek makanan sebelum awak membeli makanan atau minuman tersebut. Lihat sama ada produk makanan dan minuman itu ada gula tiruan. Untuk mudah, elak atau limitkan pengambilan minuman manis dalam kotak dan tin. Begitu juga makanan terutama yang berbentuk instant. 7. BESERDAHANA DALAM PEMAKANAN HARIANKita perlu bersederhana dalam bab makanan. Sebagaimana pesan baginda Rasulullah saw bersabda :فثلث لطعامه وثلث لشرابه وثلث لنفسه Ertinya : “Sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk udara.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah)Simpanlah sedikit ruang dalam perut untuk minuman dan juga udara. Jangan dipenuhi dengan makanan sahaja kerana ia akan menyebabkan berlakunya mudah terjadi perut sebu dan berangin akibat proses pencernaan yang tidak baik. Adakah masalah perut berangin dan sebu awak kerap terjadi malah semakin serius? Dapatkan set di bawah untuk membantu masalah perut sebu dan berangin dari Shaklee. Klik di sini untuk order. Klik untuk order Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Blog Testimoni YOUTH Shaklee Kulit Berjerawat dan Berparut Posted on 04/12/202020/11/2024 Last updated on November 20th, 2024 at 02:24 pm YOUTH merupakan rangkaian skincare keluaran Shaklee yang dihasilkan oleh pakar dermatologi dan oftalmologi. YOUTH bebas daripada 1,500 bahan kimia merbahaya termasuklah pewangi tiruan (synthetic fragrance), SLS dan paraben. Produk YOUTH sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Cuma cara… Read More
Blog Vitamin C Shaklee: Fungsi, Manfaat, Testimoni Posted on 16/10/201802/08/2023 Last updated on August 2nd, 2023 at 03:08 am Ok, so this entry kali ini Syaza nak share kepada semua tentang kebaikan, fungsi dan kelainan Vitamin C Shaklee kepada semua readers yang dikasihi. First and foremost, Syaza akan explain generally, what is Vitamin C itself. Vitamin C adalah sejenis… Read More
Blog 5 Tanda Badan Kurang Air Yang Tidak Di Jangka Posted on 09/04/202209/04/2022 Badan mudah kehilangan air terutama sekali apabila berdepan dengan faktor tertentu. Berikut adalah 5 tanda badan dehidrasi. Read More
happy monthday syaza. nice sharing. btw, saya baru first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan content blog ni. sangat berinformasi dan kemas je hehe. semoga maju jaya dalam bisnes awak. meh lah singgah blog saya hehe Reply
Yang no 3 tu agak susah sikit nak buat.. Kikiki.. Memang selalu makan dengan cepat.. dah terbiasa.. Sekarang nie memang tengah cuba amalkan yang no 2.. Minum dulu sebelum makan.. Reply
kadang nak cepat kan, kita ngunyah tak perasn tercepatnya hehe. tu yang bleh jadi makanan lambat hadam and berangin perut.. Jom kita amal sesama Kak Sha! 🙂 Reply