7 Sebab Jerawat Datang Posted on 07/08/2018 Jerawat adalah musuh utama terutama bagi perempuan! Ia datang tanpa di undang dan perginya sangat kita alu-alukan. Pernah tak, waktu dah nak sampai peristiwa atau event besar dalam hidup kita, macam contohnya hari raya, tiba-tiba jerawat naik mencanak. Atau pun dia naik seketul besar, merah! Stress tak? Kalau Syaza, stress. Tapi kena keep bertenang sebab stress boleh jadi punca untuk jerawat lagi datang dan bawak sanak saudara mereka, hehe 🙂 TUJUH SEBAB UTAMA JERAWAT DATANG 1. AKIL BALIGH Masuk usia remaja, di saat akil baligh, jerawat mula datang dan muncul. Ia berlaku kerana terdapat perubahan hormon di awal proses akil baligh tersebut. Pernah dengar Puberty Challenge? Cabaran untuk menunjukkan keadaan wajah before dan after puberty. Semakin meningkat dewasa sepatutnya masalah jerawat tersebut akan berkurang dengan sendirinya. Namun, jika jerawat tidak berkurang dan makin bertambah teruk, kita perlu mencari solusi untuk mengatasinya. 2. PERUBAHAN HORMON Perubahan hormon yang sering menyumbang kepada kehadiran jerawat ialah Ketika Hamil Datang Bulan (Period) Stress Ini adalah antara sebab asas yang membawa pada perubahan hormon mendadak sehingga mengakibatkan hadirnya sang jerawat. Period sering tak teratur sehingga menganggu hormon, baca di sini untuk maklumat lanjut. 3. MAKE-UP BERLEBIHAN Make-up berlebihan menyumbang kepada sebab untuk jerawat datang. Apabila kita make-up secara berlebihan, kulit muka kita akan mudah tersumbat terutama di bahagian pori muka. Kulit yang tersumbat akan mudah menghasilkan sebum atau kotoran minyak yang akhirnya membawa pada masalah jerawat. Ia akan menjadi lebih teruk lagi jerawat datang sekiranya pemilihan make-up yang salah. Tips Memilih Foundation di sini. 4. KERAP CUCI MUKA Cukup dengan hanya mencuci muka sebanyak 2-3 kali sehari. Mencuci muka dengan banyak dalam masa satu hari akan mengakibatkan kehadiran minyak untuk lebih banyak. Hasilnya kulit akan tersumbat dengan minyak dan jerawat datang. 5. PHONE KOTOR Kita selalu gunakan handphone di mana-mana. Keadaan permukaan handphone yang kotor antara sebab datangnya jerawat kerana kotoran di handphone tadi melekat di skitar muka kita. Sering bersihkan permukaan phone sebaiknya. Bermula dengan membersihkan tangan kita sebelum memegang phone. Nak kecutkan jerawat klik sini untuk tips selanjutnya. 6. PEMAKANAN KURANG SIHAT Pengambilan makanan yang tinggi lemak dan gula memudahkan penghasilan sebum yang membawa pada jerawat. Baca : Makanan Baik untuk Kulit 7. MEMICIT JERAWAT Ha! Yang ini pasti selalu ramai yang buat. Picit jerawat bukan saja meninggalkan kesan parut yang buruk dan hitam, malah mengakibatkan hasil picitan tadi menyebarkan kuman di kawasan muka yang lain. Nak pudarkan parut jerawat? Ikuti tips ini. Fatin Syaza | 0187684817 | Stokis Vivix Shaklee Melaka Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized 11 Punca Sakit Lutut & Cara Atasi Posted on 07/09/2018 Sakit lutut selalu dikaitkan dengan faktor usia. Namun begitu, tidak semestinya. Di zaman kala ini, orang muda juga senang nak dapat sakit lutut ni. Jom hari ini Syaza kongsikan kepada semua tentang punca yang menyebabkan sakit lutut ini. 11 PUNCA SAKIT LUTUT 1. UMUR Semakin meningkat umur seseorang, kandungan kolagen… Read More
Uncategorized 8 Kepentingan ESP Shaklee Posted on 14/10/2017 8 Kepentingan ESP Shaklee Energizing Soy Protein ESP Shaklee merupakan antara produk yang terkandung di dalam Set Asas. Ini bermakna ESP Shaklee memiliki kepentingan terhadap keperluan asas harian kita. Penting ESP Shaklee akan kita kupas melalui 8 point kepentingan ESP Shaklee. Apa itu ESP Shaklee? ESP Shaklee atau nama penuhnya… Read More
Uncategorized 3 Tanda Susu Badan Sikit Posted on 05/10/2018 Kejadian susu sikit sebenarnya sangat jarang berlaku sekiranya anda mengikut cara dan teknik yang betul dalam penyusuan ibu. Namun, kadangkala, ia boleh berlaku. Cara paling mudah nak kenal dan tahu susu badan kita sikit adalah dari pengamatan dan pemerhatian terhadap anak kita. 3 Tanda Susu Badan Sikit 🔵 Masalah Berat… Read More