8 Kebaikan Polifenol Posted on 26/07/2019 Polifenol adalah dalam kategori kimia yang secara semulajadi terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan. Didapati ada lebih dari 500 jenis polifenol yang sangat unik. Polifenol boleh dibahagikan kepada kumpulan berikut iaitu Flavonoids Resveratrol (Resveratrol inilah yang terkandung di dalam Vivix Shaklee yang menggunakan ekstrak anggur muscadine sebagai bahan utama untuk mendapatkannya. Ini kerana anggur muscadine mempunyai esktrak resveratrol yang sangat pekat dan tinggi berbanding yang lain) Asid fenolik Stilbenes Lignans Ramai dalam kalangan kita belum terdedah dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang khasiat dan manfaat polifenol ini untuk kesihatan kita terutamanya. Teruskan pembacaan anda untuk dapatkan maklumat lebih lanjut untuk polifenol dan kesihatan. 8 Kebaikan Utama Polifenol 1. Rasa LEBIH Bertenaga Polifenol meningkatkan penghasilan tenaga di dalam sel badan manusia. 2. Kulit Awet Muda Polifenol merangsang pembaharuan sel, melindungi kulit dari kerosakan UV dan menghalang daripada terjadinya kerosakan kolagen. 3. Jantung Sihat Radang yang terjadi pada salur darah kita boleh menyebabkan jantung tersumbat! Oleh sebab itu kita perlukan sumber polifenol dalam kehidupan harian kita kerana ia membantu untuk mengawal tekanan darah yang sihat serta mengurangkan masalah keradangan yang menjadi punca jantung sumbat tadi. 4. Membaiki Fleksibiliti Sendi Sifat anti-radang di dalam polifenol membantu melawan masalah keradangan sendi dan mengurangkan sakit pada sendi. 5. Mengawal Paras Gula Aktiviti kawalan gula dalam darah di bantu polifenol dengan meningkatkan kadar sensitiviti insulin dan merangsang penghasilan insulin. 6. Penglihatan Tajam Inginkan kesihatan mata yang lebih baik dan tajam? Pastikan kita mendapatkan sumber polifenol yang terbaik dalam hari kita kerana polifenol bantu menyokong kesihatan mata. 7. Kurangkan Berat Badan Untuk menurukan berat badan seseorang perlu memastikan badan tidak dipenuhi toksin agar kadar metabolisma tidak menurun dengan terlalu cepat. Polifenol membantu proses detoks untuk menyingkirkan toksin di dalam badan dan meningkatkan metabolisma. 8. Rasa Sihat Berpanjangan Di dalam sel badan manusia, kita ada potensi untuk mengembangkan dua jenis sel iaitu yang normal dan abnormal. Sekiranya kita menjaga kesihatan dengan baik, risiko untuk sel abnormal terhasil sangat tipis. Sel abnnormal ini adalah pada kebiasaannya permulaan seseorang mendapat kanser. Polifenol membantu mengurangkan risiko penghasilan sel abnormal dalam badan kita. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
5 Sebab Perlu Cukup Air Setiap Hari Posted on 24/10/2017 Cukup Pengambilan Air Setiap Hari Air adalah elemen yang membentuk 70% dari tubuh badan manusia. Untuk sel badan bekerja secara optimum, mereka memerlukan keperluan air secukupnya. Kekurangan sumber air akan mengakibatkan masalah dari segi tenaga, kesihatan dan kecantikan. Kajian adalah jelas – badan yang kekal hidrat dengan air adalah tabiat… Read More
Uncategorized Obesiti : Cegah Sebelum Parah Posted on 19/10/2017 Kesan Obesiti Terhadap Kesihatan Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan pada tahun sebelumnya oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan satu daripada lima dewasa mengalami masalah obesiti atau kegemukan ini. Obesiti merupakan antara masalah yang perlu di ambil serius oleh semua pihak. Tidak kira sama ada kanak-kanak mahupun dewasa,… Read More
Uncategorized Zinc Plus Shaklee [Kelebihan, Fungsi dan Kebaikan] Posted on 25/09/201817/08/2023 Last updated on August 17th, 2023 at 07:43 amZinc adalah antara salah satu dari 200 mineral penting yang diperlukan tubuh kita. Tidak seperti vitamin jenis larut lemak yang lain, zinc tidak dihasilkan dan di simpan dalam tubuh dalam tempoh yang lama. Oleh itu, kita perlu pastikan pengambilan zinc adalah cukup dari pemakanan… Read More