Nak Kurus Cepat Dalam 2 Minggu? Lakukan 7 Petua Ini Posted on 15/04/202315/04/2023 Petua Kurus Dengan Cepat | Ada banyak pelan diet yang dapat membantu anda untuk kurus. Namun begitu, anda nak cari petua bagaimana untuk hilangkan 2 kg hingga 6 kg berat dalam masa 2 minggu supaya anda dapat bergaya dalam masa terdekat. Ikuti petua untuk anda kurus dengan cepat dalam artikel ini. 7 Petua Kurus Dengan Cepat - Hilang 2-6 kg Dalam Dua Minggu 1. Kurang Karbo Ringkas, Fokus Karbo Kompleks Kredit: Ymca Jika anda ingin kurus dengan cepat dalam masa singkat, kurangkan makanan yang mengandungi karbo ringkas dari diari pemakanan harian.Karbohidrat jenis ringkas tidak mengandungi nilai nutrien yang badan anda perlukan. Hasil selepas dihadamkan oleh badan anda hanyalah akan menjadi gula. Tidak mengandungi sebarang nutrien seperti fiber atau vitamin lain.Dengan pengambilan karbohidrat ringkas akan memberi kesan badan berlebihan kalori yang tiada nilai nutrisi. Antara contoh makanan karbohidrat ringkas yang wajib anda buang untuk kurus dengan cepat adalah gula putih, manisan tambahan seperti kuih muih serta paling penting – makanan berproses seperti frozen dan fast food.Kesemua jenis makanan ini hanya akan sabotaj diet anda untuk senang-senang saja naik 0.5 kg dalam masa singkat.Anda tidak mahu ini berlaku, apa yang anda nak adalah kurus dengan cepat. Oleh itu, sila kurangkan atau jika dapat, buang karbohidrat jenis ringkas dalam diari makanan anda. Mula fokus kepada karbohidrat kompleks yang akan memberikan anda lebih nutrien, fiber dan kenyang yang lebih lama. 2. Tingkatkan Pengambilan Protein, Buah dan Sayur Kredit: People UTM Target untuk setiap hari untuk seimbangkan pinggan makanan anda secara suku-suku separuh agar lengkap dengan sumber protein, lemak sihat, sayuran dan karbohidrat kompleks. Mengambil protein yang cukup sangat membantu untuk anda tetap kekalkan kesihatan dan jisim otot ketika menurunkan berat badan. Secara umum, untuk lelaki anda memerlukan sekitar 56 hingga 91 gram protein sehari manakala bagi wanita pula sebanyak 46 hingga 75 gram sehari. Tetapi ada banyak faktor yang mempengaruhi keperluan protein harian anda seperti jika anda menyusu badan, anda perlu 2 kali ganda protein berbanding wanita yang tidak menyusukan anak untuk memastikan penghasilan susu badan anda kekal di tahap baik walaupun anda sedang nak kurus dengan cepat.Diet dengan pengambilan protein yang cukup boleh mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis dan berproses – caranya adalah anda ambil protein sebagai snek di dua waktu makan utama. Selain protein, sayur-sayuran yang juga di kira sebagai makanan yang sangat tinggi nutrien dan anda boleh makan dengan amaun yang banyak tanpa risau tentang peningkatan kalori atau karbo secara mendadak.Selain itu, sertakan lemak baik dalam pemakanan harian. Dengan mengambil lemak baik dalam kadar bersederhana, anda boleh mengawal selera dan elak dari terlebih makan. Bukan itu sahaja, lemak baik ini sangat penting untuk metabolisma anda untuk membantu pembakaran lemak anda. Anda Mungkin Meminati: Cinch Shake Shaklee Untuk Kurus 3. Jaga Pengambilan Air Harian Kredit: Weight Loss Resources UK Sains mencadangkan air boleh membantu untuk turunkan berat badan dalam pelbagai cara. Ia dapat menghalang anda terlalu berselera makan, tingkatkan metabolisma dan melancarkan senaman anda agar lebih efisien.Air kosong tidak mengandungi kalori, jadi di sini anda telah sangat menjimatkan kalori harian anda. Dengan mudah anda dapat gantikan air manis yang tinggi kalori bersama air kosong yang tiada kalori, malah sangat mengenyangkan jika di ambil 30 minit sebelum makan.Sebuah kajian menunjukkan, seorang dewasa dengan berat berlebihan atau obesiti yang ambil 500 mL air sebelum waktu makan akan makan 13% lebih sedikit berbanding dewasa yang tidak minum air sebelum makan.Di samping itu, sebuah penyelidikan menemui dengan minum air secara optimum akan meningkatkan resting energy expenditure (REE) anda. REE merujuk kepada nombor asas badan anda bakar lemak ketika sedang berehat! 4. Bersenam Weight Training Kredit: Shape Kekal aktif dan tambahkan senaman beban weight training sekurang-kurangnya 30 minit seminggu dalam satu sesi untuk meningkatkan lemak anda kekal terbakar walaupun ketika anda tidur. Anda boleh capai defisit kalori dengan bersenam secara berkala dan makan makanan yang rendah kalori. 5. Amalkan Puasa Nabi Daud Puasa selang sehari ialah puasa yang diamalkan oleh Nabi Daud alaihissalam. Dalam konsep diet intermittent fasting, puasa ini di panggil alternate day fasting.Amalan ini bukan sahaja dapat membantu anda turun berat badan dengan sangat cepat, malah ia adalah amalan berpuasa yang sangat disukai oleh Allah swt.أَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ صِيَامُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ كَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا وَأَحَبُّ الصَّلاَةِ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ صَلاَةُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ كَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُMaksudnya: “Puasa yang paling dicintai olehi Allah ‘Azza wa Jalla adalah puasa Daud AS. Baginda berpuasa satu hari kemudian tidak berpuasa pada keesokannya. Sebaik-baik solat yang disukai Allah ‘Azza wa Jalla adalah solat Daud AS. Baginda tidur seperdua malam dan bagun mendirikan solat sepertiga malam lalu disambung tidur satu per enamnya.”Riwayat al-Nasa’ie (2344)Dengan teknik puasa selang sehari ini anda dapat mengawal kalori yang di ambil dengan sangat mudah.Tetapi, untuk intermittent fasting mereka boleh pilih nak puasa dry fast atau wet fast.Dry fast dalam Islam ialah puasa seperti biasa menahan lapar dan dahaga ketika fajar hingga terbenam matahari. Kurus dapat, pahala pun dapat. Wet fast pula ialah anda hanya tak boleh makan sahaja tapi boleh minum. Jika anda nak turun berat badan dengan cepat, amalkan puasa sebenar seperti Nabi Daud. Berat air anda akan mudah turun! Anda mungkin meminati: 7 Kebaikan Diet Intermittent Fasting Tak Ramai Tahu 6. Kawal Stress Kredit: Precise Nutrition Stress boleh mengeluarkan hormon yang akan buat anda naik berat badan. Kawal stress anda dengan cara menjaga diri anda dari segi fizikal dan mental.Jangan terlalu stress tentang berat badan. Rilek dan berfikiran positif. Anda tidak boleh terus hilang semua lemak anda dalam masa satu hari. Sedikit demi sedikit untuk hasil yang lebih baik dari jangka masa panjang adalah lebih baik.Di samping itu, jangan terlalu tegas dengan diet anda sehingga anda stress. Tetapkan matlamat dengan betul agar anda kekal berdisiplin. Sediakan pelan pemakanan yang lengkap dengan makanan sebenar, bukan makanan berproses.Pengambilan makanan sebenar juga membantu fungsi otak anda berfungsi dengan baik sekaligus otak anda boleh berfikir dengan jelas. 7. Masuk Tidur Awal dan Tidur Cukup Kredit: FB Genotronics Masuk tidur awal dapat elak anda dari mengambil snek yang tidak diperlukan di waktu malam. Maklumlah bila malam je mula mulut terasa nak mengunyah kan.Jadi nak elak dari ini terjadi, usahakan masuk tidur awal yang bukan saja dapat elak benda ini dari berlaku tetapi dapat memberi anda tidur yang lebih extra sekurang-kurangnya 1 jam dari yang biasa anda tidur untuk badan anda rehat.Badan anda perlukan rehat yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Tidur lebih 1 jam dari kebiasaan mempengaruhi anda untuk makan 270 kalori kurang dari yang selalu anda makan.Malah sebuah kajian menunjukkan mereka yang kurang tidur akan mengambil 385 kalori sehari lebih banyak dari anda yang tidur cukup! Bonus: Lebih Cepat Kurus dalam Masa 2 Minggu - Tambahkan Hello New You Set Shaklee Hello New You Set Shaklee adalah sebuah set kurus dari Shaklee yang lengkap dengan supplemen untuk:Tingkatkan metabolismaBantu bakar lemak degilBantu melarutkan lemakMenjaga kesihatan ususLengkap dengan meal replacementMengawal selera makanMemberikan anda rasa kenyang lebih lama Anda Mungkin Meminati: Set Hello New You Shaklee: Kurus Sebelum Raya Apa Kata Mereka Yang dah Cuba Hello New You Set Shaklee untuk Kurus 1. Hilang 2 kg dalam seminggu dengan Set Hello New You Shaklee Seminggu buat intermittent fasting, timbang dah turun 2 kg dan inchloss 2 inci. 2.Berat Badan Jadi 50 kg dengan Shaklee Seminggu amalkan Set Hello New You Shaklee, berjaya turunkan berat 1 kg dan inchloss hilang 1 inci. 3. Hilang Hampir 3 kg dengan dalam masa 13 hari je 13 hari konsisten Set Hello New Your dari berat 108.2 kg kepada 105.6 kg. Inchloss sebanyak 6.5 inci. 4. Seminggu Hilang 3kg dengan Set Shaklee Sebelum amalkan Hello New You Shaklee dari 68 kg ke angka 56 kg! Dapatkan Set Hello New You Shaklee Di Sini Anda mungkin meminati: Tips Kurus dengan Cepat Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Tips Kurus Berjalan Kaki: Kuruskan Badan Posted on 25/08/202229/09/2022 Last updated on September 29th, 2022 at 02:30 pm Malaysia termasuk dalam kategori negara tertinggi di dunia yang ada ramai rakyat obesiti. Maksudnya, Malaysia memang ramai orang yang terlebih gemuk! Antara sebab mengapa perkara ini berlaku ialah kerana rakyat Malaysia malas berjalan. Dalam kajian yang di buat oleh University Stanford,… Read More
Intermittent Fasting 7 Kebaikan Diet Intermittent Fasting Tak Ramai Tahu Posted on 10/02/202311/09/2024 Last updated on September 11th, 2024 at 01:30 am Intermittent fasting atau singkatannya IF ialah puasa secara berkala dalam jangka masa tertentu. Ada banyak pilihan waktu yang anda boleh lakukan bermula daripada 12 jam puasa – 12 jam makan (12:12), 18 jam puasa – 6 jam makan (18:6) dan 16… Read More
Tips Diet Jalan Kaki Sejauh Kilometer (KM) Ini Untuk Kurus Posted on 29/09/202211/09/2024 Last updated on September 11th, 2024 at 01:30 am Memiliki berat badan yang ideal bukan sesuatu yang perlu awak idamkan tetapi awak perlu usahakan. Apabila berat badan berlebihan, terdapat pelbagai masalah terutama dari segi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan kolestrol boleh singgah dalam hidup awak. Namun begitu,… Read More