Apa Maksud Milk Booster? Posted on 07/10/201830/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 07:21 am Milk booster, milkbooster, milkbooster. Selalu dengar, tapi sebenarnya apa maksud dan yang dimaksudkan dengan milk booster ni? Apa itu Milk Booster? Kalau kita semua nak tahu, milk booster jatuh di bawah definisi, galactogogues yang membawa maksud, makanan yang meningkatkan aliran susu ibu. Ianya sering kali di ambil oleh para ibu yang menyusu badan. Nak sebut galactogogues, terbelit lidah! Jadi, kita sebut milk booster. Kalau kita perhati maksud milk dan booster itu sendiri dah jelas, untuk boost, naikkan aliran milk, iaitu susu. Berkesan ke Milk Booster? Milk booster adalah salah satu cara bagi memperbanyak aliran susu ibu. Milk booster, berkesan. Cuma, wajib untuk kita tahu, milk booster tidak bertindak sendirian. Maksudnya, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada milk booster tanpa melakukan tips dan teknik lain dalam memperbanyak susu seperti, pam berjadual, menyusukan anak on-demand, makan makanan berkhasiat dan minum air secukupnya. Kesan Milk Booster Sudah tentu susu ibu lebih banyak dan pekat! Asalkan pemilihan milk booster itu sesuai untuk kita dan bayi. Seeloknya, elakkan milk booster dari jenis jamu dan herba kerana jamu bersifat ‘panas’, kurang sesuai dengan keadaan perut bayi terutama bagi bayi seawal 2 minggu dan yang ada sejarah jaudice. Sumber Milk Booster MakananSuplimen Puan Suraya, seorang Kaunselor Laktasi di LunaTots menyatakan, milk booster menyumbang 30% daripada penghasilan susu. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Tips Penyusuan Ibu 4 Makanan Wajib Elak | Susu Sikit Posted on 05/10/201830/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 07:31 am Elakkan 4 jenis makanan ini, buat semua ibu yang menyusukan anak khas yang mengalami masalah susu sikit. Bagi ibu yang sedang berhadapan masalah kekurangan susu, elak 4 makanan ini dan boleh di ambil seperti biasa sekiranya anak sesuai dengan makanan-makanan ini. … Read More
Tips Penyusuan Ibu 5 Tips Susu Ibu Meriah Posted on 08/08/201830/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 04:43 am Perkongsian kali ni adalah sharing dari Syaza sendiri sebagai seorang ibu yang menyusukan anak. Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan oleh Allah mengizinkan Syaza untuk menyusukan anak Syaza yang di beri nama Zehraa. Sebelum kita pergi kepada teknik, Syaza merupakan seorang ibu… Read More
Tips Penyusuan Ibu 3 Cara Milk Booster Bantu Tingkatkan Susu Posted on 08/10/201817/09/2022 Last updated on September 17th, 2022 at 09:17 pm Semakin kita bersama dengan seorang bayi yang kian membesar, semakin penting konsep demand & supply. Payudara perlu sentiasa dikosongkan sama ada dengan cara menyusu secara diret atau pam susu. Semakin kerap payudara kosong, semakin kerap susu baru akan dihasilkan. Ini adalah… Read More