Kenapa Ibu Dalam Pantang Susu Sikit? Posted on 05/10/2018 Kenapa Ibu Dalam Pantang Susu Sikit? Selepas melahirkan anak, tanggungjawab pertama yang kita sebagai ibu akan tunaikan semestinya menyusukan anak kita. Kolostrum, susu pekat pertama yang keluar dari payudara ibu sangat memiliki khasiat yang tinggi. Persoalannya, kebanyakan ibu mengatakan bahawa sewaktu dalam pantang, susu badan mereka sikit dan seolah hampir kering. Betul atau tidak dan kenapa jadi begitu? 6 Sebab Susu Sikit Waktu Dalam Pantang 1. Tidak Mulakan Penyusuan Awal Sebaik sahaja selepas melahirkan, kita hendaklah terus mulakan sesi penyusuan. Jangan bertangguh! Bagi saja anak hisap puting payudara kita. Hal ini bagi memastikan kelenjar susu kita mula bekerja dan untuk beri siren kepada kelenjar susu untuk hasilkan susu kerana ‘tuan susu’ dah lahir. 2. Pam dalam Pantang Seeloknya waktu dalam pantang, beri anak minum direct. Elak pam. Pam lebih sesuai jika dah nak dekat habis pantang sekurangnya selepas 2 bulan dan ke atas. Kita perlu banyakkan beri direct kepada anak kerana hisapan anak lebih power dari pam bagi hasilkan susu lebih banyak. 3. Makan Makanan Tidak Berkhasiat Pastikan makanan berpantang kita berkhasiat. Protein, buah, sayur semua cukup! Janganlah makan nasi dan ikan goreng, sup sayur sahaja setiap hari. Ibu menyusu sangat perlu makan banyak dan berkhasiat tinggi. Ingat! Sekarang, kita makan untuk dua orang. 4. Kurang Minum Air Minum air secukupnya kerana ibu menyusu perlu air yang cukup. Ini bukan sahaja untuk banyakkan susu tetapi bagi tenaga kita sendiri. 5. Kurang Susukan Anak Malam Kerap beri anak susu waktu malam. Kalau anak tidur, kejutkan. Waktu malam penghasilan susu sangat tinggi dan banyak. 6. Anak Belum Pandai Menghisap Normal, anak belum pandai menghisap. Latih anak dengan kerap beri mereka peluang hisap sehingga mereka pandai. Sekiranya berlarutan, dapatkan pemeriksaan pakar. Baca Selanjutnya >> Milkbooster Protien Shaklee Punca Susu Badan Sikit Makanan Sebabkan Susu Sikit 3 Tanda Susu Sikit Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Cara Atasi Kulit Breakout Posted on 28/08/2018 Serlahkan Kecantikan – Penjagaan Luaran dan Dalaman Kecantikan adalah sangat sinonim dengan wanita. Ianya juga merupakan satu perkara yang subjektif. Mata setiap dari kita mendefiniskan kecantikan itu adalah berbeza antara satu sama lain. Namun, kita tidak dapat lari dari sepakat untuk mengatakan bahawa kulit yang bersih dari sebarang cela adalah… Read More
Uncategorized Testimoni YOUTH Skincare : Parut Berlubang Kembali Normal Posted on 18/07/2019 Lepas dapat jerawat sebiji, masalah yang confirm akan datang, parut jerawat. Itu baru sebiji jerawat, bayangkan kalau berbiji jerawat. Lagi penuh parut di muka! Kadang, kita tak picit pun jerawat tapi dia tinggalkan kesan parut yang maha dahsyat. Malah, lagi teruk parut tu jenis parut berlubang atau berkawah. Kulit berlekuk… Read More
Uncategorized 8 Kepentingan ESP Shaklee Posted on 14/10/2017 8 Kepentingan ESP Shaklee Energizing Soy Protein ESP Shaklee merupakan antara produk yang terkandung di dalam Set Asas. Ini bermakna ESP Shaklee memiliki kepentingan terhadap keperluan asas harian kita. Penting ESP Shaklee akan kita kupas melalui 8 point kepentingan ESP Shaklee. Apa itu ESP Shaklee? ESP Shaklee atau nama penuhnya… Read More
kak liez dah lalui pengalaman anak pertama susu kurang tapi salah sendiri sebab skip pam. usaha jugak smp kawan advised makan shaklee..alhamdulillah berjaya susukan anak smp 2 tahun lebih.. yg no 2 pun sampai 2 tahun lebih Reply