Penyusuan Secara Eksklusif dan Kebaikannya Posted on 01/09/201827/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 06:30 am Lagi beberapa hari sahaja Syaza akan capai tempoh pemberian susu badan secara eksklusif dekat anak Syaza yang di beri nama; Zehraa. Syukur alhamdulillah. Ada banyak kelebihan ibu yang menyusukan anak sendiri dan secara eksklusif. Bagi ibu yang pertama kali macam Syaza, kita kena sentiasa top up diri kita dengan ilmu dan skill penyusuan badan terutama sekali sebelum fasa kita nak menyusukan anak kita. Dengan ilmu itu, kita akan lebih bersemangat dan tak mudah untuk putus asa. Menjadi seorang ibu adalah pengalaman yang cukup unik dan berharga. Menyusukan anak itu sebenarnya bukan satu pilihan tetapi ianya adalah sebuah tanggungjawab. Susu itu makanan anak kita yang dikurniakan Allah melalui kita. Cuba kita fikir dalam-dalam, kenapa dan mengapa Allah menciptakan susu ibu? Jika ianya tak perlu, pasti tak Allah ciptakan. Setiap penciptaan dalam dunia ini bukan sesuatu yang sia-sia termasuklah susu ibu. Kerana itu tanamlah tekad untuk kita menyusui anak kita sehingga usianya mencapai 2 tahun. إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” (Surah Ali ‘Imran : Ayat 190-191) Penyusuan Eksklusif Sehingga Anak Usia 6 Bulan Penyusuan susu ibu secara eksklusif membawa maksud, bayi hanya di beri susu ibu dalam masa 6 bulan pertama selepas kelahirannya. Hanya susu ibu tanpa makanan atau minuman lain yang diberikan kepada bayi dalam tempoh 6 bulan pertama. Inilah yang dimaksudkan dengan penyusuan eksklusif susu ibu. Selepas bayi berumur 6 bulan, makanan pelengkap akan dimulakan. Tetapi, susu ibu tetap diteruskan seperti biasa. Penyusuan ibu kita teruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. 5 Tips Mencapai Penyusuan Eksklusif World Health Organization (WHO) dan The United Nations Children’s Fund (UNICEF), menyarankan 5 cara bagi mencapai ke arah tempoh penyusuan secara eksklusif. Mulakan 1 jam pertama selepas kelahiran. Sebaik sahaja anak kita lahir, beritahu jururawat bertugas kita nak menyusukan anak kita. Di Malaysia, majoriti hospital kerajaan adalah dari kategori hospital jenis rakan bayi yang menggalakkan penyusuan ibu sebaik selepas kelahiran. Namun begitu, ada sesetengah hospital yang ambil sambil lewa hal ini dan tidak memberi ilmu sebaiknya kepada ibu yang kali pertama ingin menyusui anak. Oleh itu, sila pastikan kita atau pasangan sudah bersiap sedia dengan meminta anak untuk disusui kita sebaik 1 jam selepas kelahiran. Elak Beri Makanan Lain Termasuk Air Suam. Hanya susu ibu. Itu formula asas penyusuan eksklusif. Baca ‘Bahaya Air Suam Pada Bayi’ di sini. Mengikut Kehendak Bayi. Menyusukan bayi mengikut kehendak bayi anda. Bayi nak menyusu dalam tempoh kerap? Beri. Atas permintaan bayi. Tiada Penggunaan Botol atau Puting (tanpa keperluan). Bagi ibu yang pam susu kerana keperluan bekerja, tidak mengapa. Namun, bagi yang tiada keperluan, tak perlu kenalkan penggunaan botol kepada bayi. Kerana hisapan dari bayi akan merangsang aliran susu yang lebih banyak untuk mereka. Puting juga tak perlu dikenalkan tanpa keperluan. Ini untuk mengelakkan mereka keliru di antara puting tiruan dan original. Semua Jenis Cecair Tidak Digalakkan. Semua cecair tak digalakkan kecuali ubat atau rawatan yang sangat diperlukan bayi kita. 5 Kelebihan Penyusuan Eksklusif Kepada Bayi Kurang risiko sindrom kematian bayi secara mengejut (SIDS)Bayi yang baru lahir kebiasaannya kuat tidur! Tidur, tidur dan tidur sahaja. Kalau bangun, menangis atau pun susu; kerja seorang bayi. Dengan penyusuan ibu, bayi akan lebih waspada dan bangun apabila telah sampai tempoh mereka lapar dan nak susu. Bayi lebih baik sistem pencernaanSistem pencernaan bayi sangat baik dengan susu ibu yang mudah hadam. Imuniti bayi bertambah baikBayi mempunyai keupayaan yang baik dari segi imuniti dan antibodi. Membantu bayi melawan jangkitan dan bakteriaDalam tempoh penyusuan eksklusif, kita akan mendapati agak sukar bayi untuk sakit. Dan jika sakit, mereka ambil masa yang sekejap untuk sembuh. Semuanya atas izin Allah yang di beri melalui kelebihan yang ada dari susu ibu yang kaya dengan antibodi. Ibu membekalkan antibodi kepada bayi melalui susuAntibodi ibu, di beri kepada anak melalui penyusuan badan. Kerana itu, ibu tersangat perlu menjaga pemakanan dan memastikan keperluan diri dan bayi cukup melalui makanan dan vitamin. 7 Kebaikan Penyusuan Eksklusif Kepada Diri Anda Sendiri Perancang semulajadiIbu yang menyusukan anak, majoriti tidak mengalami ovulasi atau pun haid ketika menyusukan anak kerana hormon tersebut digunakan untuk menghasilkan susu. Berat badan tidak naik mendadak selepas bersalinMenyusukan anak selepas bersalin akan membantu ibu untuk memiliki berat badan ideal. Rahim cepat mengecut dan kembali ke kedudukan asalSiapa yang menyusukan anak selepas bersalin, akan rasa kontraksi dari rahim yang memberi perasaan selesa, kerana rahim akan segera cepat pulih! Mengurangkan risiko kanserKajian menunjukkan wanita yang menyusukan anak kurang risiko untuk terdedah kepada kanser payudara dan kanser rahim. Mengurangkan risiko diabetes type iiPada tahun 2010, kajian membuktikan, penyusuan badan mampu melindungi wanita dari diabetes type ii kerana sel menjadi lebih sensitif kepada hormon insulin. Mencipta ‘bonding’ dengan anakMengurangkan risiko meroyan atau depression selepas bersalin Bakar kalori ibuMenyusukan anak sama seperti mendaki sebuah gunung. Banyak kalori yang di bakar ketika menyusu anak. Kerana itu ibu menyusu lapar sentiasa! Makan, kerana kita makan untuk dua orang. Kita dan anak kita. 8 Tips Banyakkan Susu Badan Untuk Ibu yang alami masalah susu tak banyak kering, tiada dan sebagainya sejurus selepas bersalin, teruskan membaca. Susu awal selepas kelahiran di beri nama kolostrum, yang berwarna kuning pekat. Dan kolostrum sangat kaya dengan antibodi awal untuk anak kita. Ketahuilah, bahawa, susu yang ada pada kita walaupun di mata kita kelihatan sedikit, hakikatnya ia lebih dari mencukupi untuk anak. Susu, mengikut saiz perut anak kita. Jadi jangan pernah risau tentang kata-kata orang yang susu kita seolah tak cukup kerana anak kerap menangis! Menangis tidak semestinya kerana lapar susu *Tips percuma Untuk memperbanyak susu badan, selain daripada tips-tips seperti pengambilan milkbooster dan sebagainya, kita juga perlu tahu tentang teknik atau skill dalam penyusuan badan bagi mencapai tempoh masa penyusuan eksklusif dan sehingga 2 tahun untuk anak kita. 1. Kerap Direct Feeding Anak.Apabila bersama dengan anak terutama dalam tempoh selepas bersalin, rajin direct feeding anak. Ini bagi merangsang kelenjar susu untuk bekerja dan menghasilkan lebih banyak susu. Hisapan dari mulut seorang bayi sangat powerful dalam merangsang kelenjar susu. 2. Makan Makanan Dari Jenis ProteinBanyakkan makan makanan yang dari kategori protein. Baca di sini ‘Bagaimana Protein Hasilkan Susu Ibu Lebih Banyak’. 3. Susukan Anak Waktu Malam.Malam adalah waktu terbaik untuk penghasilan susu yang lebih berkualiti. Beri anak susu mengikut keperluan mereka, pada waktu malam. Direct feed mereka. 4. Kurangkan atau Elak Ais.Ais akan beri efek susu kurang. Elak atau kurangkan ais. Ia bukan sahaja baik untuk anak tetapi untuk ibu juga. 5. Kenalpasti Makanan Jenis Sejuk dan ElakMakanan jenis sejuk antaranya ialah kobis, tembikai. Elak makanan jenis sejuk untuk memastikan susu tak terjejas. 6. Jangan Beri Susu Waktu Payudara BengkakApabila payudara bengkak, kita sangka itu waktu terbaik untuk beri anak susu kerana susu banyak! Itu fikiran kita. Namun, sila pastikan payudara tidak bengkak melampau sehingga susahkan anak untuk hisap susu. Picit sedikit atau pam sedikit bagi mengeluarkan susu awal yang cair (cair kerana payudara telah membengkak). Selain dari mudahkan anak, ini juga bagi elak anak hanya dapat susu cair kurang kalori sahaja. 7. Kerap Kosongkan PayudaraJangan biar susu membengkak selalu. Kerap kosongkan dengan beri pada anak susu badan itu. Atau pam jika anak menolak kerana kenyang. 8. MilkboosterDapatkan milkbooster dari jenis makanan dan vitamin suplimen bagi membantu memperbanyak susu ibu. Antara milkbooster dari makanan ialah milo panas dan kurma. Selain dari itu. air longan juga membantu menambahkan susu ibu. Vitamin dan suplimen diperlukan bukan sahaja untuk menambahkan susu tetapi memberi ibu tenaga dan anak dapat meresap kebaikan vitamin dari ibu. Set Menyusu Shaklee merupakan cadangan set untuk ibu menyusu. Selain daripada membanyakkan susu badan, set ini juga memberi ibu menyusu tenaga dan kesihatan. Terus Bersemangat, ya Ibu! Khasiat susu ibu dan susu badan ini adalah sangat banyak! Ia bukan sahaja memberi kebaikan pada masa sekarang tetapi ia memberi khasiat dan manfaat untuk jangka masa yang panjang. Kepada yang bertekad ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun, yakin pada diri anda, anda boleh lakukannya dan, pasti Allah mencukupi rezeki untuk anak-anak anda. Sentiasa update diri dengan ilmu penyusuan dari masa ke semasa dan miliki Set Menyusu Shaklee bagi menghadapi alam penyusuan dengan penuh nikmat dan bahagia. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Breastfeeding 5 Tips Banyakkan Susu Badan Masa Puasa Posted on 17/05/201927/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 06:51 am Tempoh penyusuan sempurna sehingga anak mencecah umur 2 tahun, memberi banyak cabaran buat para ibu yang menyusukan anak. Paling kurang, mesti akan melalui 2 kali Ramadhan, dengan pengalaman menyusukan anak. Malah, ada yang turut di beri peluang oleh… Read More
Breastfeeding Boleh Ke Ibu Menyusu Berbuka Puasa Masa Bulan Ramadhan? Posted on 07/01/202227/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 05:01 am Antara cabaran ketika menyusukan anak di bulan puasa adalah cepat berasa letih, lapar dan dahaga daripada orang biasa. Perkara ini adalah normal. Selain daripada itu, naluri seorang Ibu yang risau akan keadaan anak sama ada susu badan cukup atau tidak. Malah,… Read More
Breastfeeding Baby Perempuan Kuat Menyusu Meriah dengan ESP Shaklee Posted on 04/10/201827/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 06:05 am Testimoni ESP Shaklee meriahkan susu badan dari Puan Aeinna Musa. Kalau nak tahu, ni product pertama yang Puan Aeinna cuba untuk tambah susu. Ini waktu anak pertama, now anak Puan Aeinna nak masuk 3 dah! Hehe. Yang ketiga tu on the… Read More