Spina Bifida – CARA ELAK, Ibu Bapa Wajib Ambil Tahu Posted on 31/07/2018 Spina Bifida, merupakan mimpi ngeri bagi setiap ibu terhadap anak mereka. Walaubagaimanapun, majoriti ibu mengambil remeh akan kehadiran spina bifida ini. Kali ini, Syaza akan cuba untuk sama-sama kongsi ilmu tentang spina bifida khas bagi ibu-ibu sekalian. Apa itu Spina Bifida? Kecacatan pada tulang belakang yang merupakan bahagian saraf tunjang. Mengakibatkan lumpuh di bahagian pinggang dan ke bawah dan kadang kala spina bifida memberi kesan lambat dalam proses belajar. Sewaktu bulan pertama kehamilan, janin mula membentuk struktur tisu yang dikenali sebagai neural tube. Struktur inilah yang perlahan-lahan berkembang kepada tulang, saraf dan tisu lainnya. Akhirnya membawa pada pembentukan sistem saraf, ruang tulang belakang dan sistem sokongan di sekeliling saraf. Bagi spina bifida, neural tube dan ruang tulang belakang tidak membesar dengan sempurna. Tulang belakang tidak membentuk rapat sempurna. Sebuah benjolan terbentuk di bahagian belakang sejurus membran dan saraf tunjang terbentuk. Benjolan ini sama ada dilapisi meninges atau membran. Simptom Bayi yang dilahirkan dengan spina bifida : Lemah atau lumpuh kaki Lemah sistem perkumuhan Kulit sensitif Cecair cerebronospinal (CSF) terbentuk yang mungkin membawa pada kerosakan otak Sistem saraf juga terdedah kepada jangkitan dan sebahagiannya akan mengancam nyawa. CSF adalah cecair yang mengalir melalui kaviti di dalam otak dan juga di sekeliling otak serta saraf. Jika terlalu banyak CSF, ini akan membawa kepada hydrocephalus, tekanan ke atas otak dan akhirnya kerosakan otak berlaku. Cara Mengelak Spina Bifida Mengambil ASID FOLIK seawal 3 bulan sebelum merancang hamil dan di awal kehamilan hingga trimester akhir. Bahagian paling penting adalah di sebelum serta di awal kehamilan. Kerana, waktu itu adalah waktu paling kritikal di saat baru nak terbentuknya struktur tisu yang menentukan ada atau tiada kehadiran spina bifida tadi. Klik di sini untuk order B-Complex with Folic Acid dari Shaklee (sebotol untuk penggunaan 4 bulan) 400 mcg ASID FOLIK setiap hari adalah langkah paling berkesan bagi mengelakkan spina bifida berlaku. Kajian menunjukkan sekiranya wanita yang sedang hamil mengamalkan multivitamin dan vitamin B asid folik, risiko spina bifida menurun sebanyak 70%! 🙂 Klik di sini untuk order Multivitamin dari Shaklee (sebotol untuk penggunaan 2 bulan) ASID FOLIK adalah sejenis vitamin B yang larut air dan tidak di simpan di dalam badan manusia. Oleh itu, adalah sangat penting bagi wanita mengamalkan ASID FOLIK ini bagi mengurangkan risiko kecacatan saraf ini. Baca Selanjutnya : Kebaikan Multivitamin untuk Ibu Mengandung Baca Selanjutnya : Set Hamil Terbaik Pilihan Semua Fatin Syaza | Stokis Vivix Shaklee Melaka | 0187684817 (Touch to Wassap) COD Shaklee Melaka | Pos Seluruh Malaysia Order Shaklee di sini Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Kisah Benar : Akibat Suka Makan Pedas dan Lambat Makan (Hampir Kanser!) Posted on 27/08/2018 Makan Pedas Satu Kelebihan? Majoriti rakyat Malaysia suka makan pedas. Tak pedas tak sah. Lagi pedas lagi kaw. Siapa tak makan pedas umpama salah di sisi masyarakat. Seolah satu kelemahan. Makan pedas memang sedap tapi akibat dia, kita sendiri tak sangka. Lambat / Skip Waktu Makan Normal? Gambar Sekadar Hiasan… Read More
6 Makanan Terbaik Untuk Penghidap Kencing Manis Posted on 06/04/2019 Kawalan ke atas kencing manis adalah sangat perlu bagi mengelakkan ianya semakin teruk dari hari ke hari. Oleh itu, amat penting untuk kita tahu apa makanan terbaik yang boleh kerap di ambil bagi penghidap kencing manis. Di sini, disenaraikan 10 makanan terbaik untuk mereka yang ada kencing manis. Walaubagaimanapun, sebenarnya,… Read More
Uncategorized Ini Dia 14 Fakta Vitamin C Yang Jarang Kita Tahu Posted on 12/07/2019 Vitamin C memiliki reputasi yang baik di dalam melawan infeksi, dan jangkitan kuman. Oleh sebab itu, ia sentiasa mendapat tempat di hati mereka yang terutama sekali perlukannya apabila terkena demam atau selesema. Selain daripada itu, vitamin C juga turut mempunyai pelbagai manfaat lain untuk tujuan kegunaan kesihatan yang lainnya selain… Read More