7 Tips Makanan Diet Enak Tanpa Lemak Tepu Posted on 19/10/201730/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 04:57 am Makanan Diet Enak Tanpa Lemak Tepu Saya diet, tapi saya nak makan sedap! Gemuk atau obesiti merupakan antara masalah terbesar masyarakat Malaysia. Obesiti bukan sahaja mengakibatkan seseorang hilang keyakinan diri, malah ia boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, kolestrol tinggi, kencing manis dan banyak lagi. Seseorang perlu mengawal kadar berat badan agar seimbang dengan tinggi masing-masing. Baca : Cara Kira BMI Dengan Betul Kegagalan menurunkan berat badan bagi kita yang memiliki berat badan melampau, bakal menyebabkan lumpuhnya kesihatan jangka masa panjang diri kita sendiri. Namun, yang menjadi masalah hari ini, kesukaran untuk menurunkan berat badan kerana diet yang dijalankan terlalu strict dan susah untuk seseorang buat. Bagi yang ada masalah obesiti atau kegemukan ini, makan dalam kuantiti yang banyak merupakan sebuah kebiasaan. Jadi, untuk mulakan diet yang extreme pada awalnya dengan terus tidak makan atau makan hanya sedikit, ianya sangat menyusahkan. Baca : Kesan Obesiti Terhadap Kesihatan Hal ini juga bakal membawa kepada rasa putus asa untuk kembali meneruskan diet serta gaya hidup yang sihat. Ikuti 7 Tips Memilih Makanan Diet Sihat yang semestinya tanpa lemak tepu. Lemak tepu adalah lemak jahat yang memerangkap diri seseorang untuk kekal berada pada kegemukan. Oleh itu adalah amat penting bagi mereka yang ingin sihat dari kegemukan dan obesiti untuk mengetahui 7 Tips ini. Ianya sangat mudah di buat serta tidak extreme. Diet extreme cuma akan menyebabkan seseorang berputus asa. Maka, pilihlah diet sihat yang dapat diamalkan seumur hidup dan dijadikan gaya hidup sihat. Jom ikuti 7 Tips Menarik ini! 7 Tips Pilih Makanan Diet Sihat 1. Kurangkan Pengambilan Daging Merah Gantikan daging, sosej atau bacon anda hari ini dengan ayam tanpa lemak dalam makanan diet sihat anda. Daging terutama di bahagian tulang rusuk dan bacon mengandungi kandungan lemak tepu paling tinggi! Pastikan anda pilih bahagian ayam dengan kandungan lemak paling sikit iaitu di kawasan dada ayam terutamanya. Elakkan kawasan peha dan kepak dalam makanan diet sihat. Baca : 5 Tips Pilih Protein Sihat 2. Minyak Zaitun dalam Masakan Untuk permulaan, anda boleh menggantikan minyak masak sedia ada dengan minyak zaitun dari jenis polyunsaturated fats dalam makanan diet sihat anda. Minyak Zaitun, mengandungi kadar lemak tidak tepu serta membantu mengawal kandungan kolestrol terutama bagi masalah kegemukan dan obesiti. Selain itu, jika anda tidak mahu menggantikan minyak zaitun, boleh juga menggunakan minyak zaitun di dalam dressing salad atau salad buah-buahan anda untuk makanan diet sihat. 3. Tahu Berapa Jumlah Lemak yang Diperlukan Bagi yang serius hendak memulakan diet, ambil tahu kiraan kalori yang anda inginkan dalam makanan diet sihat anda. Sekiranya seseorang memerlukan 2000 kalori sehari, bagi wanita anda tidak boleh melebihi 18 gram lemak tepu sehari, dan lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu sehari dalam makanan diet sihat anda. Baca : Cinch Shake Shaklee Rendah Kalori Tanpa Lemak Tepu 4. Elak Makanan Beku Makanan jenis beku mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Elakkan makanan beku dalam makanan diet sihat anda. 5. Pilih Cara Panggang Daging Di antara menggoreng dan panggang, pilih cara panggang dalam makanan diet sihat anda. Apabila menggunakan teknik panggang dalam diet sihat, lemak dari daging akan mengalir keluar dan tidak akan di serap semula. Berbanding menggoreng, daging akan menyerap semua lemak dan minyak ketika menggoreng. 6. Tambah Vitamin Omega-3 Omega-3 adalah Vitamin yang membantu melawan lemak tepu dan kolestrol jahat (LDL Cholestrol) dalam badan anda. Selain itu Omega-3 membantu melawan keradangan dalam badan, memperbaiki mood serta menguatkan jantung. Omega-3 boleh didapati dalam Omega Guard Shaklee. Dapatkan Omega Guard Shaklee anda dari Syaza. Hubungi Syaza di 0187684817 (Touch to WhatsApp). 7. Kurangkan Pengambilan Harian Produk Tenusu Sama seperti susu lemak penuh, keju mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi dan perlu dielakkan dalam makanan diet sihat anda. Pilih jenis keju rendah lemak. Baca label dari makanan dengan betul dan jangan terus mudah tertipu dengan ayat “rendah lemak”. Teruskan membaca label makanan di bahagian belakang makanan tersebut. Gantikan susu lemak penuh dengan susu tepung dalam makanan diet sihat anda. ******* Mudah dan sangat senang dilakukan 7 Tips ini. Mulakan diet anda hari ini dengan tips mudah ini dan apabila sudah berjaya control gaya pemakanan anda, boleh tambah dengan sukan atau senaman kegemaran agar badan lebih sihat dan segar. Lemak adalah perlu untuk keperluan badan, walaubagaimanapun yang tidak perlu adalah dari jenis lemak tepu. Ikuti kesemua 7 Tips di atas bagi cara mudah mendapatkan lemak tidak tepu dalam makanan diet sihat anda! 🙂 Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Tips Diet Jalan Kaki Sejauh Kilometer (KM) Ini Untuk Kurus Posted on 29/09/202211/09/2024 Last updated on September 11th, 2024 at 01:30 am Memiliki berat badan yang ideal bukan sesuatu yang perlu awak idamkan tetapi awak perlu usahakan. Apabila berat badan berlebihan, terdapat pelbagai masalah terutama dari segi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan kolestrol boleh singgah dalam hidup awak. Namun begitu,… Read More
Intermittent Fasting 7 Kebaikan Diet Intermittent Fasting Tak Ramai Tahu Posted on 10/02/202311/09/2024 Last updated on September 11th, 2024 at 01:30 am Intermittent fasting atau singkatannya IF ialah puasa secara berkala dalam jangka masa tertentu. Ada banyak pilihan waktu yang anda boleh lakukan bermula daripada 12 jam puasa – 12 jam makan (12:12), 18 jam puasa – 6 jam makan (18:6) dan 16… Read More